Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FORUM PERNIAGAAN PAMJ KUPAS MASA DEPAN EKONOMI NEGERI JOHOR!


TERKENAL
dengan usahanya yang proaktif dalam meningkat hubungan dan semangat kerjasama perpaduan di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja di Negeri Johor bahkan di seluruh negara, Persatuan Anak Melayu Johor Wilayah Persekutuan & Selangor atas ringkasnya PAMJ terus bergerak aktif menutup tahun 2023 dengan menganjurkan Forum Perniagaan sempena Mesyuarat Agungnya Tahunan ke-5 nya baru-baru ini.


Bertempat di Hotel Barakah, Ampang, mesyuarat agung tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerjaraya, Dato Seri Hj Ahmad Maslan yang juga berasal dari Pontian, Johor pada sebelah petangnya.


Turut bersama Presiden PAMJ, Dato Sri Syed Hussein Abdul Kadir Al Habshee; Naib Presiden 1, Dato Hj Mohd Rashid Hasnon dan ahli-ahli Exco PAMJ antaranya Encik Aziz Basiron.



Terdahulu, seawal jam 9.45 pagi, ahli-ahli PMAJ berpeluang menyertai dua sesi perbincangan melalui Forum Perniagaan berkaitan Prospek Ekonomi Malaysia 2024,  serta kemudahan pembiayaan usahawan dan perkara yang berkaitan oleh tiga agensi iaitu SmeCorp, TEKUN dan MavCap serta Pacct iaitu Kumpulan Perunding Prudence.


Sesi pertama bertajuk ‘Prospek Ekonomi Malaysia 2024’ menampilkan Pengerusi MIDA, Tan Sri Sulaiman Mahbob dan Felo Penyelidik Ikmas UKM iaitu Dr. Muhammad Abd. Khalid manakala Tan Sri Johan Jaafar bertindak sebagai moderator.


DARI kiri: Dr. Muhammad Abd. Khalid, Sulaiman Mahbob dan Johan Jaafar manakala gambar di bawah sebagai moderator pertama, Aziz Basiron.


Cukup hangat topik yang diperbincangkan sehingga sesi pertama yang sepatutnya berlangsung  selama 45 minit melebihii waktu sehinnga jam 12 tgh hari dari bermulanya perbincangan dalam pukul 9.45 pagi.


Sambungan selepas waktu rehat setengah jam diteruskan dengan topik mengenai ‘Kemudahan Pembiayaan Usahawan’ oleh SME Corp, TEKUN dan MavCap bersama Kumpulan Perunding Prudence (Pacct), Abdul Kader sebagai moderator.


Kira-kira 100 ahli PAMJ yang hadir begitu tekun mendengar kupasan pada persoalan ‘Prospek Ekonomi Malaysia 2024’ di mana kedua-dua panelis iaitu Dr. Muhammad serta Sulaiman Mahbob berpendapat Johor perlukan orang yang bijak pandai dalam memajukan pembangunan agar setidak-tidaknya setanding dengan negara jirannya, Singapura yang lebih ke hadapan dari segi ekonomi.


Menariknya, apabila diterjah dengan soalan cepu emas oleh Johan Jaafar andai kata Dr. Muhammad dilantik sebagai Penasihat Ekonomi negeri Johor dan Sulaiman pula sebagai Menteri Besar Johor apa kah tindakan pertama mereka?


Dengar jawapan mereka melalui video di bawah ini:




Selesa sesi pertama, rata-rata ahli yang hadir memberikan tepukan gemuruh atas penerangan dan jawapan yang dilontarkan ahli panel sekali gus memberikan panduan dan hala tuju kepada rakyat Johor terhadap beberapa cadangan dan komen yang diberikan tentang prospek Ekonomi Johor akan datang.



Dalam pada itu melalui penerangan yang diberikan ahli panel dari SME Corp diwakili Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Nasihat & Sokongan Perniagaan,  Md. Zahidan Hassan; Noor Amy Ismail, Ketua Pegawai Operasi MavCap dan M. Nasarudin Samad sebagai Eksekutif Pembangunan Usahawan TEKUN Selangor, rata-rata yang mendengarnya sedikit sebanyak membantu dalam soal pinjaman atau pun geran yang boleh diperoleh.


DARI kiri: Abdul Kader, Noor Amy, Md Zahidan dan Nasarudin.


Seperti ramai maklum, misi SME Corp Malaysia adalah menggalakkan pembangunan PKS yang berinovasi, berdaya saing dan berdaya tahan menerusi penyelarasan serta menyediakan khidmat sokongan perniagaan yang berkesan.


Selain itu SME Corp Malaysia juga berusaha dalam memperkasakan kelompok penting PKS dalam pelbagai platform dan program bagi meningkatkan pembangunan PKS dan usahawan. 


“Kami menyediakan khidmat nasihat dan maklumat berkaitan perniagaan kepada PKS dan usahawan yang memerlukan bantuan, samada pinjaman atau pun geran,” ujar Zahidan yang tidak menafikan masih ada sebahagian besar daripada usahawan tempatan yang belum faham cara memohon bantuan melalui dalam talian.



Seperti SME Corp, TEKUN dan MavCap turut mempunyai visi dan misi seumpama dalam membantu usahawan tempatan berkembang hingga mencapai  ke peringkat antarabangsa,


MAVCAP ialah dana Modal Teroka terbesar di Malaysia yang tubuhkan pada tahun 2001 untuk membantu memupuk syarikat ICT bayi di rantau ASEAN ke dalam perniagaan yang berkembang maju. 



“Barangkali masih ramai yang tidak sedar, MavCap bersedia membantu usahawan-usahawan yang berhajat mengembangkan bisnes mereka ke peringkat global, Kami mempunyai dana bagi pembiayaan bagi syarikat peringkat pertubumbuhan inovasi dan berkaitan teknologi di Malaysia dan rantau Asia Tenggara,” ujar Amy menyuarakan kesudiannya untuk membantu jika ada sebarang persoalan berhubung fungsi dan misi MavCap.


Sehubungan itu juga, Nasarudin turut menghulurkan bantuan jika ada usahawan yang memerlukan bantuan dari TEKUN.



“Sebagai institusi peneraju pembiayaan mikro yang unggul TEKUN menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka, kerana itu juga kami umpama 'Along,” ujar Nasarudin disusuli ketawa hadirin, sambil memaklumkan telah melahirkan 1 juta usahawan TEKUN.


TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.


TURUT diadakan jualan produk daripada ahli-ahli PAMJ seperti produk Dinarz yang diusahakan oleh Exco PAMJ, Kaldina Abdul Kalam ini, bertenpat di lobi hotel.


Dalam pada itu, untuk rekod, PAMJ telah ditubuhkan secara rasmi pada 23hb October 1982 sebagai Persatuan Anak Melayu Johor Wilayah Persekutuan dan Selangor


Namun, pada 07hb Mac 2017 Pertubuhan ini telah dibatalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia disebabkan oleh masalah-masalah pematuhan peraturan Pejabat Pendaftar Pertubuhan berkaitan laporan-laporan tahunan PAMJ pada tahun-tahun terdahulu kepada Pendaftaran Pertubuhan.


Begitu pun, PMAJ didaftarkan semula pada 28hb Jun 2018 dengan nama baharu Persatuan Anak Melayu Johor Wilayah Persekutuan & Selangor dan kekal dengan nama ringkasnya PMAJ.




#PMAJ #ForumPerniagaan #SMECorp #TEKUN #MavCap #Ekonomi #Usahawan 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan