Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALIFF AZIZ KANTOI LAGI JADI BUALAN UTAMA NETIZEN


GOSIP TERKINI...

Nampak gayanya gosip terhangat pada bulan Ramadan ini terpalit pada pelakon dan penyanyi berasal Singapura - Aliff Aziz!

Belum pun reda isu panas terbaharu darinya berhubung seorang gadis yang dikenali sebagai Nismell tular di laman sosial apabila sekeping gambar menyerupai Aliff Aziz bersamanya dimuat naik, kini timbul pula gambar lain yang memperlihatkan lelaki mirip Aliff juga bercumbu dengan seorang wanita.

Jika dihitung kesemua kontroversi yang membabitkan suami kepada Bella Astillah ini, gambar terbaharu itu merupakan wanita keempat yang terpalit dengan gosip panas Aliff.

Sebelum ini Aliff pernah digosipkan mempunyai kaitan dengan dua orang  artis tempatan, Afifah Nasir dan Oktovia Manrose.

Belum dipastikan samada gambar itu adalah gambar lama atau tidak namun kes terbaharu ini dipercayai diambil di sebuah kelab malam dan wanita berkenaan dikatakan seorang model.

Sehubungan itu, khabarnya isteri Aliff, Bella dilaporkan memuat naik satu kenyataan panjang di dalam Instagramnya menyebut bahawa dia akan meneruskan kehidupannya tanpa Aliff waima memohon netizen tidak menghantar sebarang komen atau mesej bertanyakan keadaan mereka.

Aliff pula dikatakan telah memadam kesemua gambar isterinya daripada IG beliau...

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean, pada 8 Julai 2017.

Kak Fas : Kita doakan semoga ada penyelesaian terbaik buat kedua bintang terkenal ini.


KREDIT : Utusan.



Tiada ulasan: