Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'MALAM 1,000 KENANGAN JASAMU DIKENANG', USAHA DPUM HARGAI USAHAWAN, AGENSI KERAJAAN!


DEWAN Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia atau kini baru dijenamakan sebagai DPUM meraikan 40 ahli-ahli usahawannya termasuk 10 agensi Kerajaan dalam sebuah majlis penghargaan yang dinamakan ‘Malam 1000 Kenangan Jasamu DiKenang’ baru-baru ini. 


Bertempat di Hotel Grand Barakah, Ampang, antara agensi-agensi penerima yang telah banyak membantu DPUM  terdiri dari MITI, MARA, ANGKASA,  SMEBank, TEKUN, FAMA, SIRIM, PERNAS, MATRADE,PERKESO dan MOTAC.


Manakala antara usahawan dari pihak korporat pula yang menerima Anugerah adalah dari syarikat Excell Way Worldwide Sdn Bhd (Anugerah Usahawan Kilang GMP Terbaik)  dan SHRF Food Industries Sdn Bhd., selaku penerima Anugerah Food Industri Korporat Terbaik.


    DARI kiri: Desmond, Norliah, Rohani, Abu Hasan dan Raja Putra.


“Sejak DPUKM bermula 15 tahun lalu kami banyak melahirkan usahawan-usahawan berjaya walau pun tanpa sebarang bantuan atau geran daripada Kerajaan,” ujar Presiden DPUM, Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor pada majlis “Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang’ bertempat di sebuah hotel di Ampang baru-baru ini.


Turut hadir tetamu kehormatnya, Dr. Raja Putra Shah dari RHEA Corporation Sdn Bhd dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Dato Norman Abdul Halim, Pengarah Urusan Sharifah Food Industries Sdn Bhd,  Hjh Rohani Borhan dan Pengarah Urusan Excell Way Worldwide Sdn Bhd. Desmond Hiew.



Menurut Abu Hasan, antara objektif sambutan Malam Kenangan yang julung kalinya dianjurkan DPUM bukan sahaja menghargai ahli-ahli usahawan yang telah berjaya sejak DPUKM ditubuhkan tetapi 'serampang dua mata' dalam usaha menarik ahli-ahli baharu,


“Setekat ini kami mempunyai 15,000 ahli-ahli yang aktif terdiri bukan saha dari kalangan usahawan Melayu tempatan tetapi usahawan-usahawan dari Indonesia, China dan Thailand,” ujar Abu Hasan ketika ditemui.



Beliau mengalu-alukan mana-mana usahawan kecil mahu pun yang sudah berjaya menyertai DPUM sebagai platfom ke arah perniagaan yang lebih global.


Tambah beliau, yuran keahlian biasa cuma RM150 setahun manakala untuk Korporat adalah RM500 setahun.


“Ramai di antara ahli-ahli yang turut serta terdiri daripada artis-artis popular yang kini telah menceburi bidang perniagaan seperti Haqiem Rusli, Ogy Ahmad Daud serta artis atis veteran seperti Abon dan ramai lagi,” tambah Abu Hasan.


Begitu pun, Abu Hasan meluahkan rasa kecewanya apabila ada ahli-ahli yang telah berjaya melalui DPUM tetapi tidak mengenang budi untuk bersama membangunkan DPUM.



“Konsep kami adalah saling bantu membantu apabila seorang usahawan menghadapi masalah kerana kami bukan pertubuhan yang mendapat kewangan bulanan. Cara kami membantu adalah merapatkan hubungan usahawan dengan agensi-agensi Kerajaan yang mereka sukar berhubung kecuali melalui DPUM di mana saya sendiri yang akan tampil sebagai ‘orang tengah’,” jelas Abu Hasan jujur sambil memberitahu bakal membina sebuah studio tiga tingkat  di mana pihaknya akan menyediakan khidmat pembuatan jingle  dan video untuk korporat mahupun ahli-ahli yang berkehendak untuk disiarkan melalui saluran mytvusahawan yang akan diterbitkan secara dalam talian.


Sejak mengenali Dato Seri Abu Hasan dan isterinya, Datin Seri Norliah selaku Setiausaha DPUM, Kak Fas nampak kesungguhan mereka menerajui DPUM demi membantu usahawan-usahawan kecil berjaya.


“Kami sentiasa melaksanakan program bimbingan kepada golongan usahawan bagi membabtu mereka berjaya sekali gus menghasilkan produk berkualiti dari aspek pembungkusan dan rangkaian perniagaan agar dapat menembusi pasaran global,” tambahnya.



Pada Majlis Malam 1,000 Kenangan Jasamu Dikenang'yang berlangsung, turut dipamerkan beberapa gerai usahawan berjaya antaranyanya produk jenama Sharifah yang menghasilkan pes dan makanan segera dalam pek mahu pun produk jenama Harumanis serta gerai teh tarik.


Menariknya, selain persembahan daripada artis-artis baru dan lama seperti Haqiem Rusli, Dato Malek Redzuan, Keena Mentor dan Herman Tino turut dipersembahkan sketsa drama pendek yang menceritakan secara ringkas perjalanan seorang usahawan kecil yang hampir gagal tetapi diselamatkan oleh DPUM sehingga berjaya ke tahap antarabangsa,  lakonan anak-anak dari DPUM.



Sementara itu, Kak Fas sempat bertemu dengan Pengarah Urusan Athanliz Innovations Sdn Bhd., (AISB), Dr. Athifah Naiwani Hj Shahidah dari Perlis yang mengusahakan pelbagai produk berasaskan harumanis daripada makanan  di bawah jenama Mafera mahupun kecantikan melalui jenama  Lindifera yang menghasilkan produk seperti Yogurt Beauty Drink; Beauty Scrun, Lip Balm dan Lindifera Beauty Soap.



“Kesemua produk Lindifera menggunakan bahan aktif daripada buah Harumanis dan Latok untuk kesihatan dan kecantikan,” ujar Dr. Athifah kala memperkenalkan produk-produknya itu.


Mencuba lip balm pada kulit Kak Fas, dapat dijelmakan rona yang sepadan dengan aliran darah dalam badan malah kata Dr. Athifah ia mampu merawat bibir yag merkah supaya segar dan sihat malah boleh digunakan sebagai blusher atau pembayang mata sekali pun. 


Dr, Athifah mengesyorkan ia digunakan di bibir pada waktu malam waima setelah mencubanya Kak Fas dapat rasakan kelembapannya pada bibir kering apatah lagi apabila cuaca panas seperti sekarang ini,


Dalam pada itu, menjengah pula ke gerai produk masakan dan makanan, jenama Sharifah, tidak kurang menariknya, ia tersedia pelbagai pilihan daripada pes masakan ke makanan segera hasil syarikat SHRF Food Industries Sdn Bhd.



Majlis makan malam turut dihiburkan dengan nyanyian dari Haqiem Rusli, Keena Mentot, Malek Redzuan dan Herman Tino diacarakan oleh Abon manakala tetamu turut terhibur dengan jaguh Teh Tarik Asia, Syed Khaidhir Syed Abdullah dengan persembahannya yang menarik sambil mempelawa dua usahawan dari Indonesia bersama di pentas mencuba aksi sama. 




Apa pun, untuk maklumat lanjut berhubung DPUM atau yang ingin sertainya sebagai ahli boleh lawati laman webnya  atau platform sosial medianya @dpukm atau terus ke pejabatnya di 30-2 Jalan Usahawan, Setapak, Kuala Lumpur.



#DPUKM, #DPUM, #Malam1000KenanganJasamuDikenang #Sharifah #Harumanis #niaga #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan