Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MILWAUKEE RED ZONE KINI DI SHAH ALAM, PELBAGAI TAWARAN KOMBO DISEDIAKAN HINGGA ESOK!


JENAMA
ini Milwaukee sekali gus menceritakan asal usulnya yang berasal dari sebuah kota di negara sebelah utara Amerika Syarikat iaitu Wisconsin


Namun bagi mereka yang menggilai alat-alat pertukangan berkualiti tinggi jenama MILWAUKEE tentu tidak asing lagi bagi mereka.


Pun begitu bagi seorang wanita seperti Kak Fas yang bukan 'kaki tukang', pemergian ke pelancaran acara Mini Red Express oleh Universal Dot Com Sdn Bhd di Milwaukee Red Zone, Seksyen 7 Shah Alam, inilah pertama kali diperkenalkan kepada pelbagai peralatan Milwaukee yang ada di situ.


Di usahakan oleh pemiliknya bersaudara, Zulkifli Yassin bersama Shamsudin Yassin, dengan pembukaan Milwaukee Red Zone di Shah Alam, ia merupakan kedai pengedar sah Milwaukee Red Zone kedua milik Bumiputera.


MILWAUKEE Red Zone di Seksyen 7 Shah Alam kini di buka.


Tidak syak lagi, pemilk yang mengusahakan pembukaan kedai Milwaukee tentunya orang yang berminat pada produk-produk pertukangan dan yakin akan potensi pemasarannya waima modal membuka sebuah kedai memerlukan sekurang-kurangnya minima RM500,000.


Ketulenan dan kualiti setiap produknya tidak perlu diragui lagi apatah lagi Milwaukee menjadi alat yang sering digunakan pasukan keselamatan seperti lampu (tower light) dan sebagainya dalam sebarang bencana antaranya ketika tragedi pesawat jatuh di Elmina mahu pun tanah runtuh di Batang Kali.


“Kami turut menaja alat-alat yang mereka perlukan seperti lampu dan sebagainya,” ujar Shamsudin kala membawa Kak Fas meninjau sekitar kedainya yang baharu dibuka lebih seminggu lalu.


Menurutnya sempena pembukaan kedai, pihaknya mengadakan promosi selama tiga hari bermula semalam, 21hb sehingga esok, 23hb Februari bagi memberi peluang pelanggan mengenali produk-produk ‘hardware’ Milwaukee.



Menariknya sesiapa yang berkunjung ketika acara berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang, mereka berpeluang memperoleh tawaran pakej istimewa seperti set Mega Combo serendah RM1,788 dan beberapa lagi tawaran seperti berikut:


Combo promotions! 🌟


M12 Mega Combo RM1,788

M12 Sensasi Combo RM1,488

M12 Automotive Combo RM1,888

M12 Starter Collection RM1,288

M18 Track Saw Combo RM2,928

M18 Double Mid Torque Combo RM2,688

M18 Transportation Combo RM3,788

M18 Mega Combo RM3,888



Memang menarik, Kak Fas pun terpegun melihat pelbagai alat pertukangan yang wajib ada dalam setiap rumah sebenarnya seperti Drill, Lampu dan banyak lagi lah malah jika anda mempunyai halaman dan pokok-pokok yang sering bertaburan dengan dedaun elok dapatkan blower yang mampu menyelesaikan masalah menyapu dengan lebih tenang atau membersih persekitaran rumah yang bersawang dan sebagainya. 


Dengan jaminan selama dua tahun, Kak Fas yakin tiada masalah jika berlaku kerosakan atau masalah teknikel berkaitan produk sebagaimana yang diakui pembeli setianya,  Ketua Pegawai Eksekutif KT Express, Logistics Sdn Bhd, Dato Affendi Mohamed Zain ketika ditemui.


DARI kiri: Shamsudin, Affendi, Zulkifli dan Faizal.


“Sejak saya membeli produk Milwaukee, belum pernah lagi ia memberikan masalah kerosakan sehingga saya terpaksa pulangkannya balik dalam tempoh jaminan. Semuanya bagus dan memudahkan kerja,” ulas Affendi menceritakan pengalamannya.


Dalam pada itu, Mohd Faizal Mohd Nor selaku Eksekutif Pemasaran syarikat yakin Milwaukeea Red Zone yang baharu dibuka di Shah Alam mampu mensasarkan jualan hampir RM5 juta dalam tempoh setahun memandangkan harga produk bermula serendah lebih RM100 bagi sepasang sarung tangan hingga setinggi RM30,000 bagi tower light.


Menariknya, sesiapa yang hadir pada acara Mini Red Express ini bakal memenangi hadiah menarik berupa sebuah model trak Milwaukee dengan satu pembelian malah sambil menjamu mata dengan pelbagai barang di dalam kedai, pengunjung juga boleh menikmati jamuan yang disediakan secara percuma.



Jadi, apa lagi jom ke Milwaukee Red Zone dalam masa dua hari lagi ini ya:


📅 21 - 23 February 2024

🕗 9.30 AM - 6.00 PM

📞 016-2163329 (Mr. Faizal)

📌 No. 44-b, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

🗺️ https://maps.app.goo.gl/qMaGNqbhL3ut5GYC9

📍 https://waze.com/ul/hw281mqvd3


Info lanjut layari LINK INI.




#Milwaukee #MilwaukeeToolMY #MYRedExpress #MYRedTruck #Hardware #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan