WATSON MALAYSIA CETUS FENOMENA GANJARAN TERBESAR, RAI PARTI EKSKLUSIF HARGAI AHLI!


WATSONS Malaysia
mencatatkan satu lagi pencapaian gemilang apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai pemegang rekod "Most Merchant Touchpoint in a Membership Rewards Programme" dengan lebih 5,000 lokasi rakan niaga di seluruh negara. 


Pengiktirafan bersejarah ini bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-15 Watsons Club, program kesetiaan terbesar dan paling berbaloi di Malaysia, yang kini mempunyai lebih 8 juta ahli.


Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, Watsons telah melancarkan kempen "Ganjaran Terbesar di Malaysia" yang menawarkan pelbagai faedah dan ganjaran yang dipertingkatkan. 


Sempena pencapaian ini, Watsons juga menganjurkan "Watsons Club Members Party Night" yang pertama di Sunway Lagoon Night Park, yang dihadiri oleh lebih 4,000 ahli untuk menikmati malam yang penuh dengan hiburan, muzik, hadiah, dan penghargaan.




"Sebagai peruncit Kesihatan & Kecantikan No.1, Watsons sentiasa berusaha untuk berhubung dengan ahli kami di seluruh negara. Kami komited untuk menerajui dan memperkukuh program kesetiaan negara dengan menawarkan ganjaran dan faedah yang dipertingkatkan. 


“Pertumbuhan berterusan ahli kami mencerminkan kepercayaan dan penglibatan yang telah kami bina bersama rakyat Malaysia. Kami juga komited untuk terus berinovasi dalam ekosistem ganjaran kami, meningkatkan pengalaman pelanggan, dan memberikan lebih nilai kepada setiap ahli. Bersama-sama, kita meraikan dan mencipta sejarah," kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia & COO Kesihatan & Kecantikan Asia, Kumpulan AS Watson.



Selari dengan komitmen untuk menghargai pelanggan, Watsons telah menambah baik program W Rewards dengan menawarkan ganjaran yang lebih menarik. 


Ahli Watsons Club kini boleh menikmati akses kepada lebih 5,000 lokasi rakan niaga di seluruh negara dan menebus lebih 100 baucar eksklusif rakan kongsi dengan hanya bermula dari 10 mata melalui aplikasi Watsons. 


Ganjaran-ganjaran ini termasuk tawaran hebat daripada jenama-jenama popular seperti Sunway Lagoon Malaysia, Zus Coffee, Bananabro, Grab Food, Village Grocer, dan LBS, menjadikan faedah kesetiaan lebih mudah diakses dan berbaloi.


Watsons turut memperkenalkan konsep "App-rything" melalui Aplikasi Watsons MY, yang bukan sahaja berfungsi sebagai platform membeli-belah dalam talian, tetapi juga sebagai hab untuk ganjaran, kesetiaan, dan tawaran eksklusif. 


Ahli boleh menikmati tawaran eksklusif aplikasi setiap hari, mengakses program W Rewards, dan menyertai program e-Stamp Rewards. 


Dalam program ini, setiap pembelian bernilai RM40 dan ke atas dalam satu resit, sama ada di kedai fizikal atau dalam talian, melayakkan ahli menerima e-Stamp. Setem digital ini boleh dikumpul dan ditebus untuk mendapatkan produk eksklusif serta pelbagai faedah menarik – semuanya dalam satu aplikasi.


Watsons Malaysia mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai program keahlian Watsons Club yang menawarkan pelbagai keistimewaan, termasuk keahlian seumur hidup. 



Pendaftaran sebagai ahli Watsons Club hanya memerlukan bayaran sebanyak RM25, dan ahli akan menerima kad keahlian dengan fungsi NFC Touch ‘n Go serta 1,000 mata ganjaran sebagai alu-aluan selepas pengaktifan. 


Ini menjadikan pengalaman membeli-belah, berjimat, dan mengumpul ganjaran lebih mudah berbanding sebelum ini.


Muat turun Aplikasi Watsons MY hari ini untuk membuka akses kepada pelbagai tawaran eksklusif dan nikmati baucar RM20 untuk pembelian pertama dalam aplikasi dengan menggunakan kod: FIRST20.


Selain ganjaran harian, Watsons turut mengumumkan percutian eksklusif untuk 10 ahli bertuah Watsons Club. 


Mereka akan memenangi percutian 6 hari 4 malam ke Seoul untuk dua orang. Ahli hanya perlu berbelanja RM120 dan ke atas untuk jenama-jenama yang mengambil bahagian untuk berpeluang menyertai cabutan bertuah ini.


Watsons Club Members Party Night bukan sekadar sambutan, tetapi juga mencerminkan komitmen Watsons terhadap komuniti. 


Acara yang penuh gemilang ini turut dihadiri oleh pasukan pengurusan Watsons, rakan niaga, Duta Watsons Phei Yong, dan rakan selebriti Watsons yang lain.


Untuk maklumat lanjut mengenai Watsons Club, layari: https://www.watsons.com.my/membership atau klik DI SINI.


#WatsonsMalaysia #WatsonsMY #WatsonsClubMembers #GanjaranTerbesar #fyp 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan