Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MALIK STREAMS SUMBANG BAJU RAYA BERNILAI RM50,000


Bulan Ramadan antara bulan mulia yang sering dinanti-nantikan ramai. Pada bulan inilah segala amal jariah diberikan lebih ganjaran daripada kebiasaannya. terumata pada sepuluh malam terakhir.

Hari ini merupakan malam ke 22 Ramadan dan tepat sekali langkah yang diambil syarikat Malik Streams Corporation yang mengaturkan sumbangan baju raya kepada lebih kurang 296 kanak-kanak serta pelajar daripada pusat-pusat jagaan /kebajikan yang berlangsung di Jakel Mall semalam.



Dengan kerjasama  syarikat subsidarinya, Iman Health & Beauty Sdn Bhd, sumbangan Raya itu menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dashthigeer bersama Pengarah Eksekutif Iman Health, Datin Dahlia Baiduri sama-sama meraikan anak-anak dengan pemberian baju raya yang dibeli dari Jakel.

Kak Fas nampak keriangan pada wajah anak-anak yang terdiri daripada lima buah rumah kebajikan meliputi Rumah Titian Kasih Al-Inayah, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Kg. Johan Setia Klang, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Pertubuhan Kanak-kanak Insan Istimewa serta Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah Kajang.

Merupakan program amal yang pertama Kak Fas hadir pada permulaan 10 malam terakhir Ramadan, dimaklumkan sebanyak RM50,000 diperuntukkan bagi tujuan tersebut oleh kedua-dua syarikat Malik Streams Corporation dan Iman Health & Beauty.

Barangkali apabila Kak Fas sebut Malik Streams Corporation atau Iman Health mungkin ada yang belum mengenali perniagaan jenis apa yang dikendalikan mereka kan?

Jika korang nak tahu syarikat Main Streams Corporation ini merupakan sebuah syarikat hartanah, produksi perfileman, perniagaan import dan eksport, pengurup ang serta beberapa lagi perniagaan. Merekalah yang menjadi pengedar filem Tamil terhebat yang dibintangi pelakon veteran, Rajinikanth iaitu "Petta" pada pertengahan bulan Januari lalu. 

Ingat tak? Kalau lupa cuba klik LINK INI ini.



Manakala syarikat subsidarinya, Iman Health & Beauty Sdn Bhd pula berkait dengan bisnes kecantikan dan kesihatan iaitu satu bidang baharu yang ingin diterokai Datuk Abdul Malik sebagai salah satu langkah mengembangkan sayap perniagaannya.

Diterajui Pengarah Eksekutifnya, Datin Dahlia Baiduri, Iman Health & Beauty mempunyai perancangan mengeluarkan banyak lagi produk-produk kesihatan dan kecantikan hasil formulasi tersendiri untuk pengguna. Malah tujuannya juga bagi membuka peluang perniagaan kepada agen atau stokis yang berminat menambah pendapatan.


Dan tidak syak lagi bagi memperkenalkan lebih lanjut kedua-dua syarikat ternama ini, program bantuan amal "Jom Shopping Raya" yang dikendalikan pada bulan Ramadan bukan sahaja menambahkan pahala dan membuka rezeki tetapi dengan harapan dapat menceriakan pagi Raya setiap kanak-kanak yang bergaya dengan baju Raya masing-masing.


"Program seperti ini sudah masuk kali ke 9 diadakan dan merupakan projek tahunan syarikat setiap bulan Ramadan," ujar Alex NP (kanan) selaku Eksekutif Strategis Perniagaan bagi piihak Malik Streams Corporation.




Kak Fas: Alhamdullilah! Tidak sabar menunggu apakah genre dan judul filem terbaharu yang bakal diterbitkan oleh Malik Streams Corporation. Mungkin filem Melayu agaknya kali ini?

BERSAMA rakan-rakan bloggers yang hadir di Jakel Mall.
Tagging:

#malikstreams
#jomshoppingrayabersamaadikadik
#malikstreamscsr
#malikstreamraya2019
#imanbeauty
#imanbeautycsr
#imanbeautyraya2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan