Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MYLEA LANTIK CHE TA JADI DUTA, SASAR RM50j JUALAN SEPANJANG 2021




BILA kita letakkan hak dia sebagai keutamaan kita, dia pun akan meletakkan rezeki kita sebagai keutamaan dia,’ satu kata mutiara semangat yang menjadi pegangan pengasas produk MyLea,  Puan Amylia Farhana dalam menjalani pahit manis dunia perniagaan.

Bagaikan bulan jatuh ke riba ibaratnya, begitulah yang tidak pernah dibayangkan Amylia dan suami tercintanya, Encik Mohd Fakhrul Razi Jamaluddin yang kini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Amylea Group Sdn Bhd., apabila dalam tempoh 8 tahun berjaya mencipta kegemilangan bukan sahaja kepada diri mereka serta keluarga malah mampu melahirkan kira-kira 15 orang jutawan.


Wow! Ramai tu… adakah anda yang sedang membaca ini salah seorang daripadanya?


Apa pun yang pasti daripada berniaga kecilan di pasar malam, pasangan usahawan 30an ini sudah mampu senyum lebar apabila tempoh PKP yang dikuatkuasakan Kerajaan merupakan satu ‘hikmah’ bagi mereka.


“Hampir kesemua jemaah dan ‘fighters’ MyLea memperoleh jualan sehingga 10 kali ganda sementara syarikat pula peroleh jualan mencecah RM21 juta,” ujar Amylia sewaktu ditemui pada majlis memeterai perjanjian bersama selebriti kegemaranya, Rozita Che Wan sebagai duta produk MyLea di sebuah hotel terkemuka  di Kuala Lumpur baru-baru ini. 




Perjanjian bersama pelakon yang mesra disapa Che Ta itu berkuatkuasa selama tempoh setahun walaupun menurut Amylia pihak syarikat merancang untuk mengikat Che Ta  sambung kontrak selama 2 tahun lagi namun belum ada kata putus.


‘Che Ta menjadi pilihan saya sebab saya suka tengok penampilannya yang setiasa cantik, tak pernah tak cantik, Lagi pun produk MyLea memang difokuskan kepada wanita berusia 30 tahun ke atas dan Che Ta memenuhi kehendak produk,” tambah Amylia yang rasa bangga mendapat persetujuan artis idolanya itu.


Pun begitu, bagi isteri kepada pelakon Zain Saidin yang turut hadir menemaninya, Che Ta bukanlah mudah untuk bersetuju dilantik menjadi duta jika tidak melihat terlebih dahulu kesannya terhadap kulit.

“Tau tak sebelum kami terima nak jadi duta apa dulu yang kami mahu?” tanya Che Ta membuka persoalannya kepada kira-kira 100 tetamu yang hadir.


Kedengaran ada yang mengusik dengan melaung ‘duit’  diiringi ketawa khalayak yang hadir …haha …namun Che Ta yang dikenali sebagai seorang artis yang suka bersenda gurau menepis dengan kata-kata gurauan juga.


‘Tentulah produk, kami kena tahu produk ni berbahaya atau tidak pada kulit dan kesannya. Jadi kami bagi dulu pada ibu untuk cuba sebab dia ada jeragat, kira ibu lah menjadi ‘kambing hitam’ kami,” sekali lagi Che Ta bergurau membuatkan suasana majlis semakin riang.


Tambahnya, selepas melihat keberkesanan produk pada kulit wajah ibunya dalam tempoh 14 hari, barulah Che Ta yakin produk yang dikeluarkan dari syarikat yang sudah bertapak lapan tahun dalam industri kecantikan boleh dipercayai.


“Latarbelakang syarikat pun kukuh malah saya tengok depa banyak menang anugerah dan produk-produk yang dihasilkan pun kandungannya selamat serta menepati piawaian SIRIM,” ujar Che Ta dalam loghat Kedahnya.



Jenama Mylea  telah memenangi anugerah Asia Pacific Super Health Brand selama 4 kali berturut-turut sejak 2018 manakala terbaharu, Amylia bakal menggenggam sebuah lagi anugerah dalam SME100 Awards 2020 yang katanya majlis penyampaiannya akan diadakan tidak lama lagi.


Begitulah hikmah yang diperoleh MyLea walau pun negara berdepan pandemik COVID19 dan ramai usahawan terkesan namun beliau bersyukur kerana sebaliknya pula yang AllahSWT aturkan buat perniagaannya.


Malah beliau sendiri tidak menduga daripada berniaga kecil-kecilan di pasar malam yang dipikul suami sambil mengharungi pelbagai cabaran suka duka impian mereka untuk menghasilkan produk tersendiri dimakbulkan.


Tetapi biasalah, setiap perjalanan menuju kejayaan itu  ada tangga-tangga kesukaran yang perlu dilangkah malah selepas Amylia mengambil keputusan berhenti kerja untuk memberikan tumpuan terhadap jenama sendiri, beliau tidak terlepas dihimpit pelbagai komen negatif.


"Saya dicabar oleh bekas majikan yang saya tidak akan berjaya dengan jenama sendiri," cerita Amylia yang berani berhenti kerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah hotel bagi merealisasikan impiannya bersama suami.


Tidak mahu terperangkap dengan kata-kata negatif, Amylia dan suami terus bekerja keras sehingga terhasilnya  6 produk khusus buat mereka yang mengalami masalah jeragat, jerawat dan kulit kusam  dengan sokongan kajian daripada doktor pakar kulit.


Memilih kandungan daripada bahan terbaik untuk rawatan masalah kulit yang diimpot dari empat negara - Kanada, Itali, Amerika Syarikat dan Korea maka terhasilnya MyLea.


Kenang Amylia, ada ketikanya pada awal beliau memperkenalkan MyLea, sambutan amat dingin almaklum produk baharu yang belum ada testimoni ramai.


"Saya terpaksa bagi 200 unit percuma daripada terbuang kerana takut tamat tempoh penggunaannya," jelasnya.


Namun Allah itu maha kaya, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Ekoran daripada pemberian percuma itu, setiap pengguna yang menerimanya mendapati  produk MyLea cukup berkesan.


"Dari situlah MyLea mula mendapat perhatian dan kemudian 'repeat order' daripada pengguna," cerita Amylia yang membahasakan dirinya Amy sahaja dengan Kak Fas


"Niat saya bukan sahaja mahu membuktikan produk tempatan setanding jenama antarabangsa bagi menyelesaikan masalah kulit  tetapi mahu turut membantu suri rumah yang tiada pekerjaan memperoleh pendapatan  meringankan tanggungjawab suami," tambah Amylia. 



Selain tumpuan diberikan terhadap set yang bakal dipromosikan Che Ta iaitu 'MyLea Freckles Serum' dan 'MyLea Freckles Bar' turut disediakan produk terdahulu seperti 'MyLea Foundation', 'MyLea Moisturizing Lipmatte'. "MyLea Pore Invisible Primer' dan 'MyLea Lip Scrub'.



Ternyata apa yang diniatkan dimakbulkan waima MyLea berjaya mendapat sambutan hangat dan terjual sehingga 500,000 unit sekali gus menembusi pasaran luar sehingga ke Singapura, Brunei, Indonesia dan Arab Saudi.


Hanya melalui jualan secara dalam talian oleh jemaah dan fighters MyLea, syarikat kini mampu pula membayar zakat sehingga RM400,000, satu angka terbesar sepanjang tahun negara diperangi COVID-19.



Pendekata,  dengan hanya bermodalkan RM150 berserta 'starter kit' dengan diberi potongan 40% bagi jualan, barisan 500 jemaah MyLea/Fighters yang ada mampu memperoleh keuntungan berlipat kali ganda.


Sebenarnya, inilah pertama kali sepanjang membuat liputan perniagaan  yang melibatkan jualan menggunakan ejen, Kak Fas berdepan dengan ayat 'jemaah' dan 'fighters'. 


Iya lah selalunya 'jemaah' kan disebut untuk mereka yang mengerjakan Haji/Umrah manakala 'fighters' pula bermaksud pejuang. Tetapi inilah dua perkataan yang digunakan dalam bisnes syarikat Amylea.


  Foto kredit: Instagram @mylea_hq.


"Agak unik" fikir hati.


Menjelaskan maksudnya, menurut Amylea, 'jemaah' digunakan bagi membayangkan golongan ejen-ejennya manakala 'fighters' lebih tertumpu kepada ejen yang mengambil initiatif membuat pengiklanan produk sendiri melalui billboard atau platform iklan lainnya.


Kreatif kan, bahasa halus yang digunakan untuk setiap ejennya?


Bercerita lanjut, dengan kolaborasi bersama Che Ta, Amylia yakin dapat syarikat bukan sahaja dapat kembangkan perniagaan tetapi mampu menyelesaikan lebih ramai lagi wanita mahu pun lelaku yang berdepan masalah jeragat/jerawat dan kulit kusam.



"Wajah Che Ta akan menghiasi papan papan iklan sepanjang lebuh raya seluruh negara tahun ini malah MyLea akan menjalankan promosi berlipat kali ganda bagi mensasarkan RM50 juta pendapatan untuk tahun 2021 ini," harapan Amylia.


Mengakhiri pertemuan santai bersama wanita berasal Terengganu ini, Kak Fas dapat merasakan kekuatan energi pada dirinya yang mesra, riang dan mudah didekati walaupun pertama kali berjumpa, merupakan pakej yang merangkumi seorang usahawan wanita berjaya  yang tidak kenal erti putus asa.



Wajahnya yang lembut dan ayu memancarkan keperibadiannya waima dilihat kemesraan yang terjalin antaranya dam jemaah/fighters yang turut hadir memeriahkan majlis bersejarah MyLea cukup mantap ikatannya bagikan satu keluarga besar gayanya.


Tidak hairanlah Amylia mendapat kejutan jambangan bunga dan  hadiah meraikan hari jadinya walaupun 'belated'.

 


Tahniah MyLea! Jika ada yang nak jadi jemaah atau fighters syarikat masih membuka peluang tersebut kata Amy. Info lanjut layari laman rasminya DI SINI.


#MyLea #RozitaCheWan #NiagaOnLine #AmyleaGroupSdnBhd #RawatJeragat



12 ulasan:

Salina Yusof berkata...

Hai, ina one of Jemaah Mylea🥰

Nak risik risik produk Mylea ataupun nak jana kewangan bersama Mylea buleh wasap ina okey

wasap.my/60145418443/7harihilangjeragatbuleh

#codtemerlohmentakab #postageeveryday

nurul aqidah azahar berkata...

bagus jugak che ta. yelah nak jadi duta produk ni bukan boleh main setuju je. takut kang produk tu tak berkesan. jadi salah die jugak nanti

Bae Roslan berkata...

cantik sungguh la che ta ni. sesuai sangat jadi duta produk mylea

Cik Min berkata...

Macam bagus je amik Che Ta jadi duta sebab Che Ta memang lawa tambahan walaupun dah berusia dia pandai jaga kecntikan..maintain je so sesuai la hehe

Ummi | Ummi Goes Where? berkata...

Betul la, Che Ta ni memang sentiasa cantik, tak pernah tak cantik. Dan boleh dipuji juga usaha dia untuk pastikan dulu produk tu betul2 bagus baru dia setuju jadi duta.

Sis Lin berkata...

Semakin maju Mylea ni, lama dalam menapak dah kan.. ni Che Ta jadi duta, lagi laaa tambah keyakinan orang nak mencuba produk Mylea ni..

Kitkat Nelfei berkata...

Wow sasaran yang sangat tinggi tapi for sure no hal kan.. Che Ta as duta kot.. plus dengan izinNya sure boleh punya... (Y)

Nadia Johari berkata...

Betul la tu, nak terima jadi duta kene tengok berkesan ke tak prpduk tu. Kang takut tipu org. Mesti jeragat mak che ta dh takde.. Menarik..alhamdulillah waktu pandemik jualan semkain laris.. Tengoknbotol pun cntik..

Rolling Grace berkata...

omg she is so pretty! i am sure she will the perfect ambassador for the brand with her beauty and wits

Aerill Hassan berkata...

Che Ta memang sesuai jadi duta produk. Semoga jenama Mylea akan semakin berkembang dengan terlantiknya Che Ta sebagai duta, mempopularkan lagi jenama ini. :)

Farhana Jafri berkata...

Cantiknya lah Che Ta ni even style dia pun letops. Memang sesuai sangat lah jadi duta kosmetik. Semoga brand Mylea makin dikenali

Sunshine Kelly berkata...

Tahniah Che Ta menjadi Duta Mylea, memang Che Ta sentiasa nampak cantik dan berseri seri.