ACHEH PILIHAN PERTAMA NORRAS TRAVEL & TOURS , PROMOSI PELANCONGAN KELUARGA!
DARI perniagaan ‘emas’, logam yang diperoleh dari kerak bumi, usahawan prolifik Datin Dr. Raskidah Ali (kanan) kini berkembang lebih tinggi ke angkasa apabila terlibat pula dengan bisnes pelancongan melalui ‘Norras Travel & Tours Sdn Bhd'.
Kak Fas antara yang sering mengikuti perkembangan beliau yang lebih mesra disapa Datin Ras selepas pertama kali mengenalinya sebagai Pengerusi DEWI (Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia) pada tahun 2021.
Bertitik tolak dari situ, Datin Ras melancarkan pula produk emas di bawah jenama Trsiya & Co iaitu koleksi '9KJ' tahun lalu malah beliau juga bertanggungjawab dalam mengasaskan produk di bawah tema “Jewels of Malaysia’ (JOM) mahu pun koleksi bertemakan ‘Links of Malaysia’ yang melambangkan identiti budaya Malaysia contohnya seperti charm wau bulan, gong, kuih lapis dan sebagainya.
Selain itu, Datin Ras turut menganggotai Lembaga Koperasi NORRAS Berhad (KNB) selaku Setiausaha yang di Pengerusikan oleh suami tercinta, Prof Dato Dr. Norbik Bashah Idris.
Terbaharu, tidak mengenali erti penat, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Norras Travel & Tours Sdn Bhd, Datin Ras mengumumkan pakej pelancaran sulong syarikatnya ke Acheh, Indonesia pada 24 Mei 2025 ini selama 4 hari 3 malam pada kos RM1,999.
“Selepas Acheh akan ada lagi beberapa pakej pelancongan ke Pakistan, Paris, Kazakhstan, Turkemistan, Switzerland dan beberapa negara lain,” ujar Dr Raskidah pada majlis Rumah Terbuka ‘Eidul FItri' Koperasi Norras Berhad bersama Enbee Holdings Sdn. Bhd, Ihsan Ifintech Sdn Bhd dan Norras Travel & Tours Sdn Bhd, bertempat di Hotel Grand Barakah, Ampang baru-baru ini.
Majlis turut menyaksikan pelancaran Norras Travel & Tours sekali gus pengumuman pakej pelacomgan pertamanya ke Acheh yang disempuurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Azman Abidin bersama Dr Norbik dan Datin Ras.
Turut diperkenalkan duta cilik Norras Travel & Tours, adik Lovena Azzahr Putri Aulya yang diterbangkan khas dari Bandung, Indonesia di mana pada majlis tersebut anak berusia 6 tahun itu memperlihatkan gaya tarian comelnya diringi lagu Indo Pop, ’Lagi Syantik’ nyanyian Siti Badriah.
Antara selebriti yang dilihat hadir adalah pelakon terkenal Datin Maria Arshad serta penyanyi Haqiem Rusli.
Terdahulu, Pengarah Urusan Norras Travel & Tours (NTSB). Ayumi Evelina dalam ucapan aluannya memaklumkan pihaknya menawarkan lebih 50 pakej destinasi percutian dari dalam negara dan luar negara pada kadar mampu milik.
“Untuk hari ini kami menawarkan voucher RM500 untuk mereka yang menempah pakej sulong kami ke Acheh pada bulan Mei kelak bernilai RM1,999 untuk 4 Hari 3 malam,” ujar Ayumi di mana tawaran tersebut terus mendapat tempahan daripada beberapa tetamu yang hadir.
Berkongsi lanjut Datin Ras memberitahu, NTSB tidak menunggu puluhan tempahan untuk mengendalikan pakej pelancongan yang ditawarkan malah katanya, ‘jika ada lima tempahan pun kami akan aturkan’.
Ditanya kenapa memilik adik Lovena Azahra yang mempunyai 144.4K pengikut di platform Tik Toknya @lovena_love1 sebagai duta NTSB?
“Kami mahu mempromosikan pelancongan keluarga di mana di Acheh, kanak-kanak boleh dibawa bersama keluarga melihat dan bermain dengan ikan lumba-luma (dolphin) khususnya di Pulau Sabang,” jawab Dr. Raskidah.
Jelasnya memandangkan percutian pakej bersamaa keluarga agak kurang diketengahkan, Norras Travel & Tours akan mengisikan kekosongan itu dengan menyediakan pakej keluarga.
“Selepas di Acheh, saya akan membawa Lovena ke Paris untuk membuat konten bahawa kota Perancis itu juga sesuai dijelajah oleh keluarga yang mempunyai anak-anak kecil,” ujar Datin Ras sambil teruja untuk membawa rombongan pertamanya melawat Acheh pasca tsunami yang melanda kota Serambi Mekah itu pada 26 Disember 2004.
“Tsunami ada hikmahnya buat bandar dan penduduk Acheh di mana kini ia menjadi salah satu destinasi pelancongan yang sentiasa menarik ramai pelancong dan sudah tentu kami akan membuaat lawatan ke Museum Tsunami di bandar Acheh serta melawat tempat yang dilanda tsunami tetapi kini menjadi lokasi wajib melawat pelancong,” akhiri Datin Ras.
Selain itu, Lovena bakal dibawa juga menunaikan umrah sekali gus mempromosikan jubah kanak-kanak yang bakal dihasilkan oleh Norras.
Maklumat lanjut berhubung pakej-pakej yang ditawarkan boleh menghubungi talian +6012 639 0530 (Firdaus) atau layari LINK INI.
Kak Fas: Tunggu tawaran ke Kazakhstan atau Switzerland je jika ada 😆😆💖
![]() |
BERTEMU dengan rakan selebriti lama, Maria Arshad (kanan). |
![]() |
Pihak media bergambar kenangan dengan Datin Ras dan Lovena bersama ibunya. |
#NorrasTravel&Tours #Acheh #SerambiMekah #KoperasiNorrasBerhad #Fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan