Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI VIU PERCUMA TIGA BULAN, LANGGAN ASTRO ULTRA BOX


ADA KAH
anda pelanggan ASTRO yang masih belum mempunyai Ultra Box atau pun sudah memiliki kedua-duanya atau pun masih belum melanggan Astro tetapi ada perancangan untuk memilih Astro sebagai saluran tv di rumah?


Dalam mana kategori anda berada sekali pun, anda kini mempunyai satu lagi pemilihan tambahan apabila ASTRO yang sudah berkolaborasi bersama VIU menawarkan akses kepada aplikasi itu yang dipenuhi dengan hiburan Asia


Cuma anda perlulah bertukar kepada Ultra Box bagi membolehkan anda menikmati Viu di pelbagai skrin untuk rancangan popular termasuk drama Korea Taxi Driver 2 dan Delivery Man, serta rancangan lain termasuk drama Thailand dan Indonesia, siri Viu Original, rancangan variasi Korea dan banyak lagi kandungan-kandungan tempatan yang akan datang.


Sebagai sebahagian daripada pengalaman baharu Astro berkenaan dan sempena. sambutan pelancarannya, Astro juga memberi akses PERCUMA ke Viu Premium kepada semua pelanggan Ultra Box sehingga 8 Jun 2023



Para pelanggan boleh strim rancangan seperti Nenek Bongkok Tiga, The Secret Romantic Guesthouse, Bilik Tepi, Return Man, Mantan Tapi Menikah dan Boys Planet melalui Ultra Box mereka atau on-the-go melalui aplikasi mudah alih Viu.


“Sebagai penambahan terbaharu kepada platform Astro baharu kami, Viu akan menambah lagi kedalaman dan keluasan kandungan untuk para pelanggan kami yang kini mempunyai akses kepada lebih 90,000 rancangan menerusi On Demand serta lapan aplikasi premium. Dengan sukan antarabangsa dan tempatan terbaik yang bersiaran secara langsung, kandungan hit Astro Originals, rancangan premium antarabangsa dan serantau serta kandungan signatures Astro kegemaran semua, kami yakin Viu akan mengukuhkan kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan untuk rakyat Malaysia dengan drama-drama Korea yang meluas dan siri original," ujar Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario pada majlis pengumuman kolaborasi Viu bersama Astro di ibu pejabat ASTRO di Bukit Jalil baru-baru ini.


Turut hadir Pengarah Pembangunan Viu Malaysia; Juliana LowSteven Lim, Ketua Pemerolehan Kandungan dan Pengaturcaraan Viu Malaysia; Penerbit Alter-naratif; Alia Ramly;  Penerbit W: Two Worlds, Zurina Ramli dan pelakon 'Alter-naratif' Lyana Jasmay serta Siti Khadijah, pelakon Dear Karma.



Penambahan menarik Astro ini membawa kesinambungan kepada barisan aplikasi penstrimannya yang kukuh termasuk Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, BBC Player, TVBAnywhere+ dan beIN SPORTS CONNECT


Dengan matlamat untuk membawa lebih banyak hiburan dari seluruh dunia untuk dinikmati para pelanggan, Astro juga akan memperkenalkan Zee5 dan banyak lagi aplikasi kepada platformnya tidak lama lagi, jelas Agnes (kanan).



Menyambut baik kolaborasi yang dimeterai,  Janice Lee (kiri) berkata:


“Kami sangat teruja melancarkan kerjasama ini bersama Astro. Kerjasama ini mampu meluaskan kecapaian penonton untuk kedua-dua pihak di serata Malaysia. Dengan capaian meluas dan pangkalan pelanggan Astro yang utuh serta komitmen berterusan daripada Viu terhadap kandungan-kandungan untuk para penonton Malaysia, kerjasama ini adalah penting untuk memajukan peningkatan pengguna dan penglibatan bagi kedua-dua perkhidmatan. 


'Kami teruja untuk melihat para pelanggan Astro menjadi Viu-er baharu yang akan menikmati kandungan-kandungan kami dari seluruh Asia dengan drama seperti Viu Original Malaysia yang sedang trending, Nenek Bongkok Tiga dan Viu Original Korea, Taxi Driver 2 dan Delivery Man.”



Para pelanggan Astro boleh mula strim semua rancangan kegemaran mereka di Viu dengan membuka aplikasi tersebut di Ultra Box mereka. 


Selain itu, mereka boleh klik “Pair Account” dan ikuti langkah yang tertera di skrin untuk log masuk dengan ID mereka atau reka ID asas baharu dan pautkan akaun mereka dengan Ultra Box untuk menikmati Viu di laman sesawangnya dan aplikasi mudah alih. 


Kini, para pelanggan boleh menikmati Viu dengan semua peranti mereka malah  boleh terus mengakses Viu Premium dengan menambahnya ke langganan mereka pada tawaran eksklusif selepas 8 Jun 2023, iaitu pada harga RM14.90 sebuulan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang tawaran-tawatan lain boleh  layari www.astro.com.my/viu atau KLIK SINI.

Manakala para pelanggan yang tidak mempunyai Ultra Box dan ingin menebus percubaan percuma ini boleh menaik taraf ke Ultra Box dengan menghubungi Pusat Perkhidmat Pelanggan ASTRO  di 03-9543 3838. 

#ASTRO #VIU #UltraBox $ViuOrginalKorea #LyanaJasmay #SitiKhadijah #fyp 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan