Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM! JUMPA SITI DI CREACION SHAH ALAM HARI INI 12 PM


Alhamdullillah! Dah seminggu kita berpuasa dan pada hujung minggu ini Kak Fas yakin mesti ramai yang turun ke pekan untuk 'shopping Raya'.

Jika di Shah Alam, korang tahu tak yang penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan berada di sana hari ini (11 Mei 2019) kira-kira jam 12 hingga  2 petang tau.

Kalau tak percaya pergilah berkunjung ke butiknya, Creacion Shah Alam di Seksyen 7. Selain melihat dan membeli koleksi Creacion & Simplicity by Siti Nurhaliza yang terbaharu boleh lah bertentang mata dengan Tok Ti.

Mana tahu kut boleh selfie sekali kan sambil membeli-belah?

Jika korang nak tahu koleksi Creacion tahun ini yang telah dilancarkan penuh eksklusif di Kelab Petroleum Malaysia di bangunan berkembar Petronas, Tingkat 42 baru-baru ini diinspirasikan dari motif art deco yang popular sekitar tahun 1920an di Perancis.

Kak Fas dah pun lihat 43 koleksi pelbagai fesyen yang diketengahkan semasa prebiu khas yang diadakan bersama segelintir tetamu khas yang berlangsung di kelab tersebut.

Sebenarnya, ini pertama kali Kak Fas naik tingkat 42 yang sama level dengan jambatan yang menghubungi tower 1 dan tower 2 tu lah. 

Bukan sahaja teruja dapat bersama menonton pertunjukan fesyen Tok Ti tetapi berada di bangunan Berkembar  Petronas pun dikira 'hari ini dalam bersejarah' haha... Iya lah walau pun duduk KL bukannya mudah nak naik tingkat 42 tanpa urusan. 


Kawalan keselematannya pun ketat macam nak masuk airport. Apa lagi bergambo lah di situ....hihi...

Anyway... kembali pada koleksi Creacion, sebanyak 89 helai baju kurung moden dan jubah dipersembahkan dalam tiga hingga 4 warna pilihan utama seperti merah, hijau dan rona-rona pastel- cokelat, merah jambu dan biru lembut.

"Tahun ini kami memberikan satu gaya yang dikatakan ‘less is more’ agar rekaan baju kurung ini bukan sahaja boleh digayakan ketika Hari Raya malah boleh terus dipakai ke pejabat dan majlis kasual," ujar Siti ketika ditemui.

Malah lebih menarik lagi, Creacion turut memperkenalkan buat pertama kalinya koleksi ibu dan anak yang dinamakan 'Sara dan Sofia '.

Ya lah, Siti kan dah ada Aafiyah... jadi koleksi ibu dan anak ini memanglah tepat dikeluarkan tahun ini ya tak? Pakaian kanak-kanak dijual pada harga RM90.

Menurut Siti, koleksi art deco rekaan pereka mudanya sendiri,  menampilkan corak garisan selaras dan senada yang membuatkan si pemakai bukan sahaja kelihatan kemas malah juga nampak eksklusif.

Malah dengan harga mampu beli sekitar RM200 hingga RM350 sehelai, Siti yakin dapat menarik minat pelanggan serta peminatnya untuk bersama-sama menggayakan Creacion sempena Hari Raya tahun ini.

“Aidilfitri adalah saat yang mencipta memori istimewa dan berkekalan dan kerana itu kesemua rekaan yang dihasilkan kali ini bertujuan untuk mengembalikan nostalgia indah, sama seperti konsep art deco pada era 1920an lalu," tambah pelantun lagu 'Anta Permana' ini.


Seperti kata Siti 'less is more' ... Kak Fas pun tidak mahulah celoteh panjang. 

Nak tengok koleksi sepenuhnya bolehlah layari IG Creacion by Siti Nurhaliza atau pun klik sahaja DI SINI supaya korang boleh membuat pilihan sebelum ke butik ya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan