Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MRF C0NSULTANT TAWAR KARYAWAN SENI MILIKI RUMAH BERNILAI RM500K DENGAN BAYARAN RM10


RM10
sahaja bagi memiliki sebuah rumah bernilai sehingga RM500,000?


Biar betul?

 

Begitulah tanda tanya yang bermain di fikiran para tetamu termasuk kira-kira 60 orang golongan artis veteran yang hadir pada majlis pelancaran skim ‘Rumahku Syurgaku’ dan pelantikan penyanyi Noraniza Idris sebagai Duta Pelancongan Seni dan Budaya anjuran MRF Consultant Sdn Bhd di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


“Itulah janji saya dan akan saya buktikan kesahihannya. Ini adalah salah satu daripada program CSR syarikat dan diri saya sebaga bekalan di akhirat kelak,” ujar Pengarah Urusan MRF Consultant, Dato Sri Siti Nur Atiqah Baba ketika ditemui.


Turut hadir suami kepada Noraniza, Hj Jeffri Iman Hj Hoodi dan ibu kepada Nur Atiqah iaitu Datin Seri Mariam Abu selaku Pengarah bersama syarikat.


Pun begitu, menurut Nur Atiqah, mereka yang layak menerima rumah tersebut tidak dibenarkan menyewa atau pun menjualnya dengan tujuan mengaut keuntungan melainkan menjadikan ia kediaman sendiri.


“Jika saya dapati ada yang menjual atau menyewanya, kami tidak akan teragak-agak untuk membatalkan pemilikannya dan mengambil kembali rumah berkenaan,” tegas Nur Atiqah (gambar kanan) yang sering kelihatan sebak kala menyuarakan harapannya untuk membantu golongan masyarakat yang menjadi tunjang kepada rantaian ekonomi iaitu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.


Menurutunya, quota perumahan di bawah MRF Consultant (M) Sdn. Bhd. sebanyak 1,000 unit disediakan untuk artis-artis di Malaysia. 


"Ini adalah quota terkumpul dalam CSR syarikat sepanjang 5 tahun tambahan lagi 2 tahun yang lalu negara menghadapi pendamik global. Dana ini adalah dari sumbangan peribadi saya sebagai CSR dari keuntungan pelaburan dalam berbagai sektor perniagaan," ujar Nur Atiqah.


Sambungnya, harga bergantung pada lokasi pilihan di mana rumah berharga RM500 ribu mungkin nampak sederhana di Kuala Lumpur tapi mahal mengikut lokasi pilihan rumah, contohnya di Kedah. 



"Quota pendaftaran yang dibuka ini juga dipertimbangkan selagi menepati syarat dan kesesuaian yang diperlukan oleh syarikat kami. Pendaftaran rumah akan dibuat atas penama yang berjaya sahaja," tambahnya tegas.


Objektif skim 'Rumahku Syurgaku' ini katanya, bukan untuk membantu golongan artis veteran yang tidak mempunyai rumah dan menghadapi kesempitan hidup sahaja tetapi terbuka kepada karyawan seperti pemuzik, penyanyi, pelakon, penari lama dan baharu, penata rias yang menyokong di belakang tabir industri muzik mahupun perfileman. 


Menurut Siti Nur Atiqah lagi, mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara online melalui Google Form yang boleh diakses mulai Rabu 15 Jun 2022 manakala alamat link dan QR code akan disebarkan melalui NIPV Management Sdn Bhd, dan pendaftar hanya perlu isikan dokumen lengkap seperti mana proses menjual beli rumah dijalankan. 


ACARA menandatangani MoU antara MRF diwakili Siti Nur Atiqah dan Noraniza Idris bagi pihak syarikatnya, NIPV Management.


Sehubungan dengan hasrat suci itu, Nur Atiqah mengumumkan kerjasama dengan NIPV Management Sdn Bhd yang diterajui pasangan Hj Jeffri dan isterinya, Noraniza Idris yang sekali gus bertindak sebagai duta pelancongan seni dan budaya mereka.


Melalui pelantikan itu, Nur Atiqah berkata, Ratu Irama Malaysia berkenaan akan menjalankan aktiviti memartabatkan kesenian budaya negara agar terus hidup mekar selain mempromosikan skim ‘Rumahku Syurgaku’ sepanjang acara acara yang mereka adakan di seluruh negara.


“Kami berharap kerjasama ini akan berjalan lancar dan memohon sokongan dari semua pihak terutamanya dari  Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Negara dan seluruh rakyat Malaysia,” tambah Nur Atiqah sambil memohon agar semua  mendoakan negara diberkati Allah dan semua rakyatnya mampu mempunyai tempat kediaman mereka sendiri pada masa akan datang tanpa mengira tahap kemampuan masing-masing.


Berkongsi lanjut Nur Atiqah melahirkan harapan agar artis-artis veteran yang kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri boleh merebut peluang yang dibuka MRF Consultant. 



Antara artis-artis veteran yang hadir terdiri dari Aznah Hamid, Ku Faridah, Mak Jah, Zaidi Omar, Norlia Ramli, Rozie Othman dan ramai lagi.


“Saya berbesar hati untuk membantu artis-artis veteran yang tidak mempunyai kediaman untuk menyertai skim ini, InsyaAllah saya bersedia membantu,” ujar Nur Atiqah sambil memberitahu setiap permohonan perlu dibekalkan dengan beberapa dokumen keperluan.


Selain itu katanya, beliau menyediakan kira-kira 1,000 unit rumah yang boleh dibeli dengan harga RM10 kepada mereka yang layak dari usia 16 tahun ke atas.


Menurutnya, selain di Lembah Klang, lokasi skim ‘Rumahku Syurgaku’ juga dibuka di lokasi lain seperti antaranya di Kedah.


Untuk rekod, MRF Consultant Sdn Bhd telah bergerak aktif dalam bidang hartanah sejak 10 tahun yg lalu. 


Bermula dengan konsultasi projek kecil-kecilan sehinggalah mendapat kepercayaan dalaam projek berskala sederhana, MRF Consultant kini mengorak langkah dalam projek berskala besar yang mempunyai impak besar kepada ekonomi negara.


“Dalam pada itu kami tidak melupakan satu bahagian penting  dalam jaluran ekonomi  iaitu membantu golongan masyarakat yang menjadi tunjang kepada rantaian ekonomi iaitu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana,” akhiri Nur Atiqah mengaitkan usaha ke arah kebajikan itulah lahirnya skim ‘Rumahku Syurgaku’.



Sementara itu, ketika ditanya kaitan perlantikannya sebagai duta, Noraniza Idris, 53, berkata, ia seiring dengan tugas hakikinya di sebalik tabir selain kerjaya utamanya sebagai artis, beliau sangat aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti Corporate Social Responsibility (C.S.R) modal insan dan memupuk nilai-nilai murni untuk pembangunan seni dan budaya di kalangan masyarakat yang terdiri daripada generasi seawal usia 4 tahun ke atas sejak 2008 lagi hingga kini. 


"Seiring dengan minat saya, MRF turut berhasrat mewujudkan sebuah pusat pembangunan seni dan budaya khas untuk membangunkan kesenian di kalangan peserta pelbagai usia dan dibuka juga kepada pelbagai kaum dari seluruh Malaysia untuk mengikuti "bengkel kemahiran jangka pendek dan jangka panjang mengikut pilihan." jelas Noraniza yang lebih mesra disapa Kak Ani.



Pusat pembangunan seni dan budaya berkenaan dikelolakan Noraniza Idris di bawah MRF Production Sdn Bhd.

Sehubungan dengan itu, Noraniza telah menyusun perancangan untuk membangunkan pusat pelancongan  berkenaan sebagai usaha memberi peluang ramai penggiat seni dan irama Malaysia dapat diundang untuk menjalankan aktiviti mereka di situ sebagai salah satu cara membantu penggiat seni menjana semula pendapatan semasa. 



Dalam perkembangan lain, Noraniza kini sedang sibuk membuat persediaan menjelajah Malaysia dalam 'Siri Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara 2022untuk musim kelima. 


Program mencari bakat kumpulan pemain Zapin terhandal secara spontan ini dijadualkan akan ke 13 destinasi AEON Mall seluruh Malaysia bermula Pra pelancaran program ini pada 10 – 12 Disember 2021 yang lalu, 20 – 22 Mei (AEON Mall Bukit Mertajam), 24 – 26 Jun (AEON Mall Kuching Sarawak), 1-3 Julai (AEON Mall Bandar Dato’ Onn Johor), 8-10 Julai (AEON Mall Bukit Raja, Klang), 15-17 Julai (AEON Mall Ipoh Klebang), 22-24 Julai (AEON Alpha Angle Kuala Lumpur), 29 - 31 Julai (AEON Mall Sri Manjung Perak), 19-21 Ogos – (AEON Mall Bandaraya Melaka) dan 26 - 28 Ogos (AEON Mall Nilai Negeri Sembilan)


Selain AEON Mall, destinasi diteruskan ke 5 – 7 Ogos (Kuantan Pahang), 2 – 4 September (Kota Kinabalu Sabah), seterusnya ke acara kemuncak pertandingan Tingkah Geruh – Akar Kita Zapin peringkat Kebangsaan dan Nusantara berakhir pada 12 – 15 September (Iskandar Puteri Johor)




#MRFConsultant #NoranizaIdris #ArtisVeteran #RumahRM10 #NurAtiqahBaba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan