Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NR RAI 30 ANAK YATIM, DOA SELAMAT BUAT ANZALNA


Dalam tempoh lebih sebulan, Kak Fas rasa dah tiga kali hadir ke majlis anjuran MISB Sdn Bhd, pengeluar rangkaian produk herba Nona Roguy atau yang kini disebut dengan dua abjad sahaja iaitu "NR".
Kali pertama ketika menampilkan pelakon Anzalna Nasir sebagai duta NR sempena 'rebranding' jenama Nona Roguy kepada NR berkenaan. Sila klik INI.
Kali kedua pula sewaktu Anzalna mengumumkan jantina bayinya serta pelancaran set penjagaan bayi OMMEY  dan terbaharu majlis IFTAR NR bersama Anzalna serta anak-anak yatim serta pihak media di adakan di Dewan Tun Hussein Onn B, PWTC baru-baru ini.

Kredit: Hazrul Utusan online.

Pada kali ketiga itu, Kak Fas tiba agak lewat memandangkan terpaksa terlebih dahulu hadir ke majlis lain pada hari dan waktu sama namun disebabkan mengenali Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hidzir Syed Agil Barakbah (yang pernah berjiran di Pantai Hillpark), Kak Fas gagahkan juga kepergian walau pun telah menghantar wakil terlebih dahulu.
Setibanya Kak Fas majlis masih berlangsung dengan ucapan ringkas daripada Syed Hidzir yang memberitahu, majlis Iftar NR merupakan julung kalinya diadakan bertujuan mengeratkan hubungan keluarga besar pengeluar itu dengan para stokis.

“Majlis ini berbeza kerana kebiasaannya kita akan memperkenalkan produk baharu, namun sempena bulan mulia ini kita mahu menyambutnya bersama anak-anak yatim. Kita juga tidak mahu berbincang mengenai bisnes," ujar Syed Hidzir.
Tambah beliau, majlis sebegini akan terus disambut setiap tahun pada masa akan datang sebagai tanda penghargaan kepada semua yang menyokong kejayaan NR terutama golongan media.
Majlis seterusnya menyaksikan sumbangan duit raya kepada kira-kira 30 anak yatim daripada dua rumah iaitu  Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad dan Pusat Jagaan Suci Rohani.
“Saya memanjat rasa syukur kepada Ilahi atas kemajuan dan pencapaian NR sehingga ke hari ini dan mendoakan semoga perkongsian sumbangan ikhlas kepada anak yatim ini dapat sedikit sebanyak menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti,” ujar Syed Hidzir.
Dalam pada itu, NR turut tidak ketinggalan mengadakan doa selamat khas buat dutanya, Anzalna yang bakal melahirkan anak lelaki sulongnya bulan Jun depan. Beliau turut ditemani suaminya, Muhamad Hanif Mohamad Zaki.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan