Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MK, TUJU KEMBALI BERGABUNG BAWA 'RISIKO' BERSAMA BENZOOLOO, GHIDD & MEERFLY!


Siaran Media:


PADA 7 Februari lalu, sebuah video teaser bagi video muzik ‘Risiko’ telah didedahkan buat pertama kalinya oleh sebuah syarikat produksi,Twntytwo Degree. Video berdurasi 11 saat itu menjadi tular di sosial media sehingga mencapai lebih 1 juta tontonan dalam masa sehari. 


Ini sekaligus mengejutkan ramai pihak terutama peminat dan juga orang dalam industri yang melihat kualiti suntingan video muzik ini yang ‘bukan kaleng-kaleng’’. 


Tambahan lagi, lagu ‘Risiko’ ini adalah sebuah lagu kolaborasi lima orang penyanyi rap terkenal dan ada daya karisma tersendiri iaitu Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK dan TUJU. 


Namun, terdapat dua nama yang membuatkan ramai penonton terpaku apabila melihat MK dan Tuju dalam satu video! Sebelum ini dua sosok penyanyi rap ini dikatakan bergaduh, lalu berpecah dan seterusnya masing-masing membawa haluan sendiri.


Setidaknya, lagu ini pastinya mengejutkan ramai pihak kerana akhirnya dapat melihat mereka disatukan kembali. Sudah tentu ianya satu berita gembira buat peminat yang mahukan mereka bergabung semula.



Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat kelima-lima orang penyanyi rap ini meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton video penuh lagu ‘Risiko’ ini yang khabarnya akan disiarkan hari ini, pada 22 Februari.


Menurut penerbit dan juga komposer lagu ini, Kinggolddigga, pihak Twntytwo Degree ada sebab tersendiri memilih tarikh 22 Februari untuk melancarkan video muzik dan single ‘Risiko’.


“Kami memilih 22 Februari adalah bersesuaian dan bertepatan dengan nama Twntytwo Degree. Single ini adalah buah tangan pertama dari syarikat produksi kami yang masih baru. Insyaallah, untuk single pada masa akan datang juga akan dilancarkan pada tanggal 22 haribulan,”


“Idea di sebalik pembikinan lagu ini mula direncanakan sekitar bulan Ogos tahun lepas lagi. Kolaborasi ini terhasil secara spontan. Idea untuk menggabungkan mereka juga datang secara tiba-tiba,”


“Kelima-lima penyanyi ini dipilih kerana mereka adalah idola kebanyakan remaja di Sabah termasuklah saya,” ujar Kinggoldigga.



Difahamkan pengambaran video muzik ‘Risiko’ diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan mengambil masa selama dua hari sahaja untuk disiapkan. 


Dengan kemahiran, gaya suntingan serta kreativiti krew produksi Twntytwo Degree, ramai pemerhati dunia muzik tanahair percaya video muzik ini nanti memberi impak yang besar dan akan menjadi penanda aras untuk penghasilan video muzik di Malaysia yang lebih baik. 


Memetik dari ruangan komen, sinematografi video muzik ini cukup memukau dan visual yang menarik. Sekaligus ini menjadi taruhan utama video muzik ini.


Tidak kurang juga ada yang berpendapat irama lagu ‘Risiko’ ini begitu unik dan lain dari yang lain. 


Ia menceritakan tentang setiap orang punya cerita hidupnya sendiri yang unik, dan cara mereka mencapai puncak atau kejayaan juga berbeza-beza. 


Ada yang merancang setiap langkahnya dengan teliti dan berusaha keras mencapai matlamatnya. Tapi ada juga yang menghadapi rintangan dan cabaran yang tak disangka, tapi pengalaman itu membuat mereka lebih kuat. 


Nantikan video muzik penuh pada hari ini serentak dengan pelancaran single ini di semua platform penstriman.



#Risiko #Rap #Twntytwo Degree #Muzik #MK #Tuju #Benzooloo #Ghidd #Meerfly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan