Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'MITA TOURISM FAIR" TAWAR DISKAUN MENARIK


Sebanyak 150 gerai daripada 100 penggiat industri pelancongan menyertai 'MITA Tourism Fair' yang menampilkan  pelbagai  promosi pelancongan domestik di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)  yang bermula semalam (29hb) dan akan berakhir  31 Januari ini.

Meliputi ruang Dewan 6 sebesar 2,700 kaki persegi di  KLCC, pameran telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab (gambar atas, kiri) semalam, dalam suasana sederhana tetapi tetap meriah apabila ramai pengunjung bertali arus hadir sebaik pameran dibuka seawal jam 9 pagi sehingga 9 malam setiap hari.


“Harapan saya melalui pameran ini, kita akan dapat menggalakkan lebih ramai rakyat melancong dalam negara di samping menerima pula lebih ramai pelancong asing  ke negara ini, " ujar  Mirza pada media di majlis pelancaran tersebut.

“Pameran ini juga menyambut baik matlamat utama kempen ‘Cuti-Cuti 1Malaysia Dekat Je’ yang dilancarkan oleh Pelancongan Malaysia pada Jun lalu bagi mewujudkan budaya melancong secara terancang melalui pembangunan pakej-pakej pelancongan domestik yang kreatif dan inovatif,” tambah beliau. 

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Promosi Domestik, Iskandar Mirza Mohd. Yusof; Presiden MITA, Frankie Lee; Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Aman Makmur Tourism Sdn. Bhd., Datuk Zulkifli Mohamad dan Pengerusi MITA Tourism Fair, Uzaidi Udanis.

Anjuran Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), pelancaran kempen #GoDomestic ini diharap mampu menarik pengunjung dari luar dan dalam negara mengenali negara ini dengan lebih dekat lagi melalui pelbagai tawaran mahu pun aktiviti-aktiviti yang disediakan di sepanjang tahun 2016. 

Ia juga betujuan  menjadi sebuah platform bagi 400 ahli-ahli MITA  menjual tiket penerbangan dan pakej percutian tempatan pada harga yang amat berpatutan di musim lengang (off-peak).




Antara gerai-gerai yang menarik meliputi syarikat Al-Hilmi Agarhood Sdn Bhd yang mengendalikan pelancongan agro di sekitar Slim River dan Tanjung Malim. Syarikat ini menawarkan orang ramai peluang berkunjung ke tapak pertanian dan perladangan melalui pakej yang mereka namakan 'Al-Hilmi Agro Tourism'.



Tiga pakej disediakan meliputi pakej 3 hari 2 malam; dua hari satu malam dan kunjungan sepanjang satu hari dari pagi hingga ke malam. Pengunjung akan dibawa melihat sendiri kehidupan di luar bandar khususnya di kawasan kampung dan ladang.

Di samping itu, sepanjang pameran berlangsung pelbagai produk pelancongan menarik termasuk pakej domestik ditawarkan dengan diskaun hampir 50 peratus.

Jadi apa lagi, sekiranya anda berhajat untuk merancang percutian pada musim Raya Cina nanti atau musim percutian lain bolehlah berkunjung ke 'Mita Tourism Fair' untuk memperoleh pakej menarik pada destinasi pilihan anda dengan harga mampu beli.

Jom cuti!