Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

POWER ROOT LANTIK AZIZULHASNI 'DUTA OLIGO', SUMBANG RM250,000 KE TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN!



DEMI impian untuk melihat jaguh berbasikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang menggengam pingat emas  pertama Sukan Olimpik bagi Malaysia, syarikat Power Root Berhad melantik beliau sebagai duta jenama minuman malt coklat, Oligo keluarannya.


Sehubungan itu, Oligo akan memperkenalkan bungkusan baru yang memaparkan Azizulhasni berbasikal dalam kesemua pek sedia diminum serta berbentuk serbuk dalam sachet 30g, pek isian semula 950g. cawan segera, tin minuman 240ml dan pek Tetra 200ml yang baru. 


Pek Tetra terbaru ini mampu memelihara kesegaran dan integriti pemakanan untuk mereka yang aktif supaya kebaikan Oligo yang diperkayakan dengan NutriMax, iaitu sejenis campuran proprietari Oligofruktosa vitamin B6, B12, kalsium dan mineral-mineral berkhasiiat penting boleh dinikmati di mana sahaja. 



“Dato’ Azizulhasni ialah seorang atlet negara yang kental. Beliau sentiasa bergerak ke hadapan. Setelah mendapat pingat gangsa ketika Sukan Olimpik di Rio de Janeiro pada tahun 2016, beliau terus berusaha sehingga berjaya merangkul pingat perak pula di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020.

 

“Harapan kami sekarang ialah untuk melihat Dato’ Azizulhasni memenangi pingat emas Sukan Olimpik yang pertama untuk Malaysia pada tahun ini,” kata Pengerusi Bersama Power Root, Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj pada majlis penyampaian sumbangan RM250,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima yang diterima oleh Pengurus Besar Kumpulan Media Prima, Azlan Abdul Aziz.


DARI kiri: Afifuddin Abdul Kadir, Azizulhasni, Tengku Putra dan Azlan Abdul Aziz.

Menurut Tengku Putra, sumbangan kepada Tabung Kemanusian Palestin itu bertujuan memberikan bantuan kewangan dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kemanusiaan di Gaza


Selain Azizulhasni atau lebih popular dengan nama jolokannya ‘Pocket Rocketman’, turut hadir Pengerusi Bersama Kumpulan Power Root, Dato' Afifuddin Abdul Kadir  dan Pengarah Eksekutif Power Root, See Thuan Po


Menyambung ucapannya, Tengku Putra memberitahu, pelantikan Azizulhasni sebagai duta Oligo juga disebabkan semangat juang yang ditunjukan beliau yang tidak pernah luntur dalam sukan berbasikal trek pecut mewakili komitmen yang sama Oligo dalam memberikan tenaga dan zat-zat kepada para penggunanya. 


“Sejajar dengan slogan Oligo, iaitu “Aktifkan Potensi Anda”, kami ingin melihat Pocket Rocketman memaksimumkan kehebatan beliau semasa pertandingan dengan Oligo yang diperkayakan NutriMax,” tambah beliau.


Berhubung sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin, Tengku Putra memaklumkn Power Root akan terus menyumbang di mana untuk bulan-bulan yang seterusnya setiap pembelian produk Oligo berbentuk serbuk, 50 sen akan disumbangkan kepada Tabung dan 10 sen bagi setiap pembelian produk Oligo sedia diminum.


“Melalui kerjasama ini, syarikat kami berharap untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk-penduduk Gaza dan sekali gus menyatakan solidariti kami bersama mereka,” kata Tengku.


Dalam pada itu,  tambah Tengku, melalui gandingan Dato’ Azizulhasni dengan Oligo, syarikat Power Root berharap ia akan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengejar kecemerlangan, mempunyai kecekalan, serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. 



“Dato’ Azizulhasni ialah atlet yang terbaik untuk mempamerkan imej yang Oligo ingin sampaikan kepada masyarakat Malaysia. Dalam mengejar kejayaan, Dato’ Azizulhasni terkenal dengan sikap tidak mengaku kalah walaupun beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran yang getir,” cerita Tengku.


Untuk rekod, pihak media pernah melaporkan bahawa Azizulhasni meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk serpihan kayu semasa bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari 2011. Dengan azam kuat, beliau akhirnya berjaya menamatkan pertandingan di tempat yang ketiga. 



Ketika Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 2020 pula, Azizulhasni menyatakan bahawa beliau tidak pernah gentar dan bimbang walaupun saiz fizikalnya lebih kecil berbanding pelumba-pelumba lain. 


Sementara itu, bersyukur dengan pelantikannya sebagai duta Oligo, Azizulhasni yakin pemilihannya itu adalah kerana semangat juang yang tidak pernah luntur ditonjoklkan di dalam sukan lumba basikal selari dengan slogan ‘Aktifkan Potensi Anda’.


“Bahkan boleh dikatakan impian saya sejak kecil untuk melihat gambar saya atas kotak minuman tercapai kerana masa kecil dulu apabila dapat minuman kotak yang tertera gambar ahli sukan saya berharap saya dapat menjadi seperti mereka sekali gus memberi inspirasi kepada anak-anak muda,” kenang Pocket Rocketman ini.


 #Oligo #Azizulhasni #SukanOlimpik #LumbaBasikal #Palestin #PocketRocketman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan