Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SELEPAS PENGANTIN INDIA, MALABAR RANCANG TAJA HIASAN BARANG KEMAS 'PENGANTIN MALAYSIA'


PADA
bulan Disember tahun lalu, kedai barangan kemas antarabangsa yang kini semakin mencipta nama di Malaysia, Malabar Gold & Diamonds (Malabar) telah memperkenalka koleksi terbaharunya, ‘Nour’.


Terbaharu, membuka kalendar 2024, sempena kempen ‘Brides of India’, Malabar memilih 11 bakal pengantin di kalangan kaum India yang akan ditaja hari perkahwinan mereka dengan koleksi barang kemas Malabar.



“11 pengantin ini adalah yang terpilih daripada lebih 300 bakal pengantin yang menghantar penyertaan untuk menerima ‘tajaan’ pemakaian barangan kemas Malabar pada hari perkahwinan mereka kelak,” ujar Ketua Cawangan, Malabar Gold & Diamonds-Malaysia, Nijeesh P ketika ditemui pada majlis memperkenalkan 11 barisan bakal pengantin berkenaan yang akan menerima ‘tajaan hiasan’ pemakaian barang kemas Malabar pada hari perkahwinan mereka kelak, bertempat di kedai Malabar di Masjid India baru-baru ini.



Menurut Nijeesh, pada hari bahagia mereka kelak, setiap pengantin akan dihiasi dengan barang kemas Malabar bernilai serendah RM100,000  hingga RM350,000.


Mereka yang terpilih terdiri dari Praveena, Tharmini, Preeti Rani, Tarani, Puvaneswary, Cheryl, Yogamathi, Arshwetha, Ravinah, Sandhieyaa dan Debhashri.



Wow! Sudah pasti 11 bakal pengantin ini tersenyum lebar kerana tidak perlu lagi mencari barang kemas untuk menyerlahkan kejelitaan masing-masing sebagai pengantin baharu kerana semuanya sudah disediakan oleh Malabar.


“Kempen ini telah dijalankan selama sebulan sejak 11 Disember tahun lalu hingga 11 Januari tahun ini dan hari ini kami memperagakan mereka dengan barangan kemas berkenaan,” tambah Nijeesh.



Berkongsi lanjut beliau memaklumkan akan meneruskan kempen seumpama ini sebagai acara tahunan.


“Tahun hadapan saya merancang menganjurkan pula kempen ‘Brides of Malaysia’ (Pengantin Malaysia) dengan memilih bakal-bakal pengantin di kalangan pelbagai bangsa  sebagai tanda perpaduan,” jelas Nijeesh sambil yakin akan mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia.



Namun sebelum itu, sebagai tanda penghargaan di atas sokongan ramai terhadap barangan kemas Malabar, Nijeesh memberitahu akan terus menganjurkan beberapa program Kemasyarakat sempena Ramadan dan Hari Raya akan datang,


“Tidak lama lagi saya akan umumkan beberapa projek CSR kami sebagai sumbangan kepada masyarakat yang banyak menyokong Malabar,” tambah Nijeesh.


SETIAP pengantin mengambil masa 5 jam untuk solekan dan memakai sari tajaan pilihan penaja masing-masing.


Untuk rekod, Kumpulan Malabar Gold & Diamonds mula beroperasi sejak 1993 di sebuah ibu kota di Kerala, Kozikhode oleh pengasasnya, M P Ahmed dan kini mempunyai 305 cawangan di seluruh dunia termasuk di Malaysia.


Kini, ia antara enam jenama terbesar di dunia dan turut memiliki tujuh cawangan di Malaysia iaitu di Jalan Bunus; Masjid India; Klang; Mydin Mall, Seremban 2 dan Mydin Mall, Subang Jaya serta terbaharu di Ampang Point Kuala Lumpur.


Sempena kempen Festival Pengantin ini juga Malabar menganjurkan pertandingan kepada pengantin yang membeli produknya bernilai RM10,000 di mana mereka layak menerima kupon cabutan bertuah untuk memenangi percutian tajaan sepenuhnya ke Bali, Indonesia.


Baca artikel berkaitan di link INI dan juga DI SINI.


Kredit Foto: Zaman.


#MalabarGold&Diamonds. #BridesOfIndia #BridesOfMalaysia  #BarangKemas #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan