RUMAH TERBUKA DPUM DI FINAS MERIAH DIKUNJUNGI RAMAI!
MENGENALI Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia. (DPUM) Dato Seri Abu Hassan Mohd Nor (kiri) dan isteri Datin Seri Norliah Che Mohammad kira-kira dua tahun lalu, Kak Fas sering kali mendapat umdangan untuk membuat liputan apabila adanya acara yang melibatkan aktiviti DPUM.
Pendek kata, jarang lah Kak Fas menolak setiap jemputan yang diterima. Setelah lebih kurang empat bulan tanpa berita dan sekian lama tiada undangan lagi untuk mana-mana aktiviti, terbaharu Kak Fas dikhabarkan mengenai jemputan viral Rumah Terbuka anjuran DPUM di FINAS yang berlangsung pada 25 April 2025 melalui beberapa grup Wats App terlebih dahulu sebelum menerimanya daripada Dato Seri.
Rentetan daripada itu, tidak disangka pula sehari sebelum malam Rumah Terbuka DPUM, Kak Fas terserempak dengan DS Abu Hassan di sebuah majlis makan malam anjuran Kedutaan Uganda sempena Forum Perniagaan & Eksp ‘The Pearl of Africa’ di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.
Sekali lagi DS Abu Hassan mengingatkan Kak Fas dengan bisikan kata-kata, “Jangan lupa datang esok tau di Finas… datang sebelah malam.”
Jawab Kak Fas, “InsyaAllah, memang kalau datang pun selepas Maghrib sebab saya puasa’.
Sebelum itu, Kak Fas memang dah semak poster jemputan yang tertera Rumah Terbuka DPUM dari 4 petang hingga 10 malam di Finas.
Pada malam berkenaan, walau pun terasa agak berat kaki nak melangkah keluar al maklum selepas berbuka dngan air kosong sahaja, Kak Fas gagahkan juga ke FINAS semata-mata kerana persahabatan yang telah terjalin lama.
Kak Fas memang menghormati dan ‘salute’ dengan usaha DS Abu Hassan dan isterinya bekerja keras demi memajukan ahli-ahli usahawan di bawah payung DPUM. Itu jua antara faktor yang membuatkan Kak Fas melangkahkan kaki jua ke FINAS dan tiba kira-kira pukul 8.15 malam.
Sebelum itu Kak Fas dimaklumkan antara tetamu kehormat yang akan berangkat adalah anakanda Sultan Perak ke-33, Raja Saidatul Mardiah Binti Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakil Allahi Shah (gambar bawah kanan, tudung hitam).
Turut hadir bebrerapa selebriti tempatan antaranya Cat Farish dan isteri, Shikin Maembong, Norsheila Amin, Meor Hashim Manaf, Rani Kulop sekeluarga dan ramai lagi.
Suasana yang meriah dlihat semakin dibanjiri ramai sehingga nampak gayanya makanan pun hampir habis.
“Hari ini sahaja orang ramai mula datang seawal jjam 3 petang, jap lagi akan ada penghantaran makanan lagi,” Abu Hassan bisik pada Kak Fas.
Khabarnya lebih kurang 5,000 yang membanjiri Rumah Terbuka DPUM kali ini melibatkan kira-kira 15 lot vendor pameran pelbagai perniagaan dengan sajian utama ‘kambing golek’ yang tentulah dah habis pada waktu siang lagi.
Kelihatan Datin Seri Norliah (gambar bawah kiri, baju oren) pun cukup prihatin sehingga membantu ahli-ahlinya menyediakan makanan tambahan. Itulah namanya seorang pemimpin yang bukan sahaja pentingkan kedudukan tetapi tetap turun padang sekali membantu.
Kak Fas percaya dengan kejayaan majlis sebesar beginii ia memperlihatkan keupayaan DPUM menjayakan Hari Usahawan Negara 2025 yang dijangka akan diadakan sebelum akhir tahun ini apatah lagi dalam skala yang lebih besar.
Malah dengan kepimpinan Presidennya yang tidak mengenal erti penat lelah, DPUM diyakini mampu membela nasib usahawan kecil untuk terus maju dan berkembang di pasaran global kerana itulah misi dan visi penubuhan DPUM.
"Golongan selebriti jua turut menjadi ahli dengan membawa produk-produk penjenamaan mereka sendiri dan DPUM tidak ketinggalan memperoleh jaringan bersama Kementerian serta agensi yang ada hubung kait dengan DPUM," akhiri Abu Hassan.
Majlis yang selesai lebih kurang 10 malam turut tertumpu pada seekor kucing pemeliharaan digayakan lengkap bertanjak dengan cermin mata bulatnya bernama 'King Oyen'.
Setiap tetamu yang hadir tidak melepaskan kesempatan bergambar dengan kucing tersebut yang mendapat perhatian jenama Power Cat untuk dijadikan 'model' mereka.
Memang comel dan Tahniah juga pada DPUM!
#DewanPerniagaanUsahawanMalaysia #RumahTerbuka #KingOyen #FINAS #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan