Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'THE LORD MUSANG KING' GABUNG PELAKON KOREA-MALAYSIA


MEMANG lunyai bila tak faham kehendak pengarah”, begitu antara respons jujur yang dilontarkan barisan artis tempatan khususnya Yusof Bahrin, Fimie Don mahu pun pelakon veteran, Hafidzuddin Fadzil apabila buat pertama kalinya mereka berlakon di bawah pengarah Korea Selatan,
Lee Moon Ho.


“Ini filem pertama saya dan pertama kali juga berlakon di bawah arahan pengarah Korea. Memang sukar untuk memahami kehendaknya apabila dia bertutur dalam bahasa Korea jadi ada beberapa babak yang perlu diulang beberapa kali sehingga beliau berpuas hati,” komen Yusof Bahrin ketika disoal pengalamannya pada majis tayangan perdana filem “The Lord Musang King’ yang mula ditayangkan hari ini (21 Disember 2024) di pawagam seluruh negara.


Turut hadir Fimie Don, Hafidzuddin, Harissa Adlynn, Eddie Chow serta dua pelakon Korea, Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon.


Rata-rata pelakon tempatan memberikan respons sama dengan menyatakan masalah komunikasi menjadi punca utama kehendak Lee Moon Ho sukar dipuaskan sehinggalah menunggu arahannya untuk ‘Cut’, baharulah lega.



“Apa pun itulah cabaran dan keseronokannya apabila kelihatan senyuman di wajah pengarah,” sambung Yusof Bahrin.


“Memang benar, ia ibarat bila pengarah nak A kita faham B, jadi sehingga beliau tidak berpuas hati akan ada beberapa ‘take’,” sambung Fimie Don.



Malah bagi pelakon veteran Hafidzuddin katanya jujur, “memang lunyai nak faham bahasanya tetapi kami akhirnya dapat mengikut kehendaknya apabila beliau sudah senyum.” disusuli ketawa hadirin.


Dalam pada itu, hampir kesemua pelakon terlibat akui perlu melalui ‘sesi casting’ sekali pun  mereka dah berpengalaman berlakon.


Baik Yusof, Fimie, Hafidzuddin dan lain-lainnya, kesemua mereka menjalani ‘casting’ untuk watak yang dilakonkan dalam ‘The Lord Musang King’.


“Pesan saya kita harus menjalani ‘screentest’ apabila ditawarkan untuk sesebuah peranan dalam filem. Pelakon ‘Hollywood’ pun jalani ‘screentest’ jadi kenapa kita harus rasa sudah hebat dan tidak perlu melalui proses itu,” ulas Hafidzuddin.



Malah bagi Yusof Bahrin pula, yang pertama kali juga berlakon dalam sebuah filem aksi memberitahu, terpaksa sertai kelas seni pertahanan diri Muay Thai dan terpaksa menurunkan berat badannya sehingga 7 kilo bagi watak utama, Haikal.


Selepas menjalani 21 hari penggambaraan filem terbitan Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd diterajui Ong Peng Chu dan Eddie Chow merupakan julung kali mengangkat usahasama antara industri perfileman tempatan bersama gergasi filem Asia iaitu Korea Selatan.


Ia turut mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), serta Perbaanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) menerusi Dana Kandungan Digital (DKD). 



Diedarkan oleh Metrowealth, “The Lord Musang King’ yang menggunakan tiga bahasa iaitu Malaysia, Korea dan Inggeris,  mengangkat kisah Haikal, anak pekebun durian Musang King yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan.


Demi menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan syarikat perdagangan antarabangsa untuk membebaskan anaknya. Namun, Samad dibunuh ‘taikun' Korea Selatan ketika cuba membebaskan anaknya. 


Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya. 


Berjayakah Haikal terlepas dari penjara demi menuntut keadilan?


Jawapannya anda saksikan sendiri di pawagam nanti waima filem aksi yang menggabungkan Malaysia dan Korea ini tidak menghampakan malah sesiapa yang mahu melihat bagaimana aksi Yusof Bahrin ‘berlawan’ bolehlah menontonnya dan beri pendapat anda terhadap kebolehannya.




#TheLordMusangKing #FilemAksi #KoreaSelatanMalasia #YusofBahrin #LeeMoonHo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan