Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JALALUDDIN HASSAN TUNAI PERMINTAAN PERMAISURI WATIE COLLECTIONS


Baru-baru ini Kak Fas diperkenalkan kepada Koleksi Watie, jenama yang telah ditubuhkan tiga tahun lalu pada November 2016.

Sejujurnya, sebelum ini Kak Fas tak tahu pula kewujudan koleksi pakaian yang dihasilkan oleh usahawan tempatan, Puan Nor Syafafwati Ariffin ini sehinggalah mendapat undangan ke majlis Iftar anjuran Watie Collections Sdn Bhd bersama anak-anak yatim dan selebriti di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam baru-baru ini.

Walau pun terpaksa redah kesesakan lalu lintas dari Kuala Lumpur ke Shah Alam dan terpaksa berbuka dengan sebiji buah kurma sahaja namun hasilnya tidak mengecewakan apabila berpeluang mengenali usahawan muda berusia 29 tahun ini.

Keterujaan Kak Fas melonjak lebih-lebih lagi apabila tertonton iklan Watie Collections yang disiarkan melalui kaca tv melibatkan lakonan pelakon veteran, Dato Jalaluddin Hassan.

Agak menarik iklan itu yang menampilkan al-kisah Istana Kayangan di mana seorang Sultan mencari jalan penyelesaian bagi memenuhi kehendak Permaisuri baginda dengan meminta Ahli Nujumnya, Pak Kodi (lakonan Ropie) mencari penyelesaian.



Penemuan Koleksi Watie bertemakan konsep fesyen klasik diRaja akhirnya membuatkan Permaisuri gembira dan hajat Sultan pula terlaksana.

“Bila melakonkan watak Raja dengan skrip yang unik begini saya rasa seronok dapat menyampaikan mesej cerita walau pun terasa geli hati pun ada,” ujar Datuk Jalaluddin sewaktu Kak Fas menemuinya.

Watak Permaisuri dilakonkan sendiri oleh empunya jenama, Syafafwati yang lebih mesra di sapa Watie, nama ringkas yang digunakan untuk jenamanya - Watie Collections serta pelakon dan pelawak Ropi
Sempat jugalah Kak Fas tonton beberapa kali iklan tersebut yang turut dilakonkan oleh Ropie dan ternyata walau pun pendek, ia berjaya membuka mata penonton terhadap jenama Koleksi Watie.

Jenama tempatan yang memberi tumpuan kepada koleksi ‘sedia-untuk dipakai’ itu tidak hanya terdiri daripada pakaian wanita seperti kurung moden, kebarung dan seumpama ia juga menyediakan rangkaian fesyen untuk  lelaki dan kanak-kanak termasuk menerima tempahan.

Dengan harga mampu beli bermula dari RM79 ke atas, Watie yakin mampu mencapai jualan berlipat kali ganda daripada tahun-tahun sebelumnya apatah lagi iklannya kini sedang viral dan popular.













Keunikan koleksi Watie bagi tahun 2019 menampilkan rekaan zaman Kesultanan Melayu berkonsep klasik meliputi lima corak fesyen iaitu Puteri Wadini, Puteri Wardana, Puteri Wahana dan tentu sekali sempena namanya, Puteri Watie manakala tiga lagi desain direka untuk pakaian santai bagi lelaki dan kanak-kanak.
“Saya sasarkan jualan mampu mencapai RM2 juta,” harapan Watie yang bermula dengan modal RM30,000 daripada wang simpanannya.
























Selain promosi melalui ikan di kaca tv, dengan penglibatan pertama kali juga menganjurkan majlis Iftar meraikan anak-anak yatim, selebriti dan media, Watie yakin mampu menembusi pasaran yang lebih luas.

Antara barisan artis yang hadir kelihatan Datuk Nash, Izzue Islam, Nia Natalia, Aman Aziz dan ramai lagi bakat-bakat baharu.



Sayang sekali, tiada persembahan fesyen dipertontonkan bagi memperkenalkan koleksi-koleksi Raya Watie berkenaan. 

Yalah, dengan acara pemberian duit raya serta sumbangan ikhlas kepada anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Rahoma dan Pusat Jagaan Islam Buah Hatiku yang diadakan selepas selesai solat Maghrib, Isya dan Tarawih mana mungkin memanjangkan lagi majlis untuk pertunjukan fesyen kan? 

Lagi pun macam kurang sesuai pula pertunjukan fesyen ya tak? Ok lah tu langkah yang diambil Watie.

Pun begitu, barangkali jika diberikan koleksi pakaian itu untuk digayakan oleh para selebriti yang hadir atau pun kakitangannya dapatlah sekali gus memberi peluang tetamu melihat serta merasai fabrik eksklusif dari Watie berkenaan kan.






Khabarnya, fabrik yang digunakan pelbagai jenis yang diimpot dari China sesuai iklim tempatan yang lebih selesa menggunakan  kain lembut serta sejuk seperti chiffon, satin dan kapas.

Dengan 17 kakitangan tersedia bersama 2 pereka fesyen, Watie melahirkan harapan dapat mengembangkan sayap perniagaan dengan membuka sebuah lagi cawangan Watie Collections samada di Kuala Lumpur atau Bangi.

“Saya memang meminati bidang fesyen dan mampu membuat rekaan sendiri, jadi kerana itu saya mengambil keputusan untuk berniaga setelah dikurniakan tiga orang anak dan berhenti bertugas di bahagian akaun di salah sebuah syarikat swasta,” tambah wanita berasal Negeri Sembilan ini sambil tidak segan memberitahu cuma mempunyai kelulusan setekat SPM sahaja.

Watie antara bukti betapa tanpa segulong ijazah sekali pun beliau berjaya menjadi usahawan terkenal dengan pendapatan jutaan ringgit.

Apakah anda pernah memakai baju jenama Watie? 

Sekiranya belum dan ingin mencuba dan melihat dengan lebih dekat waima meneliti keunggulan fesyen klasik zaman Kesultanan Melayu ini bolehlah ke butik Watie Collections di Seksyen 7, Shah Alam ya… untuk memilih gaya fesyen Raya anda tahun ini ya.

Nak mencarinya pun senang,…Ikut waze pada lokasi berikut: 


Butik beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam dan anda juga boleh menghubungi talian berikut:-


Layari juga Instagram dan lamam sosial ‘facebook’ @watieofficial untuk info lanjut.

#classiquerayawatie #gayarayaWatie #ceriterawatie #tvc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan