Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MAHARAJA LAWAK MEGA 2015 BERMULA 29 JANUARI INI



Maharaja Lawak Mega atau ringkasnya MLM 2016 bakal menampilkan 15 peserta dengan siaran bermula pada 29 Januari ini  selama  14 minggu pada setiap Jumaat, pukul 10 malam Ia disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Antara  wajah-wajah pelawak popular yang bergabung kali ini terdiri daripada kumpulan LOL yang menemukan  Angah bersama Tauke (Jambu) dan Ajak (Shiro) selain Joras yang dianggotai oleh Shuk (SYJ), Rahim (R2) dan Joey (Jalor).

Peserta lain yang turut terlibat adalah Cham (Along dan Azrul Cham), Bocey  (Acey, Abam dan Fad), Awok (gambar bawah, kiri), (Filzah, Ain dan Ayie), Enjen (Raja Azri, Acong dan Yus), Shake (Amir, Bell Ngasri dan Haszmi), Chilok (Chiwan, Achok dan Kamal), XOLA (One, Chot dan Wan Jala), Puteh (Mamak dan Ali).

Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim dijangka mencuri perhatian apabila muncul sebagai peserta kumpulan Bos bersama Ajo dan Abu.

Manakala kumpulan Bora (Isa, Yan dan Mamat) mewakili Singapura dan seperti biasa  Saywho  (gambar bawah, kanan) (Vicha, Bocil Bancin dan Agus) mewakili Indonesia.

Dua peserta solo yang turut bertanding adalah Reza Mukmin dan Kavin Jay.


Selain itu, buat kali kelima berturut-turut Dato AC MIzal tetap menjadi pilihan sebagai hos bagi program realiti popular berkenaan. manakala CK Faizal tampil menerusi segmen Pengulas Iringan.

Seperti format lama,  barisan juri akan tetap terdiri daripada  empat orang di mana  sistem pemarkahan masih dikekalkan iaitu 70 markah oleh juri tetap dan 30 daripada undian penonton. Namun siapa kah para juri berkenaan masih menjadi tanda tanya.

"Ia satu kejutan dan ia hanya akan didedahkan pada minggu pertama pertandingan nanti," ujar Pengurus Saluran Astro Warna, Emarina Kamal (gambar atas bersama AC Mizal)  pada sidang media MLM 2016 baru-baru ini.


Menurut Eramina, MLM tahun ini mengangkat tema 'spy' atau perisik yang mana kami rasakan ia amat bersesuaian dengan diri setiap pelawak apabila semuanya satu misi sama dalam merebut gelaran juara.

Juara MLM 2016 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara, RM250,000 dan tempat ketiga RM150,000.

Tempat keempat dan kelima pula masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000.