Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NISA BAKRI GOURMET, MEET ME PERKENAL WANTAN MEE HALAL PERTAMA DI MALAYSIA!


MENGENALI Puan Sri Shariffa Nisa binti Syed Hamid atau lebih terkenal dengan sapaan Chef Selebriti Nisa Bakri, Kak Fas seringkali teruja dengan personalitinya yang merendah diri walau pun semua tahu kedudukannya tinggi.


Apatah lagi sebagai isteri kepada mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin, sudah tentu ada yang segan menghampiri beliau jika benar-benar tidak mengenalinya.


Tetapi seingat Kak Fas, pertama kali bertemu Puan Sri pada bulan Disember 2015 ketika beliau melncarkan dua pes masakannya - Asam Pedas dan Pes Kari Ikan, Kak Fas merasakan seolah sudah lama mengenalinya waima kemesraannya membuatkan sesiapa pun selesa berbual dengannya.


Tiada secubit pun kelihatan riak sombong atau ego di sebalik wajahnya yang sentiasa berseri dan ayu itu. 



Sampai sekarang Kak Fas lihat keayuannya, sifat peramahnya dan kelembutan tutur bahasanya melengkapi personaliti seorang wanita yang serba serbi cantik luaran mahu pun dalaman.


Sehingga kini tiada kata secantik bahasa yang Kak Fas dapat luahkan terhadap Nisa Bakri selain pujian semata-mata malah beliau satu-satunya wanita berkedudukan tinggi tetapi sanggup turun padang mengendalikan gerainya sendiri di Bazar Ramadan TTDI pada bulan Ramadan lalu.


Sebab itu juga Kak Fas sanggup turun ke Bazae Ramadan TTDI semata-mata mahu melihat sendiri kesungguhannya sekali gus membeli dan merasai nasi tomato yang laku habis setiap hari. Jarang sebenarnya Kak Fas mahu berrbelanja di bazar Ramadan bersendirian semata-mata untuk menyokong  dan melihat sendiri kegigihan beliau.


Bertitik tolak dari situ, Kak Fas sentiasa berhubungan dan mengikuti perkembangan Puan Sri apatah lagi apabila beliau sudi memasukkan nama Kak Fas dalam wats app grup Nisa Bakri Gourmet Shop yang mempunyai 328 rakan-rakannya di kalangan vip, korporat dan teman rapat. 


Segan pun ada apabila Kak Fas terselit dalam kalangan orang-orang ternama itu, tetapi sebagai wartawan, melalui grup itu dapatlah Kak Fas info terbaharu daripada Puan Sri di mana melalui chat grupitu  jugalah Kak Fas dimaklumkan Puan Sri bakal melancarkan produk terbaharunya, Wan Tan Mee, hasil usahasama Nisabakri Gourmet dengan Meet Mee Kitchen Sdn Bhd.



Satu-satunya Wantan Mee halal pertama di Malaysia, ia dihasilkan selepas satu tahun penyelidikan dan pembangunan intensif dilakukan bagi memastikan produk bukan sahaja lazat, tetapi juga mematuhi standard halal sepenuhnya.


Lebih menarik ramuan Wantan Mee ini telah dipilih dengan teliti oleh Puan Sri sendiri bagi memastikan kualiti dan keaslian rasa dikekalkan dalam setiap hidangan. 


Usaha ini juga dilihat sebagai satu langkah untuk memperkenalkan Wantan Mee sebagai sajian bertaraf antarabangsa tanpa mengetepikan keperluan pematuhan syariah.


Menurut Puan Sri, produk inovatif ini hadir sebagai jawapan kepada permintaan tinggi dalam kalangan pengguna Muslim yang selama ini terhad dalam pilihan mereka untuk menikmati Wantan Mee — hidangan popular yang sinonim dengan masakan Cina tempatan.



“Saya sendiri memilih ramuannya dengan teliti bagi memastikan kualiti dan keaslian rasa dikekalkan dalam setiap hidangan supaya ia kekal sebagai sajian bertaraf antarabagsa tanpa mengetepikan keperluan pematuhan syariah, “ ujar Nisa Bakri ketika ditemui pada majlis pelancaran rasmi Wan Tan Mee yang berlangsung di KL Wellness City Gallery, Bukit Jalil baru-baru ini.



Turut hadir  Tengku Bendahara Selangor, Tengku Dato Dr. Hishammuddin Zaizi; suami kepada PS Nisa Bakri, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Meet Mee, Clement Lin;  Pengarah Eksekutif  Penjenamaan, Jualan & Pemasaran, Dato Seri Dr, Vincent Tiew dan Usahawan Korporat, Tan Sri Jojo atau nama sebenarnya, Syed Yusor Syed Nasir.



“Sebenarnya disebabkan ramai juga orang Melayu yang sukakan Wan Tan Mee itu membuatkan saya lebih teruja untuk memberikan kepada masyarakat satu produk yang boleh di makan di mana-mana. Letak air panas je dah siap… mudah sangat,” tambah Nisa.


Benar, dengan mengambil masa empat minit sahaja untuk disiapkan waima Wan Tan Mee dilengkapi dalam paket rona merah yang tertera wajah Puan Seri di hadapannya ia mengandungi mi, kicap celup, minyak cili, keropok rangkup dan serbuk udang.



“Menjadikannya pilihan sesuai untuk mereka yang mahukan sajian enak setaraf restoran walau pun di rumah atau ketika dalam perjalanan semasa hiking dan sebagainya,” ujar Nisa.


Mensasarkan jualan mampu mencapai RM100,000 pada harga RM6.80 sa paket, Meet Mee dan Nisa Bakri Gourment turut mempunyai perancangan untuk diekspot.


“Dengan pelancaran rasmi ini, kami membuka peluang besar juga keada pemain industri, termasuk pasar raya besar, platform e-dagang, pengusaha kafe, restoran dan hotel untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan membawa Wantan Mee halal ini ke pasaran global,” ujar Clement Chin (gambar bawah, kanan).



Meet Mee tambahnya, menyeru para pengekspot agar sama sama mempromosikan hidangan Wantan Mee halal ini ke luar negara sebagai satu lambang keunikan kulinari Malaysia yang mesra semua.


Sesuai untuk pelbagai lapisan pengguna termasuk pengembara, pendaki dan keluarga sibuk, produk ini juga diharap dapat menjadi hidangan ruji dalam setiap rumah. 


Melihat pada beberapa pempengaruh yang menimati Wantan Mee dengan cukup berselera sehingga ke titisan akhir kuahnya, tidak syak lagi walau pun pedas ia lazat dn mengenyangkan bak kata orang ‘sedap hingga menjilat jari’ gitu..



“Wantan Mee harus dimakan pedas pedas baharulah bangkit selera tapi jika tak nak pedas sangat kurangkan lah memasuk cilinya ya…,” akhiri Puan Seri diringi senyuman manisnya.


Memandang ke hadapan, Puan Sri Nisa yang dikenali sentiasa aktif menghasilkan produk makanan dijangka bekerjasama dengan Yayasan Nurjiwa yang diasaskan oleh penyanyi tersohor, Dato Seri Siti Nurhaliza dan suami, Dato K untuk memulakan bisnes produk makanan ‘retort’.


Apa pun, bagi mereka yang sukakan Wantan Mee dan nak cuba resepi daripada air tangan Nisa Bakri boleh mendapatkan produk ini secara online melalui Tik Tok dan platorm media sosial lain  di bawah nama @meetmee dan @nisabakrigourmet.


Bukan hanya lazat tetapi yang penting ia ‘Halal’ dan boleh dinikmati tanpa ragu-ragu!


Tahniah Puan Seri Nisa Bakri!


Artikel berkaitan PS bole baca DI SINI dan yang INI.



#NisaBakriGourmat #MeetMee #WantanMee #Halal #SedapHinggaMenjilatJari 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan