Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

4 ARTIS LEGENDA DI PENTAS DESARU COAST 6 JULAI


Raja Pop, Papa Rock dan dua Ratu Lagenda di satu pentas pada majlis makan malam “A Night With Legends”!

Wah! semua legend-legend belaka dan yang dimaksud itu tentulah Datuk Jamal Abdillah, Datuk Ramli Sarip, Datuk Khadijah Ibrahim dan plantun lagu “Sekadar Di Pinggiran”, Francissca Peters.

Kesemua mereka telah diundang oleh Desaru Coast dengan kerjasama Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort dan Best FM sempena meraikan Festival Ombak yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Julai depan.

"A Night With Legends" dianjurkan sebagai kemuncak festival berkenaan di mana para tamu yang hadir bukan sahaja bakal dihiburkan oleh persembahan empat lagenda terkenal tersebut tetapi turut beramal memandangkan sebahagian daripada hasil kutipan akan disalurkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

"Tiket bagi menyaksikan malam muzika di Desaru Coast Conference Centre itu boleh ditempah melalui jualan meja yang bermula dari serendah RM8,000 ke atas malah ada jualan tiket yang lengkap dengan pakej bermalam disediakan bagi mereka yang ingin menginap di hotel Hard Rock atau pun The Westin," ujar  Roslina Arbak, Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Development Holdings One Sdn Bhd dalam ucapan alu-aluannya pada sidang media yang diadakan di Restoren Rebung, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selama lebih dua jam, peminat keempat-empat artis lagenda itu bakal digegarkan dengan persembahan yang sudah pasti akan mengembalikan nostalgia pada zaman kegemilangan mereka terbabit.

Kak Fas yakim mereka yang membaca artikel ini akan terdengar-dengar lagu-lagu popular seperti 'Kehebatan Cinta" (duet antara Jamal & Fran) mahu pun 'Doa Buat Kekasih" lagu evergreen nyanyian Ramli Sarip dan Khaty.

Terngiang-ngiang melodi lagu mereka bermain di minda dan telinga Kak Fas ini haha... sebab itu macam tak sabar nak tengok mereka beraksi kembali di pentas... jika di undang pasti Kak Fas tidak akan menolak hihi....


Maklum lah Kak Fas pun membesar dengan mereka malah lama sungguh tidak jumpa terutamanya Fran dan Khaty.

Teringat pula waktu bertugas di Ipoh, Kak Fas pernah menjemput Khaty untuk membuat persembahan pada sebuah majlis anjuran UMNO Cawangan Taman Ipoh ketika itu. 

Apa pun ketika bertemu dengan Ramli Sarip, Fran mahu pun Khaty... mereka masih belum putuskan judul lagu masing-masing tetapi berjanji akan memberikan satu persembahan yang tidak akan dilupakan hadirin.

"Saya rasa teruja sangat dapat berada di pentas bersama tiga lagenda yang amat saya kagumi, " ujar plantun lagu "Sekadar Di Pinggiran", Francissca Peters.

Begitu juga Khadijah Ibrahim dan Ramly Sarip yang berjanji akan memberikan satu malam yang tidak akan dilupakan untuk mereka yang hadir.

"Saya pun tidak sabar untuk beraksi bersama rakan-rakan artis pada era sama dan masing-masing mempunyai kekuatan dan peminat tersendiri," ujar Ramli Sarip yang teruja masih ada peminat yang gemarkan lagu-lagu lama.

'Inilah pentas gabungan artis legend yang terulung dan semoga ada lagi acara  seperti ini. Sayangnya ia cuma berlangsung satu malam," komen Khadijah Ibrahim.

Dan sayang juga, Datuk Jamal Abdillah tidak dapat hadir pada sidang media tersebut atas urusan lain bagi mendapatkan pandangan beliau.

Pun begitu, kesemua persembahan empat-empat otai hiburan ini akan diiringi oleh kumpulan pemuzik delapan orang, Belle Fatah.

Sambil perut kenyang dengan hidangan lazat masakan Chef Residen The Westin Desaru Coast Resort, halwa telinga pula enak mendengar lagu-lagu evergreen baik nyanyian dari Jamal, Ramli Sarip, Khaty mahu pun Fran.

Pasti malam itu, penonton akan dihiburkan dengan nostalgia mengusik jiwa!

Maklumat lanjut berhubung tiket dan sebagainya boleh layari laman facebook Desaru Coast Malaysia atau pun laman web Desaru Coast's.

ROSLINA bersama 3 artis legenda Khadijah Ibrahim, Francissca Peters & Ramli Sarip yang hadir.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan