Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MIA FARA, FYNN JAMAL DUTA 'CEREAL CALIPH'


Mungkinkah anak anda mengalami masalah penglihatan kurang jelas masa usia separuh jagung? 

Malah sekiranya anda sendiri sebagai ibu bapa sudah lama menggunakan kaca mata akibat kurang jelas penglihatan ketika masih muda barangkali anda perlu menjaga anak-anak anda supaya tidak menghadapi masalah seumpama.

Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya,' jadi perihal menjaga anak-anak bukan sahaja dalam membentuk jati dirinya secara rohaniah namun fizikal juga perlu diperhatikan.


Jadi sebaiknya pemakanan anak-anak dijaga sewaktu kecil agar keempat-empat deria utama manusia khususnya seperti penglihatan, pendengaran, rasa dan deria hidu tidak terjejas.'''

Sehubungan itu, barangkali makanan tambahan kanak-kanak seperti  'Cereal Caliph- Nutrition For Eyes, produk keluaran syarikat Raffelina Sdn Bhd ini mampu membantu.

Memperkenalkannya secara lebih meluas dalam satu majlis pelancarannya semalam (Selasa) , Cereal Calpih  dihasilkan selepas produk makanan tambahan kanak-kanak , Jus Caliph sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan.

Raffelina mengadakan majlis pelancaran jusSambutan menggalakkan daripada pengguna makanan tambahan kanak-kanak Jus Caliph membuatkan produk keluaran syarikat Raffelina Sdn. Bhd.  itu melancarkan Cereal Caliph- Nutrition For Eyes hari ini.

Apa kebaikan cereal ini?


Menurut pihak syarikat, setiap bahan yang terkandung dalam Cereal Caliph mempunyai kehebatan tersendiri yang mampu membantu kanak-kanak membesar dengan kuat dan sihat di mana bahan-bahan penting seperti Beta Karotena, Susu Kambing dan Maltodekstrin dirumus khas  malah yang penting ia dijamin halal dan selamat, 

Beta Karotena menyediakan 50% Vitamin A yang diperlukan dalam diet. Vitamin A adalah baik untuk penglihatan mata dan memberi imunisasi yang kuat terhadap kesihatan tubuh badan kanak-kanak. Ia juga menghindar daripada penyakit cirit-birit, asma dan demam.

Susu Kambing pula mengandungi kalsium, fosforus,magnesium dan protein yang membantu kanak-kanak menguatkan tulang. Manakala Maltodekstrin adalah gula kurang manis,  bertindak sebagai makanan tambahan yang menyediakan tenaga dalam badan.

Sementara itu, pelakon kanak-kanak popular, Mia Sara dan Fynn Jamal merupakan  duta produk Cereal Caliph. Pemilihan Mia dibuat berdasarkan pengaruhnya terhadap golongan kanak-kanak selain merupakan seorang yang matang dan bijak.

Manakala Fynn Jamal  pula mempunyai pengaruh yang kuat di laman sosial, lebih-lebih lagi Fynn rajin berkongsi cerita cara dia membesarkan anaknya, Arjuna, yang mempunyai penyakit Autisme,  dilihat sesuatu yang menarik untuk diketengahkan.


"Saya lihat Fynn sebagai ikon kepada ibu-ibu di luar sana lebih-lebih lagi personalitinya yang cukup menarik perhatian umum. Penulisannya di laman sosial mengenai isu-isu semasa serta mempromosikan sesuatu produk membuatkan saya lihat Fynn adalah selebriti yang paling sesuai menjadi duta kecil produk kami,” ujar Muhammad Rafi'e Rosli, Pengarah Urusan Rafflelinna Sdn Bhd.. (gambar kiri).

Bercakap mengenai Jus Caliph, Rafi"e memberitahu, ia merupakan makanan tambahan dengan kandungan Serat, Kalsium, Vitamin dan Mineral yang membantu untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak. 

Jus Caliph mengandungi kurma, kismis, Madu, Delima, Buah Tin, Aprikot, Omega 3 dan Omega 6. Kesemua bahan yang terkandung dalam Jus Caliph ini memiliki kehebatan tersendiri antaranya mampu menjadi penawar pelbagai penyakit selain menggalakkan perkembangan minda.

"Ianya juga adalah sebahagian daripada makanan sunnah yang sangat digalakkan dalam amalan pemakanan umat Islam termasuk kepada kanak-kanak, " tambah Rafi'e.