Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ROZITA CHE WAN PERLUKAN ANDA. KENAPA AGAKNYA?


Industri telekommunikasi di Malaysia  memperlihatkan ada lebih kurang 140 telefon bimbit berbanding 100 orang penduduk, malah laporan tahunan SKMM menunjukkan penggunaan telefon bimbit telah  bertambah dari 43 juta pengguna kepada 50 juta pengguna dalam tempoh setahun pada 2016/2017.

Ini bermakna hampir setiap penduduk dewasa secara kasarnya menggunakan lebih dari satu telefon. Betul tak?

Ya… Kak Fas akui bahawa Kak Fas pun mempunyai dua telefon bimbit haha…

Tetapi yang lebih penting apabila ada dua telefon tentulah perlu melunaskan pembayaran bil telefon setiap bulan betul tak? Jika gagal bayar.. kena potonglah jawabnya.

Dan Kak Fas yakin dengan wujudnya pelbagai jenama telco di pasaran setiap pengguna mahu mencari yang terbaik malah lebih penting yang menawarkan skim terbaik samada secara bil atau prabayar.

Jika korang masih tercari-cari satu kad pra bayar yang mampu menjana pendapatan sekali gus barangkali boleh mencuba menggunakan kad sim yang baharu dilancarkan iaitu ‘Glamour My Prepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan’.

Apa istimewanya kad sim ini?

Sebagai Brand Partner sekebriti kepada My International Mobile Sdn Bhd  yang mengeluarkan jenama MyPrepaid, Rozita Che Wan menawarkan peluang kepada peminatnya untuk menjadi usahawan atau pengedar  kepada produk eksklusif tersebut.

Pengguna yang membeli kad bernilai RM10 ini mendapat kredit percuma bernilai RM5 untuk  SMS dan Data yang mempunyai liputan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“ Ia juga menawarkan beberapa kelebihan berbanding kad prabayar yang ada dalam pasaran,” tambah Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta pada majlis pelancaran kad sim berkenaan di Hotel Royal Chulan Damansara baru-baru ini.

Turut hadir Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif My International Mobile Sdn Bhd, Encik Mohd Fadillah Mat Said.

Korang mesti nak tahu lagi kan apa kelebihan kad sim glamour ini berbanding yang korang guna sekarang ya tak? 

Kalau lebih menarik tawaran yang diberikan apa salahnya tukar je ke My Prepaid ini ya tak?

Jadi sebelum buat keputusan lanjut check  this out:

Kelebihan Kad Sim Glamour Edisi Eksklusif Rozita Che Wan:

Ia menawarkan pelan harga super jimat yang memberikan 3x ganda lebih masa berbual berbanding dengan kad lain dalam pasaran. Selain itu:

(a) Caj Panggilan adalah 12.5 sen dengan blok 30 saat, 10 sen untuk SMS dan 10sen/MB untuk data Pay As You Use.
(b) Setap tambahnilai akan menerima KREDIT PERCUMA secara berganda.
(c) Setiap RM10 tambahnilai akan digandakan secara percuma oleh syarikat. Ini menjadikan jumlah kredit keseluruhan yang mereka terima adalah sebanyak RM20. Nilai maksima tambah nilai adalah RM50 di mana korang berpeluang memiliki keseluruhan kredit sebanyak RM100.

Pengguna boleh memilih pelan langganan harian, mingguan atau bulanan mengikut keperluan masing-masing tanpa perlu risau dengan terma dan syarat yang mengelirukan.

Malah ada Perlindungan Takaful kemalangan peribadi percuma lagi untuk pengguna berusia 13 hingga 70 tahun termasuk warga asing.

Di samping itu, setiap ringgit tambah nilai akan ditukarkan kepada mata ganjaran dan boleh ditebus dalam bentuk baucer barangan untuk ditukarkan kepada lebih 35 outlet di seluruh negara seperti KFC, Mydin, Starbuck, Coffee Bean dan banyak lagi.

Wah! Nampak menarik kan tawaran MyPrepaid Glamour Edisi Eksklusif Rozita Che Wan ini?

Bagi mereka yang nak tambah pendapatan dan jadi usahawan kad sim ini pula boleh membuat permohonan cepat sebab peluang sertai program usahawan ini hanya terbuka kepada 500 pendaftar terawal sahaja.

Menurut Che Ta, yang berminat menjadi agen cuma perlu membayar sebanyak RM3,888.

“Mereka perlu membuat pembayaran penuh pada 11 May 2019 dalam satu majlis dan seterusnya akan ditempatkan dalam program pembangunan usahawan pada hari yang sama,” tambah Che Ta di mana kesemua mereka akan dibekalkan dengan alatan pemasaran yang diperlukan.

Tetapi tentu nak tahu juga kan apa ganjaran kepada usahawan?

Mereka yang mendafar  dan menjelaskan kesemua pembayaran akan menerima:

  1. 30 unit Kad SIM Glamour MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan
  2. Akses VIP kepada sistem Vendor MyPrepaid bernilai RM4,890 yang membolehkan mereka melakukan perkara seperti mengaktifkan sim; menjual tambahnilai MyPrepaid; menjual tambahnilai jenama lain talian prabayar di Malaysia; menjual tambahnilai jenama lain talian prabayar di 130 negara lain di dunia dan mendaftarkan agen lain.
  3. Layak menerima Perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi Percuma bernilai RM20,000 dan tambahan skim pengurusan jenazah bernilai RM2,000.
  4. Alat-alat pemasaran seperti buku, brosur, bunting dan buku menu bernilai RM400
  5. Walet tambahnilai bernilai RM100
  6. 1 x baucer diskaun 20% bagi jenama barangan by RCW
  7. 1 x Tiket majlis berbuka puasa bersama Rozita Che Wan bernilai RM250 pada 19 Mei 2019
  8. 1 x Tiket cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM100,000.
Wow! Menarik tak?

Jika berminat nak jadi usahawan bersama Che Ta boleh daftar di laman web  INI bermula sekarang hingga 10 Mei depan.

Jangan lambat…. nanti ‘putih mata’ pulak.

Info lanjut hubungi:

My InternaFonal Mobile Sdn. Bhd
Aras 1, B1-1-1, 
Gaya Commercial Center, Jalan Taman Pusat Bandar Melawati, 53300 Kuala Lumpur. 
Telefon: +603 4101 2648 
WhatApps : +601138 902 561
Atau emel ke  info@myprepaid.com.my  atau facebook myprepaid dan Instagram myprepaid.official 

Tiada ulasan: