Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PROMOSI CHOCODAPS, MENANG WANG TUNAI RM500


Bagaikan aur dengan tebing… begitulah perumpamaan yang tepat dapat Kak Fas simpulkan terhadap pasangan suami isteri Mohamad Farhan Mohamad Zainuddin dan May Sarah Nadiah Meor Mohamad ini.

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa Kak Fas berkata demikian?

Mendengar pengorbanan mereka bersama-sama mengasaskan perniagaan, samada Sarah, 33 atau pun Farhan, 34, Kak Fas dapat bayangkan saat susah payah yang diharungi dengan harapan dapat membantu ibu bapa masing-masing yang berniaga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sebelum bertemu jodoh, pasangan ini mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap ibu bapa yang berkorban siang malam untuk menampung pendidikan awal mereka.

“Kedua orang tua saya berniaga kedai makan dan mereka terpaksa bangun se awal 4 pagi dan pulang ke rumah jam 6 petang seterusnya jam 9.00 malam sudah mula buat persiapan bahan-bahan untuk dimasak pada awal pagi tersebut,” kenang May Sarah ketika ditemui dalam satu temubual khas  baru-baru ini.

Cerita Sarah lagi, beliau terasa amat sedih apabila ayah terpaksa menggunakan kad kreditnya demi menanggung perbelanjaan pendidikannya.

Pun begitu, Allah tidak pernah tidor... segala  pengorbanan ayah tidak sia-sia apabila May Sarah berjaya membawa pulang segulong ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Biologi).

Begitu juga dengan Farhan yang berjaya memiliki Ijazah Sarjana Muda Kimia Industri namun telah menceburi bisnes kecil-kecilan seperti menjual burger dan dadih ketika masih belajar demi membantu keluarga.


Nasib keduanya berubah selepas bertemu jodoh waima dengan mengalirnya darah niaga di dalam jiwa masing-masing, Farhan dan Sarah terus berjinak-jinak dalam bidang perniagaan menjual pelbagai produk kecantikan dan kesihatan.

Walaupun 'langit tidak selalu cerah' dan pernah gagal sehingga lambakan produk yang tidak terjual terpaksa digunakan sendiri atau sedekah pada ahli keluarga dan kenalan rapat, Farhan dan Sarah tidak putus asa.

Barangkali sebagai seorang pendidik, semangat juang Sarah kuat apatah lagi dibantu suami tercinta yang sentiasa bertungkus lumus mencari idea bagi mengembangkan perniagaan.

"Pertemuan dengan seorang rakan yang memperkenalkan kami kepada cokelat yang sedap   mengubah hidup kami seterusnya," ujar Sarah.

Diakui Farhan, katanya, mereka beralih kepada bisnes cokelat yang dinamakan di bawah label 'CHOCODAPS" .

Idea nama diperoleh daripada singkatan 'cokelat sedap' sebab memang rasa cokelatnya sedap, tambah Farhan.
Daripada jualan percubaan, tidak disangka pula permintaan cokelat mereka semakin meningkat saban hari. 

"Menjual cokelat tidak perlu banyak berbicara. Lebih mudah dengan pemberian sampel untuk pelanggan merasainya," jelas Sarah dan Farhan selaku Pengasas bersama syarikat FS Megaworld Sdn. Bhd.

Bagi memberikan fokus terhadap bisnes yang meningkat setelah jualan melalui 'dropship' memperlihatkan angka memberangsangkan dalam tempoh setahuh, Farhan mengambil keputusan berhenti kerja untuk mengendalikan bisnes cokelat sepenuhnya.


"Sepanjang tahun 2016 kami fokus pada dropship dan jualan terus kepada pelanggan, Alhamdulillah jualan mula mencecah sebanyak 1 metric tan coklat sebulan dengan memiliki 200 orang dropship," cerita Farhan sambil memberitahu mereka berdua berniaga daripada rumah apartmen.

Masuk tahun 2017, mereka terpaksa berpindah rumah bawah kerana sukar membawa coklat turun naik daripada apartmen. Rumah tersebut di ubah suai untuk dijadikan pejabat, gudang dan ruang operasi. 

Pada tahun sama,  sistem perniagaan beralih kepada jualan melalui 140 ejen di mana jialan  berjaya mencecah 3 metrik tan cokelat sebulan dengan hanya menggajikan 2 orang pekerja sahaja waktu itu.

Pada tahun 2018, pasangan suami isteri beranak tiga ini dapat melahirkan ejen yang berjaya membuat jualan 50kg-1000kg coklat dalam sebulan.

Kini, Chocodaps mampu meluaskan perniagaanya melalui 2,000 agen berdaftar seluruh Malaysia malah mempunyai 2 gudang cokelat dan sebuah pejabat urusan dan dewan Latihan.

"Purata pengeluaran coklat kami hampir 12 metrik tan sebulan, " tambah Farhan yang mula berniaga Chocodaps sejak tahun 2015.



Dengan 15 jenis cokelat tersedia syarikat mensasarkan mampu meningkatkan pengeluaran sehingga 240 metrik tan coklat sepanjang 2019 ini dengan memperoleh 10,000 ejen jualan.

Korang yang suka cokelat pun jika nak jadi ajen jualan boleh aje...

Bagaimana caranya?

Kos permulaan sebagai ejen cuma RM385 di mana mereka akan dibekalkan dengan set permulaan  untuk pemasaran dan penyimpanan meliputi satu kotak polyfoam, 2 botol ice pack, 54 keping stiker chocodaps, 50 keping kraft pack 50g, 50 keping kraft pack 100g dan 100 keping flyers. Kemudian setiap agen perlu pilih minima 5 kg cokelat.



"Produk berasaskan cokelat begini amat tinggi permintaannya dan jualan pun laju waima harganya tidak tinggi iaitu hanya RM10 bagi 100g cokelat. Tetapi ejen mampu meraih keuntungan sebanyak 50% dari harga jualan tersebut," ujar Farhan.

Menurut Farhan, sebagai membantu ejen pihaknya menyediaakn kelas latihan seperti pemasaran hasil daripada pengalaman sebenar dan juga akan diperkenalkan kepada ramai pakar-pakar yang mampu membantu.

"Lebih menarik lagi kami menggunakan sistem centralize storage di mana ejen-ejen tidak perlu bimbang untuk menyimpan cokelat yag terlalu banyak di rumah mahu pun di dalam peti sejuk. Mereka hanya perlu order mengikut keperluan pelanggan sahaja dan kami juga akan berikan kotak penyimpanan cokelat kepada mereka sekali," tambah Sarah.

Tu dia panjang lebar dan terperinci kriteria yang diperlukan sebagai ejen. Menarik kan waima modal pun tak banyak malah Farhan dan Sarah pun mulkan bisnes mereka bermodalkan RM500 sahaja tetapi kini lihatlah kejayaan mereka.

Apa-apa pun jika berminat dan nak tahu lanjut boleh klik SINI.

Namun khas buat Ramadan ini, pihak syarikat mahu memberikan anda hadiah berupa wang tunai RM500 dalam satu cabutan bertuah.

Caranya mudah... sebagai ejen anda cuma perlu mengambil selfie bersama Chocodaps dan link kan 'iklan' anda itu kepada telegram dengan hashtag #chocodapsraya2019 serta #chocodaps dan pos ke laman facebook. Promosi berakhir 31 Mei ini.

 Selain itu, satu seminar dua hari akan diadakan pada bulan Julai nanti yang dijangka akan dihadiri kira-kira 500 ejen baharu.


Pertanyaan lanjut hubungi pejabat Chocodaps di talian 011-11444700.

Kalau tanya Kak Fas mengenai rasa cokelat ini..... jawapannya semua jenis pun memang sedap dan menarik juga anda boleh buat tempahan mengikut majlis yang mahu diraikan atau pun tempah rekaan macam hamper untuk dihadiahkan sempena Hari Raya ini.

Paling Kak Fas suka yang namanya Meteor Chocolite.. nampak macam pecahan batu tetapi ia sebenarnya cokelat.... konfius sekejap bila tengok hahaha... tapi terbaik!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan