Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KARNIVAL SUKAN AL-IKHSAN KEMBALI LAGI, DISKAUN HINGGA 80%!



MENGAKHIRI
kalendar tahun 2023, jenama sukan terkenal Al-Ikhsan sekali lagi kembali  membuka ‘syurga sukan’ nya dengan penganjuran karnival jualan sukan terbesar di Malaysia, bertempat di Pusat Dagangan Dunia KL (WTCKL) iaitu di Dewan Tun Razak 3 & 4 bermula pada 22 Disember lalu sehingga 1 Januari 2024 depan.


Dah tak lama lagi tu tau… jadi sebelum 'berputih mata' sebab dah tutup, eloklah berkunjung ke Karnival Sukan Al-Ikhsan secepat mungkin bagi menikmati tawaran harga runtuh sehingga 80%.


Majlis pelancaran pembukaan karnival pada Hari Jumaat, 22 Disember itu, telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim bersama Zechariah Ravin selaku Pengurud Pemasaran Al-Ikhsan Sports.



Menariknya kali ini, pada pembukaan karnival jam 10 pagi hingga 10 malam itu, 100 pencinta sukan terawal diberikan baucer bernilai RM50 dari Al Ikhsan Sports untuk dibelanjakan.


Anda boleh pilih daripada pelbagai jenama terkenal yang tersedia seperti antaeranya Puma, Nike, Adidas, Umbro, Lotti, New Balance, Reebok, AL Sports dan banyak lagi.

Jualan Harga Borong pada tahun ini membawakan banyak pilihan produk kasut dan pakaian meliputi lebih daripada 10,000 barangan daripada pelbagai jenama. 


Pilih sahaja yang berkenan di hati, memang tak rugi waima harganya cukup 'rahmah' apatah lagi jika nak cari kasut sukan buat anak-anak yang akan ke sekolah tahun hadapan. 



Sebagai peruncit sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports sentiasa memastikan pelanggan mereka menikmati harga yang terbaik, jadi janganlah lepaskan peluang ya tak? 


Sehubungan itu juga dimaklumkan, Al-Ikhsan Sports bakal membuka lagi cawangan baru di beberapa lokasi terpilih untuk memberi kesenangan kepada semua dalam mendapatkan produk barangan sukan dengan lebih mudah. 



Melihat pada karnival berkenaan, ia sesungguhnya adalah ‘syurga sukan’ terbaik yang tiada tandingannya mengakhiri tahun 2024. 


Berpinau juga lah mata nak memilih mana satu yang terbaik, termurah tetapi tetap terjamin kualitinya, jom bantu #kasihabis.


Setiap tahun Kak Fas turut menjadi pelanggan setia Karnival Sukan Al-Ikhsan ini dan sudah tentu kali ini juga tidak melepaskan peluang mendapatkan produk pilihan hati.



Dalam pada itu, jika ada yang terasa 'bertuah' boleh daftar selepas pembelian untuk memenangi hadiah menarik dalam peraduan "Spend & Win". Mana tahu ada 'luck' akhir tahun kan?


Untuk maklumat lanjut boleh ikuti Al-Ikhsan Sports melalui platform sosial media di Facebook, Instagram, Twitter, Linkedin dan Tik Tok.




#KarnivalSukanAlIkhsan @HargaMurah #AlIkhsanSports #WTC #KasiHabis #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan