Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM KUNJUNGI EKSPO HARI USAHAWAN NEGARA 2023 DI PUTRAJAYA 8-10 DIS INI!


SEMPENA
Hari Usahawan Negara 2023 tahun ini, Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM)  diterajui Presidennya, Dato Seri Abu Hasan Mohd Nor bakal menganjurkan Ekspo Hari Usahawan Negara (HUN) selama 3 hari bermula pada 8 hingga 10 Disember 2023 ini.


Bertempat di Tapak Parkir bersebelahan dan berhadapan Masjid Besi, Presinct 3 Putrajaya, HUN 2023 memberi peluang kepada lebih 100 usahawan kecil dan sederhana. untuk melibatkan diri, berhubung dan berkembang maju selari dengan slogannya ‘Usahawan Nadi Negara’.



Majlis perasmian Hari Usahawan Negara dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim pada 9 Disember 2023 manakala perasmian pembukaan World Record’- Masakan Selama 100 jam tanpa henti akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 8 Disember 2023.



Beberapa aktiviti menarik disusun sepanjang tiga hari berlangsungnya HUN 2023 dengan pembukaan gerai pemamer dimulakan dari jam 9.30 pagi pada 8 Disember 2023.


Selain itu, pengunjung  turut berpeluang berhibur dengan beberapa artis tempatan mahu pun dari Singapura dalam segmen Artis Pop Yeh Yeh.


Pendek kata selama tiga hari baik pihak pemamer mahu pun pengunjung yang hadir akan dipastikan mendapat manfaat sebaiknya sehingga menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan dalam kalendar mengakhiri tahun 2023.


Siapa yang suka senamrobik boleh hadir pada hari Sabtu, 9 Disember 2023 di Pentas Utama bermulla jam 8. pagi.


Untuk maklumat lanjut  berikut senarai agenda HUN 2023 selama tiga hari:




#HariUsahawanNegara #EkspoHUN2023 #Putrajaya #DPUM #Perniagaan #Senam


Tiada ulasan: