Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'LANGIT CINTA' DAYANG NURFAIZAH DI PAWAGAM 7 JANUARI



Membuka tirai filem Melayu bagi  tahun 2016 ini , Astro Shaw bakal tampil dengan
sebuah filem berjudul ‘Langit Cinta’ bermula 7 Januari 2016 di pawagam seluruh Malaysia.

Dan salah satu langkah awal dalam mempromosikan filem berkenaan, Astro Shaw turut melancarkan
lagu tema filem yang berjudul LANGIT CINTA dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah,  hasil ciptaan sepenuhnya oleh Nurzaidi Abd Rahman

Lagu tersebut telah muncul dengan konsep muzik lirik video yang dilancarkan 25 November 2015 lalu.

Kini, Astro Shaw bakal menampilkan muzik video kedua buat lagu ini dengan konsep berbeza.
yang berlatarkan tema filem, cukup mudah untuk direalisasikan oleh produksi.

Istimewanya, muzik video ini bukan sahaja menampilkan Dayang Nurfaizah malah antara babak menarik menerusi filem 'Langit Cinta' turut diselitkan dalam muzik video ini secara kreatif.

Hasil akhir muzik video ini diyakini mampu meruntun hati para penonton.

Muzik video kedua ini dilancarkan di HLive pada 22 Disember 2015. Selain itu penonton  boleh mengundi lagu ‘Langit Cinta’ dimainkan lebih kerap di stesen radio. Malah, peminat boleh dengarkan lagu ini secara streaming online menerusi RAKU bermula 14 Disember 2015 lalu.

Ia turut boleh didengari di iTunes dan Spotify bermula 22 Disember 2015.

Selain itu peminat turut boleh menikmati lagu ini secara karaoke di Redbox & GreenBox pada Januari 2016.

 Untuk maklumat lanjut, serta info dan gambar eksklusif di balik tabir muzik video ini, sila layari www.facebook.com/AstroShaw atau follow @AstroShaw di Twitter dan Instagram rasmi kami.


Tajuk Lagu : Langit Cinta
Penulis Lirik & Komposer : Nurzaidi Abd Rahman
Penyanyi : Dayang Nurfaizah


Ku bermohon
Bawah langit mu
Itu saja daya termampu
Kerna cinta
Sekuat mana pun
Tak kan melepasi
Cinta mu yang suci..
Hati ini
Pedih menanti
Mengharapkan
Kasih kembali
Semua cinta
Yang telah ku beri
Hanya kepadanya
Tak mungkin berganti
Kerna dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah
Ku sangka
Hadir membelai jiwa
Dengan ikhlas
Tulus hati nya
Pulang kan dia pada ku
Tak tertanggung merindu
Biar kan kami hidup
Dibawah langit cinta mu
Jika bukan dia
Cinta ku ini
Ambil lah kembali
Dari hati
Memang dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah
Ku sangka
Hadir membelai jiwa
Dengan ikhlas tulus hati nya