Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SELAMAT TAHUN BARU 2016



Begitu pantas masa berlalu, kini kita sudah pun berada pada tahun 2016. 

Pada permulaan kalendar 2016 ini Kak Fas terlebih dahulu ingin mengucapkan Selamat Tahun baru kepada semua yang telah menyokong blog Kak Fas yang kerdil ini.

Terima kasih kepada pembaca yang sudi melayarinya lebih-lebih lagi kepada syarikat perhubungan awam, pegawai perhubungan awam mahu pun orang perseorangan serta ahli-ahli korporat yang selama ini sentiasa menjemput Kak Fas bersama meraikan majlis yang dianjurkan,

Tanpa undangan-undangan daripada mereka ini sudah tentu tiada berita yang dapat Kak Fas paparkan kepada kalian.

Pun begitu, Kak Fas ingin menghulurkan kemaafan sekiranya tanpa disedari telah melukakan hati sesiapa sepanjang mengendalikan blog CC Kak Fas ini. Tiada niat langsung untuk bermusuh dengan sesiapa sekadar informasi yang mahu dikongsikan bersama.

Hanya melalui blog ini Kak Fas dapat meluangkan waktu berkongsi cerita sekali gus meneruskan minat Kak Fas dalam bidang penulisan serta kewartawanan,

Maklumlah selama kira-kira 28 tahun bersama Utusan Melayu, tangan ini seolah tidak kenal untuk berhenti menulis. Malah ia 'ubat' untuk Kak Fas terus mengaktifkan minda dan ternyata mampu menjadi satu terapi senaman bagi meningkatkan semangat dan kesihatan diri apabila sentiasa bergerak untuk mencari 'berita'.

Sekali lagi terima kasih kepada mereka yang memahami dan sentiasa menyokong terutamanya suami dan keluarga. Dan lebih utama terima kasih Allah atas kesempatan untuk terus bernafas di bumi yang indah ini.

Semoga 2016 akan memberikan kesempatan lagi untuk Kak Fas terus menghambakan diri pada semua.

Selamat Tahun Baru 2016.