Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MET10 AWARDS 16 JANUARI DI SKY PARK, NU SENTRAL


MET10 Awards membuka tirai tahun 2016 pada 16 Januari ini  mempertandingkan barisan artis Malaysia yang menyanyikan lagu berbahasa Inggeris yang mengungguli carta mingguan Malaysia English Top 10 di hitz fm sepanjang tahun 2015.

Dijadualkan berlangsung di Sky Park, Nu Sentral, anugerah bertemakan 'Back In Time' dalam jangka masa tiga jam akan membawakan para artis tempatan dari pelbagai generasi yang berbeza untuk menggegarkan pentas pada malam tersebut.

Dengan kerjasama Tune Talk, MET10 Awards akan menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Jake Abdullah dan Jason Lo selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk bertindak sebagai pengacara bersama.

Pertemuan Jake dan Jason dianggap sebagai perjumpaan semula bagi kedua-dua orang yang amat berpengaruh dalam industri muzik tanahair selepas kali terakhir Jason bersama hitz fm pada tahun 2007. Jake dan Jason Lo juga sebelum ini telah mengendalikan Carta Mingguan MET 10 yang ke udara setiap hari Ahad dari  jam 3 petang hingga 4 petang.

“MET10 Awards telah dilancarkan hampir satu dekad yang lalu untuk meraikan arena muzik tempatan yang berbahasa Inggeris.Saya rasa amat gembira apabila anugerah ini dapat diteruskan sehingga ke tahap yang hebat seperti hari ini. Artis-artis seperti Yuna dan Zee Avi adalah sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam muzik arena antarabangsa, manakala band pop rock Paperplane Persuit telah melayakkan lagu utama mereka tersenarai dalam Carta Billboard Top 40,  “ kata Jake Abdullah )gambar bawah, kiri).



“Kami juga amat teruja kerana diberi peluang untuk menganjurkan semula MET10 Awards dan kami percaya penyokong muzik tempatan akan menghargai apa yang telah kami sediakan kepada mereka. Selain itu, saya mempunyai berita baik untuk peminat yang tidak boleh berada di sana secara fizikal. Para pendengar boleh mendengarkan secara langsung di hitz fm atau sebagai alternative lain adalah melalui aplikasi RAKU. Apa yang mereka perlu lakukan adalah memuat turun aplikasi RAKU dan boleh dengarkan lebih dari 20 stesen radio, dan dengarkan senarai artis-artis utama tempatan termasuklah  Yuna, Paper Plane Pursuit, Dasha Logan dan ramai  lagi, “ katanya .

“Secara peribadi, saya telah menyaksikan pertumbuhan yang besar dalam industri muzik tempatan berbahasa Inggeris berbanding dengan 10 tahun yang lalu. Pada zaman ini peminat muzik lebih terbuka  untuk memilih muzik kegemeran mereka. Sebilangan kecil bakat-bakat di Malaysia bahkan telah berjaya menembusi gelombang di luar negara, apabila mampu  menarik perhatian peminat di sana dengan penghasilan  muzik Inggeris tempatan. Ini merupakan suatu petanda yang baik, kerana ketika ini persaingan akan menjadi lebih besar dan saya amat bersemangat untuk menantikan karya-karya muzik terkini dari artis-artis tempatan berbahasa Inggeris di Malaysia, “ ujar Jason Lo. (gambar atas, kanan).

“Muzik merupakan salah satu elemen teras untuk mewarnai Tune Talk. Dengan adanya kerjasama bersama hitz fm, anugerah sebegini akan memberikan satu penghormatan bagi pihak kami sebagai pihak penganjur yang akan menjangkakan perkara yang lebih besar selepas ini. Tanggal 16 Januari 2016 nanti, kami berharap agar ini merupakan hadiah pembukaan tahun baru dan akan memberikan sajian terbaik sepanjang 2015 kepada peminat muzik tanahair dan mengingatkan semula zaman kegemilangan muzik suatu ketika dahulu," tambahnya.

Senarai Kategori MET10 Awards:

1. MET 10 BEST MALE ARTIST
2. MET 10 BEST FEMALE ARTIST
3  MET 10 BEST BAND/GROUP
4. MET 10 BEST SONG
5. MET 10 BEST LIVE PERFORMER
6. MET 10 BEST MUSIC VIDEO
7  MET 10 BREAKTHROUGH ACT
8. Hall of Famer/Artist of The Year (tiada pencalonan diperlukan)

Sementara itu, antara artis=artis  yang bakal mengegarkan pentas MET 10 Awards terdiri daripada  nama-nama besar seperti De Fam, Jin Hackman, Paperplane Persuit, OAG,dan ramai lagi.



SENARAI PENCALONAN MENGIKUT KATEGORI


1. MET 10 BEST MALE ARTIST/ ARTIS LELAKI TERBAIK:

- BALAN KASHMIR
- KARMAL
- JIN HACKMAN
- RESH
- OJ LAW
- ROSHAN JAMROCK

2. MET 10 BEST FEMALE ARTIST/ ARTIS WANITA TERBAIK:

- EUNICE HOO
- DASHA LOGAN
- TALITHA TAN
- FROYA
- ELIZABETH TAN

3. MET 10 BEST BAND/GROUP/ BAND/KUMPULAN TERBAIK:

- TRES EMPRE
- PASTEL LITE
- KYOTO PROTOCOL
- DE FAM
- PAPERPLANE PURSUIT

4. MET 10 BEST SONGS/ LAGU TERBAIK:

 - RESH 'HALF THE MAN'
 - OJ LAW 'INTROVERT'
 - DE FAM 'SUPERGIRLS'
 - JIN HACKMAN 'BANANA'
 - PAPERPLANE PURSUIT 'WHO’S GONNA STOP ME?'
 - ROSHAN JAMROCK 'THE BOSS'

5. MET 10 BEST LIVE PERFORMER/ PERSEMBAHAN ‘LIVE’ TERBAIK:

 - PAPERPLANE PURSUIT
 - KYOTO PROTOCOL
 - JIN HACKMAN
 - RESH
 - TRES EMPRE

6. MET 10 BEST MUSIC VIDEO/ MUZIK VIDEO TERBAIK:

 - PAPERPLANE PURSUIT 'WHO’S GONNA STOP ME?'
 - JIN HACKMAN 'BANANA'
 - DE FAM 'SUPERGIRLS'
 - OJ LAW 'INTROVERT'
 - GOLDFISH & BLINK 'SOMEWHERE NEW '
 - RESH 'HALF THE MAN'

7/ MET 10 BREAKTHROUGH ACT

 - DE FAM
 - GTEXPERIMENT
 - JON LIDDEL
 - EUNICE HOO
 - ALI AIMAN
 - +2DB