Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SELAMAT TINGGAL DORIS DAY!


PIX Kredit: Town & Country Magazine,
Kak Fas pernah membesar dengan menonton lakonan pelakon lagenda ini - Doris Day.

Kini  Doris Day sudah tiada lagi, artis otai Hollywood ini meninggal dunia pada tanggal 13 Mei lalu akibat radang paru-paru.

Bintang terkenal berusia 97 tahun itu meninggal dunia di kediamannya di Carmel Valley, California, Amerika Syarikat.

Doris Day pernah membintangi lebih 40 filem sejak 1948 hingga 1968 antaranya ‘My Dream Is Yours’ dan juga filem hit 1959 ‘Pillow Talk’ bersama Cary Grant, Rock Hudson dan James Garner.

Menurut Yayasan Haiwan Doris Day, mendiang berada di dalam keadaan kesihatan yang sangat baik untuk usianya, sehinggalah baru-baru ini beliau mengalami penyakit paru-paru serius, yang mengakibatkan kematiannya.

Doris Day atau nama sebenarnya Mary Ann Von Kappelhoff dilahirkan pada 3 April 1922 di Cincinnati, Ohio.

Artis berwatak 'gadis sederhana' itu juga terkenal dengan lagu "Que Sera, Sera...What Will Be... Will Be.."

Bintang serba boleh itu menjadi antara pelakon terlaris Hollywood dan muncul dalam perlbagai genre filem termasuk komedi, muzikal, suspens dan juga filem 'koboi'.

Khabarnya mendiang tidak mahu sebarang upacara pengkebumiannya diadakan mahu pun meletakkan batu nisan pada pusaranya.

ANTARA empat filem lakonan Doris Day (dari kiri atas) 'My Dream Is Yours', 'Pillow Talk', 'Calamity Jane' dan 'The Man Who Knew Too Much'. Pix Kredit:Paaramount Pictures.


Selamat Tinggal Doris Day...

Tiada ulasan: