Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM NIKMATI KARNIVAL 'SELAMANYA FELDA' DI MENARA FELDA DAN 'FEEL DA STAR'!


SEMPENA
10 tahun Menara FELDA berada di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur iaitu di Persiaran KLCC,  buat julung kalinya orang ramai berpeluang mendekati bangunan milik  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) itu apabila diadakan Karnival Segalanya Felda selama tiga hari bermula pada semalam, 23 Februari sehingga Ahad ini, 25 Februari 2024.


Dicetuskan oleh Pengerusi Felda sendiri, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, karnival tersebut dianjurkan sebagai aktiviti awal menjelangnya sambutan Hari Peneroka Felda 2024 (HPF24) yang akan berlangsung pada 12 - 14 Julai di MAEPS, Serdang.


“Saya mahu FELDA bukan sahaja dilihat dari perspektif peneroka ladang tetapi membangun dengan gaya hidup (lifestyle) terkini apatah lagi ia terletak di kawasan emas. Jadi bangunanini bukan hanya untuk kakitangan sebaliknya dimanfaatkan seluruh warga Felda agar Felda dilihat setaraf dengan jenama besar lain dalam negara,” ujar Ahmad Shabery pada majlis pelancaran Karnival Segalanya Felda, pada Jumaat semalam.



Pada majlis itu Ahmad Shabery sekali gus melancarkan galeri FELDA di lobi utama serta pelancaran bilik Sekretariat Hari Peneroka FELDA 2024 di B1, Menara FELDA. 


Menurutnya, objektif karnival adalah berhimpun, menyantuni dan menyampaikan maklumat kepada warga FELDA dan orang ramai selain dari mengukuhkan kerjasama antara agensi dan syarikat korporat.


“Saya berharap supaya semua aktiviti keusahawanan, kebudayaan, makanan dan semua produk keluaran FELDA diketahui oleh masyarakat,” tambah beliau.



Melalui pelancaran ini, FELDA kini berkembang maju serta berdaya saing dari segi gaya hidup dan kepelbagaian sumber pendapatan sampingan apa tah lagi dengan tercetusnya Karnival Selaganya Felda di mana ruang Kawasan Platinum Park  dijadikan tempat menarik untuk dilawati dengan pelbagai aktiviti seperti jualan produk dan makanan, foodtruck, aktiviti persembahan dan sebagainya diadakan.




Dijangka menarik 500,000 pengunjung dari seluruh negara dengan lebih 37 acara diadakan pada Karnival Segalanya Felda. penganjurannya sejajar dengan  matlamat jangka panjang FELDA ke arah pembentukan komuniti lestari di mana usahawan dan peneroka mampu menghasilkan pendapatan lain selain dari hasil ladang.


Matlamatnya adalah untuk memberi pendedahan kepada lebih ramai orang berkaitan hasil keluaran produk berkualiti, seterusnya menggalakkan pelabur berpotensi bekerjasama serta mendapat banyak peluang yang ditawarkan oleh Felda dan anak syarikatnya. 



Hala tuju baharu FELDA ini, akan terus berinovasi bagi mencipta lebih banyak peluang dengan memastikan kehidupan dan kesejahteraan warga peneroka serta kesinambungan generasi baru FELDA kekal terjamin.


Sehubungan itu juga, akan diadakan acara pertandingan pencarian bakat anak-anak Felda melalui “Feel Da Star’ yang akan berlangsung hari ini. 


Untuk rekod, antara anak  peneroka Felda yang berjaya sebagai artis tentulah.Juara Akademi Fantasia musim ke-3, Asmawi Ani atau lebih mesa disapa ‘Mawi’ yang terkenal dengan kata ciapan popularnya, ’World”. 


Mawi mencetuskan fenomena sehingga dilabel ‘Tsumawi’ pada waktu popularitinya memuncak ketika ‘tsunami’ melanda bandar Aceh waima selepas tersingkir pun beliau berjaya kembali sehingga dinobatkan Juara AF3 pada tahun 2005.


Mungkin kah ada seorang lagi pengganti anak Felda seperti Mawi yang dapat dibanggakan melalui pencarian ‘Feel Da Star’ kelak?


Apa pun, jika anda masih belum berkesempatan melawat Menara Felda, apa kata hadir hari ini dan esok untuk bersama melihat pelbagai jualan dan aktiviti yang berlangsung.



#KarnivalSegalanyaFelda #FELDA #HariPenerokaFelda #MenaraFelda #FeelDaStar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan