Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PAKARHR BANTU USAHAWAN SME CEMERLANG PERNIAGAAN


SEBANYAK
19 Anugerah pelbagai kategori disediakan kepada ushawan yang menunjukan prestasi cemerlang dan sepenuh komitmen pada program ‘Circle Mentoring’ anjuran PakarHR Sdn Bhd merangkumi 20 buah syarikat  pada majlis “Malam Penghargaan Pakar HR 2023’ yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Semua usahawan yang berjaya tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakang perniagaan sama ada penghasilan produk ataupun syarikat yang menawarkan perkhidmatan. 



‘Anugerah yang kami berikan ini melihat pada perkembangan sebelum dan selepas mereka sertai program kami khususnya yang menunjukkan prestasi dan perubahan kepada bisnes mereka,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Pakar HR Sdn Bhd, Hisham Wahab ketika ditemui pada sidang media majlis Malam Apresiasi yang turut dihadiri isterinya, Salwa Azlan sebagai Pengasas Bersama PakarHR merangkap Ketua Pegawai Strateginya.



Majlis Malam Penghargaan bertemakan 'Palestin' disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Parlimen Hulu Langat merangkap Timb Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional (TEKUN), YB Mohd Sany Hamzan.



Turut hadir Datuk Nik Hasyudeen Bin Yusoff, Pengarah Bank Islam Malaysia Berhad dan Datuk Samsul Bin Husin, CEO SAGA Cloud Sdn Bhd. serta Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.


Sehubungan itu juga, majlis makan malam mensasarkan RM10,000 dapat dijana bagi disalurkan kepada Cinta Gaza Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang kini menghadapi krisis peperangan.


Bagi mereka yang belum mengetahui mengenai PakarHR mungkin tertanya-tanya apakah perkhidmatan yang diberikan?


Sebagaimana namanya, PakarHR Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat penyedia Latihan dan konsultansi yang diusahakan Hisham dan Salwa Azlan sejak tahun 2017 bagi membantu usahawan cemerlang dalam perniagaan mereka.


Sepanjang penubuhan PakarHR, sebagai perunding sumber manusia, syarikat ini telah memberikan servis kepada 2,530 buah syarikat SME dan korporat dan telah hampir 30,000 orang peserta program telah mendapat manfaat dari program-program yang dijalankan.



Antara program-program yang dijalankan  meliputi seminar online dan offline berkaitan pengurusan pekerja dan pembinaan pasukan, program konsultansi kepada syarikat korporat dan SME serta program teambuilding kepada NGO, agensi kerajaan dan syarikat-syarikat. 


Berkongsi lanjut mengenai fungsi PakarHR, Hisham memberitahu, pada tahun 2020 ketika berlakunya Covid-19, PakarHR telah menukar method program kepada online dan terlahirlah program Mentoring PakarHR yang mana usahawan-usahawan yang mengikuti program ini dibimbing selama 12 bulan dalam program Masterpiece Of Team A+ (MATA+)


“Setiap bulan usahawan akan mengikuti kelas online selama 2 hari dan kemudiannya ada tugasan yang perlu mereka selesaikan untuk dinilai oleh PakarHR,” jelas Hisham sambil memaklumkan, dalam program ini usahawan diajar cara pengurusan pekerja dan ahli pasukan yang betul dan tidak melanggar mana-mana akta dan peraturan. 



Pada tahun berikutnya, PakarHR menambahbaik modul Mentoring PakarHR dengan memperkenalkan program Leadership Accelerator Program (LEAP) yang memberi fokus kepada pembangunan kepimpinan dan kemahiran bagaimana menjadi ketua pasukan. 


“Yang terbaru PakarHR memperkenalkan program ALPHA Mentoring yang lebih memfokuskan kepada perkembangan organisasi dan penyusunan strategi bisnes,” sambung Salwa.


Selaku Ketua Pegawai Strategi, Salwa memberitahu, sepanjang program-program Mentoring dijalankan, lebih dari 200 orang usahawan telah dibantu dan berjaya menunjukkan perkembangan prestasi perniagaan yang membrangsangkan. 


“Tahniah diucapkan kepada semua pemenang anugerah, semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat dan motivasi untuk mereka terus berjaya dimasa hadapan,” tambah Salwa sambil memberitahu PakarHR  kini mempunyai sebuah cawangan baharudi Bangi untuk kemudahan usahawan mendekati mereka khususnya yang tidak dapat hadir ke ibu pejabat PakarHR di Johor Bahru.



Jom dengar 'feedback' dan kesannya mengikuti program PakarHR daripada video di bawah ini:




Untuk maklumat lanjut layari LINK INI.


#PakarHR #CircleMentoring #Usahawan #Perunding  #AlphaMentoring #LEAP #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan