Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TUAH AKIM & THE MAJISTRET BERMULA 2016, JUARAI AJL30




Seperti yang diduga ramai,malah tekaan daripada Kak Fas sendiri, lagu 'Potret' yang merupakan lagu favourite ramai nyanyian Akim & The Majistret muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL 30) yang berlangsung di Stadium Malawati malam Ahad lalu.




Dengan kejuaraan itu, lagu ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar itu  berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah trofi.

Di samping itu, kumpulan yang diminati ramai golongan muda ini turut membawa pulang trofi Persembahan Terbaik, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Bukan itu sahaja, Akim & The Majistret turut mendapat bonus apabila dianugerahkan wang tunai tambahan sebanyak RM6,000 daripada Dato Seri Vida bagi Anugerah Milenia.




Anugerah Milenia turut dikongsi bersama Hazama yang juga diberikan RM6,000 memandangkan lagu tersebut mampu memikat hati penaja utama Vida Beauty berkenaan.

Potret berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Angin Kencang (Noh Salleh), Knock Knock (Elizabeth Tan), Biarkanlah (Drama Band), Not For Sale (Stacy & Altimet), Mana Mungkin (Black), Bukan Hal Aku (Kaka Azraff & Alif), Sampai Mati (Hazama) dan Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah).

Naib Juara AJL 30 dimenangi oleh Faizal Tahir dengan lagu Assalamualaikum yang dicpita oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong dan Audi Mok. Kemenangan itu membawa hadiah berupa  trofi dan wang tunai RM35,000.




Lagu Hanya Namamu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim nyanyian Caliph Buskers memenangi tempat ketiga AJL 30. Mereka berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM20,000.

Manakala Dayang Nurfaizah sekali lagi diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik pada malam itu dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Terdahulu, AJL 30 memberi anugerah khas kepada dua tokoh muzik iaitu Tan Sri Ahmad Othman Merican dan Datuk Ooi Eow Jin yang bertanggungjawab memperkenalkan program Muzik-Muzik dan lagu tema  Anugerah Juara Lagu.



Persembahan 12 finalis AJL 30 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Manan Ngah, Sharon Paul, Cat Farish, Joe Flizzow, Ad Samad, LY dan Edrie Hashim.

Azmeer pula bertindak sebagai ketua juri pada acara itu.

Penghakiman dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Mengangkat tema '3 Dekad Mencipta Fenomena' dalam mengimbas kembali sejarah 30 tahun penganjurannya, majlis berprestij tersebut menyaksikan  Fara Fauzana dan AG digandingkan sebagai pengacara.

Malah sebagai memeriahkan lagi tempoh tiga dekad tersebut, AJL30  turut bersiaran secara langung dari pawagam GSC Pavilion di mana beberapa artis seperti Shukri Yahya, Adi Putra, Engku Ismail dan ramai lagi diundang dan melalui karpet merah jambu sebagaimana yang berlaku di Stadium Malawati.




Persembahan pembukaan acara  menyaksikan tiga artis popular digabungkan terdiri daripada Datuk Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza dan Yassin menerusi lagu berentak Irama Malaysia iaitu Cindai, Ghazal Untuk Rabiah dan Mimpi Laila, di mana ketiga-tiga lagu tersebut pernah menjuarai AJL.

Kesinambungan lagu-lagu yang menjuarai AJL terdahulu diteruskan dengan gabungan nyanyian oleh Hafiz dan Jaclyn Victor menyampaikan lagu genre balada seperti Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Gemilang dan Awan Nano.

Rahmad Mega dan Azlan Typewriter pula dengan seleksi lagu rock iaitu Takdir dan Waktu, Relaku Pujuk, dan Lagu Untukmu mengakhiri nostalgia lagu-lagu yang menjuarai AJL sejak 30 tahun lalu.

AJL 30 disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam dan ia dipancarkan oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama.




KEPUTUSAN PENUH  AJL30 :

1.Juara Lagu
Lagu: Potret
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim
Lirik: Kamar Empayar

2.Naib Juara
Lagu: Assalamualaikum
Penyanyi: Faizal Tahir
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong, Audi Mok
Lirik: Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong, Audi Mok

3.Tempat ke-3
Lagu: Hanya Namamu
Penyanyi: Caliph Buskers
Komposer: Edry Abdul Halim

4.Persembahan Terbaik
Lagu: Potret
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim
Lirik: Kamar Empayar

5.Vokal Terbaik
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Lagu: Tak Pernah Menyerah
Komposer: Akid

Lirik: Poji Samad