WATSONS. MALAYSIA KEMBALIKAN K-BEAUTY FESTA TERBESAR 24 - 27 APRIL!


WATSONS Malaysia sekali lagi menganjurkan pesta kecantikan Korea terbesar dan paling dinanti-nantikan, K-Beauty Festa 2025 – “The Seoul’s Dreamland”. 


Acara gemilang yang berlangsung selama empat hari ini, dari 24 hingga 27 April 2025 di Pusat Pameran Mid Valley, menjanjikan pengalaman mengasyikkan dalam dunia kecantikan Korea dengan penyertaan lebih daripada 80 jenama terkemuka.


Kempen K-Beauty 2025 ini sebenarnya telah pun bermula sejak 15 April dan akan berterusan sehingga 5 Mei 2025, menawarkan pelbagai promosi dan aktiviti menarik sepanjang tempoh tersebut. 


Menurut Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group, Caryn Loh, kempen ini adalah bukti komitmen Watsons sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan O+O terkemuka dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk Korea berkualiti tinggi.


“Ini merupakan edisi ketiga K-Beauty Festa kami, dan kami berbangga untuk terus memacu kempen inovatif yang selaras dengan keperluan pelanggan kami. Kami berhasrat untuk menjadikan acara ini sebagai perayaan kecantikan Korea terbesar di Malaysia, dengan menawarkan rangkaian produk yang luas, dari penjagaan kulit hingga kesejahteraan,” ujar Caryn Loh pada majlis pelancaran produk terbaharu jenama 3CE Stylenanda di Pusat Pameran Midvalley tersebut.



Majlis turut menyaksikan demonstrasi solekan oleh jurusolek selebriti dari Korea, Shiyojoo menggunakan produk 3CE Stylenanda.



Terdahulu di lokasi sama turut diperkenalkan produk pemakanan Eat's Better seperti Bagel Chip Cream Soup, Bagel Chil Honey Butter, Bagel Chip Garlic Butter dan Bagel Chip Corn Soup. Kesemua produk berkenaan memang sesuai untuk mereka yang mengamalkan menu 'vegetarian'



Pendek kata, K-Beauty Festa 2025 bukan sahaja memfokuskan pada kecantikan luaran, malah turut merangkumi aspek K-wellness, dengan memperkenalkan produk-produk kesihatan yang menyokong gaya hidup holistik. 


Pengunjung festival akan berpeluang meneroka pelbagai produk penjagaan kulit, kosmetik, kesihatan, dan penjagaan diri, serta mendapatkan barangan eksklusif K-pop.


Lebih menarik lagi, Watsons telah bekerjasama dengan ilustrator tempatan Yellobanana untuk mencipta taman permainan kecantikan yang interaktif dan penuh dengan instalasi menarik. Pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar di spot-spot yang direka khas dan menemui gaya K-beauty ideal mereka.


Pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung melalui promosi Hadiah dengan Pembelian eksklusif yang direka oleh Yellobanana



Dengan berbelanja produk K-beauty kegemaran dengan minimum RM150, RM250, dan RM350, pelanggan berpeluang membawa pulang beg comel, beg komputer riba yang bergaya, dan wagon yang praktikal. 


Selain itu, penebusan produk percuma dan demonstrasi interaktif juga akan diadakan di gerai-gerai terpilih.


Bagi mereka yang membuat RSVP untuk acara ini, e-baucar RM10 akan diberikan untuk menikmati penjimatan segera ketika berbelanja dalam talian di Watsons.

 

Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan berikut:

https://www.watsons.com.my/promo-k-beauty atau klik terus DI SINI.


Tidak ketinggalan, ahli Watsons Club berpeluang memenangi hadiah utama berupa pakej pelancongan 6 Hari 4 Malam ke Seoul, Korea, serta hamper produk kesihatan & kecantikan Korea bernilai sehingga RM500 melalui Peraduan Watsons K-Beauty Spend & Win.


Ahli hanya perlu berbelanja minimum RM120 untuk produk K-beauty terpilih di kedai atau dalam talian dari 15 April hingga 5 Mei 2025 untuk menyertai peraduan ini.



Sepanjang bulan kempen ini, pelanggan juga boleh mendapatkan Pin Enamel Rahsia edisi terhad dan Pelekat Jerawat K-Beauty dengan harga istimewa RM9.90, eksklusif di kedai dan dalam talian Watsons.


The Seoul’s Dreamland” menjanjikan pengalaman K-beauty yang menyeluruh, sama ada anda ingin meningkatkan seri wajah, menambah gaya, atau sekadar menikmati suasana K-beauty yang unik. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pesta kecantikan impian ini di Watsons K-Beauty Festa 2025!


Untuk maklumat lanjut, layari www.watsons.com.my atau ikuti media sosial @watsonsmy.



#WatsonsMalaysia #WatsonsKBeautyFesta2025 #TheSeoulsDreamland #Fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan