Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

IQOO 12 UMUM PROMOSI 12.12, TAWAR DISKAUN RM50 & HADIAH SAMPINGAN!


iQOO, sub-jenama dibawah vivo yang menumpukan kepada prestasi permainan video,melancarkan iQOO 12, sebuah telefon pintar perdana yang direka untuk menembusi sempadan reka bentuk, kelajuan, dan prestasi.


Kali ini, iQOO 12 menginspirasikan BMW M Motorsport untuk memberikan reka bentuk yang menarik serta menyampaikan pengalaman permainan video perdana yang tiada tandingan. dengan cip pemprosesan Snapdragon® 8 Gen 3 yang terkini dari Qualcomm bersama dengan Cip Superkomputer Q1. 


Bagi memberikan kualiti yang terbaik dan unggul kepada pengguna, iQOO 12 membawakan prestasi yang canggih dan juga reka bentuk premium. Ia ditampil dengan paparan AMOLED 144Hz yang tajam, mempunyai persediaan tri-kamera pada kamera utama dengan reka bentuk porthole, dan ciri-ciri permainan video yang memikat hati.


"iQOO 12 dicipta khas buat para peminat permainan video, teknologi, dan reka bentuk. telefon pintar unggul iQOO 12  menggabungkan cip pemprosesan Snapdragon® 8 Gen 3 yang digandingkan dengan Cip Superkomputer Q1 untuk memberikan pengalaman penggunaan yang hebat kepada para pengguna kami,” ujar Jeremy Lin, Pengarah Jualan, iQOO Malaysia pada majlis pelancarannya di Spacerubix, Puchong, baru-baru ini.


Mempunyai reka bentuk luaran Porthole, ia melambangkan kualiti yang luar biasa dan terinspirasi oleh BMW M Motorsport. 


“Matlamat kami dengan iQOO 12 adalah untuk meningkatkan pengalaman semasa bermain permainan video kepada pengguna kami untuk mencapai kepada tahap yang belum pernah dicapai oleh iQOO sebelum ini, dan kami berharap rakyat Malaysia akan menikmati inovasi teknologi yang dipertingkatkan daripada kami,” tambah Jeremy Lin.



Sebagai telefon pintar yang pertama membawa masuk Snapdragon® 8 Gen 3 ke pasaran telefon pintar di Malaysia, iQOO 12 memberi fokus terhadap prestasi dari seni bina cip pemprosesan yang baru menggunakan teknologi 4mm yang terkini. 


Digandingkan dengan Cip Superkomputer Q1 yang canggih untuk meningkatkan prestasi dalam permainan video, memori yang cepat, dan storan data yang mencukupi, iQOO mampu menawarkan pengalaman bermain permainan video di tahap yang memuaskan. 


Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Gen 3 oleh Qualcomm memperkenalkan reka bentuk octa-core seimbang, merangkumi inti Cortex-X4 utama, lima inti prestasi Cortex-A720, dan dua inti kecekapan. 


Cortex-A520. Ciptaan inovatif ini memastikan prestasi yang maksimum dan kecekapan tenaga. GPU Adreno 750 untuk memastikan pengalaman permainan video yang dominan, manakala 16GB RAM LPDDR5X dan storan kilat UFS4.0 sebanyak 512GB menyediakan pemuatan aplikasi yang lancar serta ruang yang mencukupi untuk permainan video.


Sementara itu, bersedia untuk tawaran eksklusif yang akan meningkatkan pengalaman permainan anda. 


iQOO sangat teruja untuk mengumumkan promosi 12.12 pada iQOO 12 terbaharunya bulan ini, yang akan membawa  pengalaman permainan rakyat Malaysia ke peringkat seterusnya.


iQOO 12 didatangkan dalam dua warna tersendiri, Alpha (hitam) dan Legend (putih) direka untuk membangkitkan semangat pengembaraan serta kelajuan pada asalnya berharga RM 3,399 dan boleh didapati pada harga diskaun semasa jualan 12.12. 


Rakyat Malaysia akan menikmati diskaun istimewa RM50, menurunkan harga kepada RM 3,349.


Selain itu, pelanggan yang membuat sebarang pembelian iQOO 12 semasa promo 12.12 akan menerima hadiah bernilai lebih RM400, termasuk jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan retak skrin selama 1 tahun.


Promosi iQOO 12 untuk 12.12 boleh diakses di pelbagai platform, termasuk E-Store vivo rasmi, Lazada, Shopee dan TikTok Shop.


Untuk maklumat lanjut berhubung spesifikasi secara tterperinci boleh layari www.iQOO.com.



#iQoo12 #Tech #PermainanVideo #Apha #Legend #BMW #MMotorsport #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan