Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KEJOHANAN RALI ANTARABANGSA MALAYSIA KEMBALI BERSAMA KARNIVAL DI PAHANG 8 MAC!



SUKAN, hiburan dan agama - begitu lengkap peraturan yang dirancangkan pihak penganjur, Millennium Motorsport Adventure Club (MMAC) pada acara kereta lumba rally terbesar yang bakal memecah suasana kesunyian ladang kepala sawit yang lazimnya sepi.


Ya, setelah 5 tahun, tiada kedengaran deruman kereta-kereta rally, keindahan laluan ladang sawit akan kembali mencabar kehebatan pelumba-pelumba  bertaraf dunia seperti Juara PWRC, Karamjit Singh pada  Kejohanan Rali Antarabangsa Malaysia 2024  atau  ringkasnya ‘MIRC’ pada bulan Mac tahun depan.



Diuruskan oleh sebuah syarikat pengurus acara gergasi iaitu Semenyih Eco-Ventures Resort & Recreation dengan rakan strategik dari Pejabat Parlimen Paya Besar, Majlis Bandaraya Kuantan dan Kerajaan Negeri Pahang serta Pahang Corporation, ia turut diikhtiraf oleh Motorsports Association of Malaysia (MAM) serta Kementerian Belia & Sukan, Malaysia.


DARI Kiri: Mohkzani, Tengku Hishammuddin dan Mohamad Khafey.


Penganjuran berbentuk karnival ini akan diadakan di Kawasan Parlimen Paya Besar yang mengandungi ladang sawit Felda Panching dan keindahan Bandar Kuantan, Pahang Darul Makmur.


MIRC mensasarkan mampu menarik lebih kurang 300,000 pengunjung pada karnival selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Mac 2024 apabila pelbagai acara dirancang termasuk persembahan hiburan serta ceramah keagamaan,” ujar Pengarah Acara MIRC 2024,  Dato’ Seri Mohamad Khafey Ikhwan Bin Abdul Latiff ketika ditemui pada majlis pelancaran MIRC bertempat di Semenyih Eco-Ventures Resort & Recreation baru-baru ini.



Gimik pelancaran berupa acara memotong riben belon serta menandatangani baju t MIRC disempurnakan bersama oleh Tengku Dato Dr. Hishammuddin Zaizi bersama Presiden Motorsports Association of Malaysia (MAM), Tan Sri Mohkzani Tun Mahathir



Turut bersama,  Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Presiden MMAC, Hj Sutan Mustaffa Salihin dan Karamjit Singh serta ramai lagi.



Berkongsi lanjut, Mohamad Khafey (tiga dari kiri) memaklumkan, perlumbaan rally akan disertai oleh pelumba rally terbaharu dari China, Thailand dan Indonesia  yang akan turun dengan jentera spesifikasi terkini seperti AP4 dan R5/Rally2 sekali gus mengembalikan kegemilangan Malaysia sebagai penganjur rally di rantau Asia Pasifik.


Menurutnya, pusingan pertama kejohanan akan berlangsung di Paya Besar, Kuantan, Pahang bermula 8 hingga 10 Mac 2024 dengan menampilkan SS tradisi rali di Malaysia iaitu laluan gravel kelajuan tinggi dalam ladang-ladang sawit di sekitar Felda Panching.


“Ia akan diikuti dengan tiga lagi pusingan yang akan dibuat pada bulan Jun, September dan Disember. Walau bagaimanapun tarikh dan lokasi sebenar untuk tiga lagi pusingan berkenaan hanya akan diumumkan selepas kalendar sukan permotoran Malaysia untuk 2024 dikeluarkan secara rasmi,” tambah Mohamad Khafey.



Bagi pusingan pertama ia akan dilangsung di Kuantan  dengan penyertaan daripada pelumba-pelumba rali profesional sekitar rantau Asia yang akan turun dengan jentera spesifikasi terkini seperti AP4 dan R5/Rally2.


Perlumbaan rally berstatus antarabangsa ini bakal menawarkan hadiah wang tunai k eseluruhan berjumlah hampir RM30,000 kepada semua pemenang kelas 4WD & 2WD termasuk keseluruhan hadiah motorsikal bagi setiap kategori dipertandingkan. 


‘Ia belum termasuk hadiah-hadiah sampingan lain yang bakal diumumkan kemudian malah dengan penganjuran mampu mencecah jutaan ringgit kami turut membuka peluang kepada mana-mana pihak  swasta dan korporat untuk menjadi rakan penaja dan rakan strategik bagi meneruskan kesinambungan kegemilangan sukan luma rally ini di Malaysia,” ujar Khafey.



Menariknya, pada karnival tersebut selain berhibur dengan konsert yang bakal disertai artis-artis popular tanah air antaranya Lan Solo dan Azlan & The Typewriter, pengunjung berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang akan berlangsung di Kuantan pada hari Jumaat dan Ahad.


“Manakala Ceramah Agama Perdana  & Nasyid dari Penceramah & Tokoh Agama Terkemuka   seperti Ustaz Azhar Idrus  dan Ustaz Badli Shah akan berlangsung di Tapak Karnival Felda Panching pada hari Sabtu malam,” sambung Sutan Mustaffa Salihin.



Menurut beliau, sepanjang karnival, pengunjung yang membeli ‘merchandise’  dijual semasa karnival berpeluang memenangi cabutan bertuah yang akan diumumkan di malam akhir karnival pada 10 Mac 2024.


Selain itu, MIRC turut membuka ruang kepada peminat automotif untuk berkumpul dan mempamerkan kereta unik masing-masing pada acara karnival tiga malam bertemakan “The Best Rally Tradition is Back’.



Jom ramai-ramai mengembalikan kegemilangan kejohanan sukan kereta lumba di Malaysia sekali gus dapatlah kita merasai aura kenikmatan berada di ladang kelapa sawit apatah lagi bagi mereka yang belum pernah berkunjung ke salah satu komoditi pertanian utama yang  menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara itu.



#MIRC #SukanRally #SemenyehEcoVentureResort&Recreation #AzharIdrus #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan