Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GUARDIAN TERBIT VIDEO 'RAYA UNTUK SEMUA' PROMOSI KEHIDUPAN SIHAT DITERAJUI AMY MASTURA & SHAM VISA


DUA
artis veteran, Amy Mastura dan Sham Visa  bersama empat finalis Peraduan Face of Healthy Beauty Guardian 2019 digabungkan dalam sebuah video yang bertemakan ‘Guardian Raya Untuk Semua’.


Empat wajah baharu tersebut terdiri daripada Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi,  yang mana mereka  adalah pelanggan  setia Guardian yang mempunyai testimoni hidup Healthy Beauty - konsep kehidupan yang diperjuangkan oleh Guardian dalam semua acaranya.


“Ini pertama kali saya terlibat dalam video komersil dan memang cabarannya lain daripada lakonan tetapi memang pengalamannya menyeronokkan dan saya harap selepas ini adalah lagi tawaran sebegini,” ujar Sham Visa dalam ketawa kecil ketika ditemui pada majlis tayangan video raya dan berbuka puasa bersama media di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Dan seperti Sham, penyanyi yang sering suka bergurau dalam kata-katanya tidak kurang melahirkan rasa bertuah diberi peluang menyampaikan lagu khas untuk Guardian bersama Sham dan bakat-bakat baharu pilihan Guardian.


‘Bila sesi penggambaran berlangsung Amy dah rasa seperti dah Raya dah apabila suasana yang ditimbulkan cukup meriah menggambarkan keluarga bahagia apatah lagi tujuannya untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan nilai-nilai kekeluargaan, terutamanya di masa-masa berharga seperti Hari Raya,” jelas Amy sambil memberitahu beliau antara pelnggan Guardian yang setia.


Video Raya tersebut menampilkan lagu berirama joget yang rancak oleh Guardian, dibangunkan dengan tema - ‘Keluarga yang ceria bersama, kekal bersama’ (A family that plays together, stays together).


Di sebalik perbezaan mereka, berlainan personaliti dan perangai, apabila seisi keluarga bersatu, mereka teguh ibarat sebuah rumah yang kukuh, saling membantu antara satu sama lain agar hubungan lebih harmoni dan gembira.


Mengulas lanjut Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Angela Teo berkata:  


“Kami turut menggunakan kesempatan ini untuk menyerlahkan peranan Guardian dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dengan membantu mereka berhari raya secara sihat dan bergaya, menerusi tawaran pelbagai produk kesihatan dan kecantikan hebat pada nilai yang lebih baik tahun ini".



Menurut Teo (gambar atas, tengah) Guardian, meraikan kelainan dan kepelbagaian waima ia dicipta untuk semua, tidak kira siapa anda, apa keperluan anda, usia atau jantina.


“Guardian adalah jenama yang memenuhi segala keperluan kesihatan dan kecantikan anda, menyatukan keluarga dan kami akan sentiasa bersama anda,” tambah beliau.


Apa yang menjadikan video Raya kali ini berbeza daripada yang sebelumnya adalah, untuk video Raya tahun ini, Guardian menampilkan empat pelanggan setia Guardian berkenaan.


“Kami sangat berbangga dengan mereka sehingga kami memberikan gelaran ‘Ikon Healthy Beauty’ kepada keempat-empat wanita ini,” jelas Teo.


Untuk membantu pelanggan kekal sihat dan cantik menjelang Hari Raya, Teo turut mengumumkan tawaran ‘Raya Untuk Semua’ Guardian yang menampilkan promosi penjimatan sehingga 50% yang akan bermula di semua stor fizikal dan dalam talian mulai 30 Mac 2023.



Antara tawaran istimewa Hari Raya termasuk:


  • Hadiah Percuma Eksklusif
  • Percuma Beg Penyusun Kecantikan dengan pembelian RM160 dan ke atas
  • Percuma Set Hadiah Pinggan Seramik 3 Keping dengan pembelian RM120 dan    ke atas
  • Percuma Bekas Kaca Meadows dengan Penutup Buluh dengan pembelian RM120 dan    ke atas
  • Belian dengan Belian Air Fryer Mini Eksklusif 1.5L pada RM89 dan jimat 50% (tertakluk terma dan syarat)
  • Percuma Kupon Penjagaan Kulit RM10 dengan pembelian RM80 dan ke atas
  • Percuma Baucar Jenama Penjagaan Kulit bernilai RM118
  • Diskaun 70% untuk barangan kedua untuk produk penjagaan diri terpilih jenama Guardian
  • Percuma Sampul Duit Raya (6s) dengan pembelian RM68 dan ke atas



Di bulan Ramadan yang mulia ini, bulan dimana kita digalakkan untuk berusaha melakukan amalan baik dan kebajikan, pelanggan Guardian juga boleh membantu  kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia dengan membeli mana-mana produk mandian jenama Guardian. 



Untuk setiap liter yang dijual, Guardian akan mendermakan RM0.15 ke tabung yang telah diwujudkan untuk membeli produk penjagaan mandian untuk mereka.


“Jadi, rebutlah tawaran menakjubkan yang telah kami sediakan untuk anda sempena Hari Raya ini. Pastikan anda kelihatan segak, anggun dan sihat apabila pulang menziarahi sanak saudara di kampung di Hari Raya nanti,” akhiri Teo.

Video Hari Raya ‘Raya Untuk Semua’ Guardian boleh ditonton di bawah ini:



Manakala  tawaran ‘Raya Untuk Semua’ Guardian boleh dilihat di www.guardian.com.my dan di aplikasi mudah alih Guardian. 


Nak lebih mudah KLIK INI.


#GuardianMY #GuardianRaya20223 #GuardianRayaUntukSemua #ShamVisa #AMY



Tiada ulasan:

Catat Ulasan