Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PIZZA HUT BUKA LEMBARAN 2016 LANCAR 'AWESOME LOADED'



Pizza Hut membuka lembaran tahun 2016 dengan memperkenalkan enam jenis  pizza terbaharunya yang padat dengan inti lazat di bawah menu 'Awesome Loaded'.

Malah dengan harga RM6.90, penggemar pizza boleh memesan salah satu daripada enam jenis berkenaan  melalui khidmat penghantaran untuk dinikmati bersama keluarga.Selain itu boleh juga memesan  'Awesome Combo' untuk 2 & 3 piza Awesome bersaiz sederhana pada harga RM29.90 & RM39.90.

Benar, mereka boleh memesan penghantaran dan memilih salah satu dari enam inti baharu yang disediakan iaitu 'Tropical Crab', 'Hawaiian Sensation', 'Island Chicken', 'Chicken Overload', 'Blazing Chicken' dan 'Syok Sambal' harga cuma RM6.90.


Kak Fas sudah pun merasainya pagi tadi semasa majlis pelancaran 'Awesome Loaded' dilaksanakan bersama media di restoran Pizza Hut, Pavilion, Kuala Lumpur.

Walau pun Kak Fas bukanlah gemar sangat memakan pizza namun apa yang dihidangkan pagi tadi dikira mampu memenuhi selera dan lidah 'Melayu' Kak Fas ini terutamanya pizza 'Syok Sambal' yang ada sedikit  rasa 'kemelayuan' pada intinya.

Dan sekiranya anda  mahu menjamu selera di restorannya sahaja, 'Awesome Loaded' ini juga boleh dipesan pada harga serendah  RM10.90 untuk seorang. Tawaran ini termasuk satu pizza Awesome, satu hidangan sampingan  dan minuman.




Dengan slogan “Inti Padat. Nilai Hebat”, promosi hebat ini bermula pada hari ini (4 Januari) 2016 dan boleh didapati di kesemua 378 restoran Pizza Hut di seluruh Malaysia.

“Promosi Awesome Loaded menampilkan piza-piza yang padat dengan inti yang lazat. Kami yakin promosi ini bakal memberikan pelanggan kepuasan makan yang maksima pada nilai yang amat berpatutan,” kata Low Kang Moon (gambar atas, tengah),  Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia sewaktu majlis pelancaran berkenaan.

“Piza-piza terbaru ini penuh dengan keenakan rasa terutama dari segi intinya, ditambah pula dengan nilai yang hebat menjadikan 'Awesome Loaded' satu kombinasi terbaik bagi mereka yang mencari tawaran hidangan lazat,” katanya.