Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GRAND BAZAR MEGARAYA MANJUNG : DEKATI 10 ARTIS USAHAWAN, PELUANG MENANG HADIAH UMRAH!


SERAMAI 10 artis tempatan bakal menjayakan tapak jualan Grand Bazar Megaraya (GBM) yang akan diadakan di D’MK - Dataran Manjung Musang King, Perak  selama 25 hari bermula 16 Mac hingga 9 April 2024, bersamaan  5 hingga 29 Ramadan 1445H ini.


Berbanding tahun lalu, GBM edisi 2.0 anjuran Medan Selera Manjung Musang King dan rakan strategik Strong Sign Sdn. Bhd. mensasarkan kehadiran lebih kurang 100,000 pengunjung ekoran penglibatan vendor dari kalangan artis dan pempengaruh digital.


“Lebih istimewa, sambil membeli-belah pengunjung mahu pun peniaga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa duit raya setiap minggu dan pakej Umrah disamping mendekati artis-artis kesayangan masing-masing yang turut berniaga,” ujar Pengarah Projek GBM, Mohd Fuad pada majlis pelancaran GBM edisi 2.0 yang disempurnakan oleh Pengarah GBM, Kenny Teh di Datum Corp International Sdn Bhd, Pusat Membeli-belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur pada petang semalam, 6 Februari 2024.



Turut hadir  Pegawai Perhubungan GBM, Megat Shahril Ridzuan; artis Aznah Hamid dan Kay Maria serta dua pempengaruh digital iaitu Nazrul Hazric bersama Wanie Sidek.


Menurut Kenny, pengunjung yang berbelanja RM50 dan lebih berpeluang mendapatkan satu tiket bagi melayakkan mereka tersenarai dalam segmen cabutan bertuah.


Berkonsepkan “RAYA GLAM BERSAMA SELEBRITI”, bazar terbabit akan menghimpunkan selebriti yang berniaga seperti antaranya, Aznah Hamid, Aida Aris, Zazil Baginda, Kay Mariah, Amai Kamarudin, Syed Ali serta ramai lagi termasuk tiktoker Wanie dan Nazrul yang turut akan bersama – sama menjayakan Grand Bazar Megaraya pada kali ini. 


DARI kiri: Kay Maria, Aznah Hamid, Kenny Teh, Megat Shahril, Nazrul Hazric dan Wanie Sidek.


“Saya akan menjual prodok-produk seperti minyak wangi, tudung dan sebagainya yang sering menjadi tumpuan pembelian pengunjung menjelang Hari Raya,” ujar Aznah Hamid ringkas ketika ditemui.


Lebih kurang 110 tapak niaga disediakan untuk usahawan berniaga bermula dari serendah RM1,500 hingga lebih RM6.000 di mana setekat ini 30 peratus sudah ditempah.


“Jadi mulai hari ini kami membuka jualan gerai kepada usahawan yang berminat untuk bersama memeriahkan GBM ini  di mana mereka boleh membuat tempahan melalui dalam talian atau pun berhubung terus dengan pihak penganjur,” tambah Kenny  sambil memaklumkan operasi bazar dibuka dari jam 2 petang sehingga 12.30 malam setiap hari.


KENNY bersama Megat Shahril (kanan).


Berkongsi lanjut sambung Megat Shahril, bagi memudahkan pengunjung untuk berbuka puasa pihaknya juga menawarkan pekej berbuka puasa bersama keluarga bertempat di Medan Selera Manjung Musang King.


“Kami turut menyediakan kemudahan surau dan tandas untuk lelaki dan perempuan, tempat letak kenderaan yang banyak dan selesa malah laluan untuk ke lokasi sangat mudah waima ia terletak bersebelahan pasaraya besar AEON Manjung,” ujar Megat.


Selain berbelanja untuk berbuka puasa, pengunjung boleh juga membeli-belah untuk persiapan raya  di mana vendor-vendor GBM tidak ketinggalan menawarkan harga berpatutan seterusnya menampilkan pilihan beranika jenis fesyen baju tradisi serta moden bagi koleksi pakaian lelaki dan wanita serta kanak–kanak.


Dalam pada itu, tentu ada yang tertanya-tanya apa kelainannya tahun ini berbanding tahun lalu?


“Kelainannya tahun ini kami tampilkan konti  yang akan bersiaran secara langsung melibatkan pempengaruh digital bagi mempromosikan perniagaan usahawan yang terlibat secara dalam talian,” jawab Megat.


Menurutnya, dengan adanya konti siaran langsung itu, ia dapat mempromosikan perniagaan usahawan terlibat sekali gus membantu meningkatkan jualan seterusnya memberikan kelebihan kepada perniagaan dan produk jualan untuk lebih dikenali.


“Jadi bukan sahaja mereka yang hadir di Bazar boleh membeli produk keinginan masing-masing tetapi boleh ditempah melalui dalam talian,” jelas beliau.

Mengakhiri penjelasannya, Megat berharap ramai yang akan mengambil peluang hadir ke Grand Bazar Megaraya kali ke-2 ini memandangkan pihak penganjur menjanjikan kemeriahan berganda yang sebenar kepada setiap pengunjung apatah lagi berpeluang mendekati artis-artis kesayangan masing-masing untuk berswafoto dan sebagainya.


Lebih menarik jika bertuah mendapat hadiah duit raya dan peluang menunaikan umrah... lagilah berganda keseronokan berbelanja musim Ramadan menjelang Raya ya tak?


Maklumat lanjut boleh menghubungi talian 010 3345088. 


THROWBACK.. Majlis perasmian Grand Bazaar Megaraya 2023 dirasmikan oleh Toh Seri Bijaya L.T. Kol. Dato Shaharudin Hj Nazeri, Orang Besar Jajahan Manjung pada tahun lalu.


#GrandBazarMegaraya #DataranManjungMusangKing #Umrah  #ArtisUsahawan  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan