MANJABERRIES PERKENAL DUA PRODUK BAHARU, LANTIK PELAKON HUSNA SEBAGAI DUTA!
PADA akhir bulan November tahun lalu, Kak Fas diperkenalkan kepada pengasas produk seratus peratus ‘natural’, ‘Manjaberries’ milik Norhasmiza Md Ghaus atau lebih mesra menggelarkan dirinya Kak Miza sahaja.
Sewaktu itu, beliau bersama suaminya, Mohamad Amir Ridzwan, seorang jurutera tetapi penyokong kuat dibelakangnya melancarkan produk tambahan terbaharunya yang dinamakan ‘Manjaberries Advanced’.
Dan baru-baru ini, sekali lagi Kak Fas berpeluang bertemu dengan Norhasmiza apabila dijemput ke majlis pelancaran dua produk terbaharunya, Manja Tab dan Manja XS, bertempat di Forest Valley, Cheras.
Majlis yang berlangsung kira-kira jam 8.30 malam berakhir selepas tiga jam dengan pelancaran produk berkenaan sekali gus mengumumkan duta Manjaberries, pelakon Husna Mustaffa, 37, atau nama penuhnya, Sharifah Husna Syed Mustaffa.
Kak Fas yang tiba seawal jam 7.20 petang, waima program dicatat dari jam 7 petang hingga 11 malam sempat lah meneliti dan meninjau produk-produk yang dipamerkan dalam Dewan Monstera di mana berlangsungnya majlis.
“Kami melancarkan dua produk ini untuk mengisi permintaan golongan wanita di bawah usia 35 tahun di mana mereka juga mahu mencuba tetapi mohon ia dijual pada harga mampu milik, jadi terhasillah Manja Tab dan Manja XS pada harga RM49 sahaja,” ujar Norhasmiza ketika ditemui sebaik beliau tiba dan sebelum majlis pelancaran bermula.
Menurutnya kedua-dua produk ini berbeza kandungannya di mana Manja Tab dihasilkan khusus untuk penjagaan kulit wajah manakala Manja XS lebih keoada mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Berasaskan tumbuhan dan buah-buahan seratus peratus, Manja Tab mengandungi 4 jenis berry meliputi cranberry, strawberry, raspberry dan elderberry manakala Manja XS diperbuat dari ekstrak buah delima, acarberry dan strawberry dengan khasiat utamanya membantu rasa kenyang lebih lama sekali gus mempu mengawal selera makan.
Dengan kewujudan dua produk tambahan itu menjadikan produk keluaran syarikat Norhasmiza, HA Skin & Beauty ini kepada enam produk keseluruhannya termasuk Manjaberries Soap, Serum tinted sunscreen, Manjaberries 100g dan Manjaberries advancad 400g berharga RM89.
“Dengan penambahan produk Manjaberries ini, saya mensasarkan jualan mampu mencapai 30,000 unit dalam tempoh 5 bulan untuk Manja Tab dan Manja XS,” tambah Hasmiza sambil meluahkan penghargaannya terhadap pengguna Manjaberries yang digelar ‘Manja Lovers’.
Menurut Hasmiza yang sentiasa aktif mempromosikan produk-produknya melalui platform Tik Tok, sambutan yang menggalakkan dipercayai kerana kepercayaan Manja Lovers terhadap produknya yang tiada kandungan gula, kolagen, pewarna atau pun bahan pengawet tetapi seratus peratus bahan semula jadi daripada tumbuhan dan buah-buahan.
“Setiap bulan kami mempu jual kira-kira 15,000 hingga 30,000 unit malah stok sentiasa perlu ditambah cuma kadangkala rasanya bergantung pada buah berries yang ditempah, ada musim terasa masam ada musim manis, Jadi pengguna pun dah maklum jika rasanya berbeza sedikit tetapi kesannya tetap sama,” jalas Norhasmiza.
Sehubungan permintaan yang menggalakkan disebabkan kesan yang diperoleh setiap Manja Lovers memuaskan di mana ada yang berkata masalah cysts atau fibroid mereka semakin mengecut atau kolestrol turun selepas dua tiga bulan memakan Manjaberries.
“Saya sebenarnya takut nak cerita bila mereka kata kesannya sebegitu sebab tidak mahu orang ingat saya mereka cipta cerita tetapi sejujurnya itulah komen yang saya terima ketika membuat ‘live’ dalam Tik Tok,” ujar Hasmiza tanpa berselindung.
Mengiyakan kata-kata Norhasmiza, Husna Mustaffa akui kesannya terhadap wajah beliau selepas mengambil Manjaberries amat ketara apabila kulitnya kini sekata dan lembap.
“Sebelum ini kulit saya kering tetapi selepas seminggu mengambil Manjaberries sudah nampak kesannya sebab itu saya sanggup membelinya sebelum bersetuju menjadi duta apabila ditawarkan oleh Kak Miza,” cerita Husna kala ditemui.
Terdahulu, ketika berbicara Norhasmza memaklumkan kenalan rapatnya itu memang membeli produknya walaupun beliau mahu memberikan secara percuma.
“Tetapi Husna menolaknya. Dan menariknya selama ini Husna seorang yang memang sukar hendak mencuba sebarang produk pemakanan tetapi disebabkan Manjaberries diperbuat dari bahan seratus peratus natural menyebabkan beliau mahu mencuba,” kenang Norhasmiza sambil memaklumkan memang lama beliau merancang menawarkan Husna sebagai duta tetapi hanya selepas ia berkesan merawat wajahnya baharulah dia bersetuju.
“Buat masa ini saya mengikat kontrak tiga bulan dahulu,” ujar Husna sambil akui akan terus menggunakan Manjaberries apatah lagi ia mudah dimakan seumpama taglinenya ‘kemam kemam sahaja’.
Sejujurnya Kak Fas pun seperti Husna tidak mudah dipengaruhi produk supplemen yang kini berlambak di pasaran sebab kurang yakin dengan kandungan serta kesan sampingan jangka panjang.
Tetapi bila dengar ia mampu mengecutkan cyst waima Kak Fas pun ada masalah cyst dalam perut .. teringin juga nak cuba..dan bila rasa... sedap juga, masam masam manis gitu...dan sejujurnya Kak Fas mengalah sehingga akhirnya ngap dan kemam kemam juga Manjaberries pemberian Norhasmiza. Terima kasih daun keladi...!
Yang penting Kak Fas percaya kandungan yang diperbuat daripada buahan dan tunbuhan itu turut terkandung Vitaminc C di dalam setiap buah berry menambahkan lagi keberkesanan produk.
Mungkin kah selepas ini ada lagi produk terbaharu dari Manjaberries?
“Saya ni amat teliti dan cerewt tentang menghasilkan produk kerana saya mahu satu produk yang bersih dari segala bahan pengawet, Ada juga permintaan untuk saya menghasilkan produk ‘skin care’ tetapi ia masih dalam perancangan R&D,” tambah Norhasmiza yang bakal menerbitkan sebuah filem iklan untuk Manjaberries tidak lama lagi agar pasarannya dapat diluaskan di mana kini selain Malaysia permintaan amat tinggi di Singapura dan Brunei.
Jadi, sesiapa yyang nak manjakan diri dengan Manjaberries bolehlah ikuti laman sosial Tik Tok @kakmiza atau @manjaberries.hq.
Cuba try kata orang hihi…!
#KemamKemam #ManjaTab #ManjaXS #ManjaberriesAdvanced #Produk #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan