Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SUKA MAKAN KEJU? JOM 'JOIN' PERADUAN ANCHOR MENANG HADIAH MENARIK!



ANDA suka makan keju khususnya yang berjenama “Anchor”?


Jika jawapannya iya, anda berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM100,000 tau.


Wow! Lumayan tu… mana lah tahu kut ada rezeki tahun ini. Tetapi rezeki bukan datang bergolek tau.


Untuk memenangi hadiah berkenaan anda perlu sertai peraduan Anchor Legendairy dengan tema tahun ini “Senyum dengan Keju”.


Ha.. itu dia, kalau lah menang bolehlah senyum sampai ke telinga haha…


Nak tahu bagaimana nak cuba nasib? Meh Kak Fas citer sikit….


Peraduan yang dianjurkan di seluruh negara mulai 1 Oktober 2020 lalu hingga 31 Disember 2020 ini menampilkan cabutan bertuah dan peraduan putar dan menang bertujuan untuk menyebarkan kebaikan keju New Zealand dengan membawa kegembiraan kepada para pengguna di Malaysia ketika menghadapi cabaran pandemik Covid-19 pada masa kini.


“Keju adalah sumber protein yang kaya dan pengambilan protein sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang, dan gaya hidup yang sihat dalam menyumbang kepada emosi yang baik. Dalam erti kata lain dengan menikmati keju dapat membuat anda gembira. Kami berharap untuk membawa senyuman dan aura positif kepada rakyat Malaysia dengan menyediakan kebaikan keju dari New Zealand yang terkenal dengan rasanya yang lazat!” ujar Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan Fonterra Brands Malaysia.


Peraduan Legendairy Anchor adalah sebahagian daripada kempen baharu jenama ini untuk mempromosikan menu masakan berasaskan keju dari lebih 650 buah bakeri, restoran dan kafe F&B yang komited untuk menyediakan makanan lazat seperti kek, kuih tat, roti keju, pizza, burger serta nasi keju panggang atau pasta



Anchor Food Professionals berharap untuk menyokong industri F&B tempatan yang terkesan akibat pandemik global ini dengan memperluaskan kehadirannya kepada lebih banyak pengguna dan pelanggan di rumah mahupun di kedai. 


Kempen ini juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kemahiran dan memberi pendedahan kepada pengendali makanan terhadap kemahiran penggunaan media sosial yang amat diperlukan terutamanya pada waktu pandemik sebegini.


“Krisis Covid-19 telah mempercepatkan keperluan untuk menimba kemahiran dalam penggunaan media sosial terutama dalam menangani isu kegawatan ekonomi yang kian mencabar. Anchor Food Professionals berhasrat untuk memberi sokongan kepada para pengendali F&B dalam usaha meningkatkan kemahiran media sosial mereka supaya perniagaan mereka mampu kekal bertahan, malah berkembang maju ketika Malaysia berusaha untuk memulihkan ekonominya. Oleh itu, beberapa restoran dan bakeri yang mengambil bahagian akan menawarkan perkhidmatan pembungkusan dan penghantaran untuk menyasar lebih ramai pengguna, terutama mereka yang lebih suka makan di rumah pada masa kini.” Tan menjelaskan.



Antara sebab utama mengapa pengguna perlu  memilih produk tenusu dari New Zealand, Tan berkata, “Anchor Food Professionals merupakan antara peneraju syarikat perkhidmatan produk tenusu di Malaysia dan kami bangga dengan warisan turun temurun ini terutama dalam penghasilan produk tenusu berkualiti tinggi daripada lembu yang diberi makan rumput di New Zealand sejak tahun 1886.”


Menurutnya, produk Anchor Dairy Foods ini dijual kepada lebih 80 buah negara di seluruh dunia dan telah wujud di Malaysia melalui syarikat Fonterra iaitu sebuah koperatif tenusu multinasional sejak 1960. 


“Kami mempunyai rekod yang cemerlang dalam membekalkan produk tenusu yang memiliki rasa, tekstur dan prestasi fungsi yang unik untuk para pengendali makanan industri F&B Malaysia.” tambah Tan.


Jadi, apa kata berikan diri anda sebab untuk senyum pada hari ini dengan kebaikan dan kelazatan keju! 



Sertai peraduan Legendairy Anchor dan rebutlah peluang untuk  memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utama percutian 3-hari-2-malam di resort mewah di Langkawi untuk dua (2) orang termasuk tiket penerbangan dan sembilan (9) hadiah sagu hati yang terdiri daripada alat elektronik untuk dimenangi dalam cabutan mingguan! 


Peserta juga boleh menebus hadiah eksklusif daripada www.smilewithanchor.com apabila mereka membuat pembelian makanan yang menggunakan keju Anchor dari restoran dan bakeri yang mengambil bahagian. 


Semua pelanggan yang makan di restoran, dipek ataupun melalui pesanan penghantaran dari restoran-restoran yang mengambil bahagian juga boleh menyertai peraduan ini. 


Mereka hanya perlu mengambil gambar bukti pembelian dan muat naik ke laman web yang tertera untuk turut serta! “Like” dan “Follow” Anchor Food Professionals di Facebook (https://www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY) dan Instagram (https://www.instagram.com/anchorfp.my/) untuk maklumat lanjut tentang peraduan.


Kak Fas: Suka beli produk di bawah label 'Anchor' khususnya mentega sebab tak makan keju kecuali kek keju huhu tetapi budak-budak di rumah memang suka keju so harus ada dalam peti ais.



#AnchorFoodProfesional #Keju #Mentega #SmileWithCheese #LegendaryAnchor

16 ulasan:

Sis Lin berkata...

Cantik Blog Kak Fas baru ni, kita suka...
Lin jarang Kak beli anchor ni, kecuali buat kuih raya, tu pun tengok kuih.. tak tau lee, dah kebiasaann guna yang lain.. nnti boleh beli laaa, kot laa menang plak masuk peraduan ni..

Nina Mirza berkata...

Samalah kita kak Fa's, suka cheese anchor! Anak-anak suka makan gitu jer..
Kebetulan kita selalu beli, nanti nak join laaa contest dia

Ummi berkata...

Saya memang peminat keju, tapi belum pernah rasa lagi keju Anchor. Nanti saya cuba. Manalah tahu boleh menang.

adianiez AIDA berkata...

anchor brand feveret aida. cheese. butter. whipped cream.
semua sedap. kat rumah memang ada butter anchor yg kekecik tu.
ala-ala kat hotel utk sapu kat roti. salted.
pepagi sarapan, fefeeling kat resort la konon ha ha ha ha...
wow! a great contest. brg memang nak beli ni.

Marina Bashah berkata...

Suka makan cheese. Dulu takleh terima cheese. Sekarang peminat tegar. Wahh bestnye ada peraduan. Hadiah dia best tu! Boleh join nanti

mrsliez berkata...

Brand fav liez ni. Bila buat puff, pizza mmg Anchor la yang jadi pilihan. Even buat cookies or cake phn pakai cream cheese anchor. Boleh la try masuk contest

Tekkaus berkata...

Being a cheese lover, I really need to participate in this contest. Have yet to try the cheese from Anchor brand.

Aerill Hassan berkata...

wah bolehlah saya join contest ni sebab saya memang suka cheese :) terima kasih share ya :)

Farhana Jafri berkata...

jarang beli produk anchor ni sebab dah terbiasa dengan brand buttercup tapi dah alang2 ada peraduan ni boleh la beralih angin sekejap

Cuppy Cake berkata...

Anchor is my mom and my favorite brand for baking cookies, cakes and desserts!I would love to join too! This will be very exciting!

iena eliena berkata...

Jenama anchor memang terbaik and trusted brand..selalu mak iena buat kuih guna brand anchor ni

Wan Syahida Kahar berkata...

Biasa beli cheese Anchor utk makan sebagai sandwich. And sometimes beli whipping cream kalau nak buat bread pudding. I love their products. Mmg high quality & sedap.

Hayati Suki berkata...

Hai kak fas. Sisyat n famili mmg suka makan apa saja menu yang ada cheese..x kisah la jenama apa pun. Tapi bila tahu anchor ada peraduan cmni, why not kte try beli cheese anchor plak. Mn tahu ada rezeki bila join kan 😊

Kitkat Nelfei berkata...

Kitkat memang suka giler macam makanan yang ada cheese dan sememangnya Anchor ni jadi pilihan... bestnya contest dia.. nak join juga la lepas ni...

Cik Puan Ena berkata...

Ena suka makan keju anchor dengan roti breakfast hehe. Mengenyangkan jugak. Kalau kek lagi lah suka. Lumayan betol hadiah ditawarkan. Peminat anchor kena lah cuba kan

Zaza Azman berkata...

Mmg anchor ni brand sekeluarga za guna dan pakai sejak dulu lagi. Lagi2 cheese dia. Sedap dan berkualiti.