Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SITI KHADIJAH TAMPILKAN KOLEKSI 'RAYA IN V0GUE'


APABILA sebut jenama Siti Khadijah, pertama kali yang Kak Fas bayangkan tentulah telekungnya waima itulah produk utama yang menjadikan Siti Khadijah atau singkatannya SK terkenal ketika ditubuhkan pada tahun 2009.


Pun begitu , selepas 14 tahun mengukuhkan nama di pasaran. SK berkembang dengan pelbagai jenis rangkaian produk termasuk pakaian untuk wanita dan lelaki.


Terbaharu, sempena sambutan Hari Raya tahun ini, SK menampilkan koleksi baju raya untuk lelaki dan wanita dengan tema  eksklusif ‘Raya in Vogue’.


Koleksi 'Raya In Vogue' ini menampilkan lima (5) baju kurung, satu (1) baju Melayu selain jubah wanita.




“Tahun sebelumnya kami ada tampilkan rekaan bercirikan nusantara, klasik dan sebagainya. Tahun ini kami tampilkan elemen yang lebih ‘classy’ namun mengekalkan ciri patuh syariah. 


“Lima (5) koleksi baju kurung kami namakan sebagai Nazrin Kurung Pesak, Azra Kurung Pesak, Alara Kurung Moden, Aylin Kurung Moden dan Zehra Kurung Pahang. Dan setiap koleksi dihadirkan dengan lima pilihan warna. 


“Bagi koleksi lelaki pula kami namakan Daud Baju Melayu, juga dengan lima pilihan warna. Selain itu, ada juga pilihan jubah, tudung sarung, bawal satin dan biasa,” ujar Pengasas Siti Khadijah, Hajah Padzilah Enda Sulaiman ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi ‘Raya in Vogue’ yang berlangsung di ruang legar pusat membeli-belah KL East Mall baru-baru ini.


Menurut beliau, jualan sudah dibuka mulai 15 Mac 2023. lalu.



Turut hadir Pengerusi Kumpulan Siti Khadijah, Shafie Shamsuddin, serta Pengasas Bersama Siti Khadijah, Ir. Aminuddin Mohd Nasir


“Eloklah  rancang pembelian anda dengan bijak, seperti yang dikatakan beli awal tak kalut. Kami tidak menggalakkan orang membeli minit akhir sebelum raya,” tambah Hajah Padxilah.


Koleksi 'Raya In Vogue' yang diperagakan hanya dijual secara fizikal secara terhad di butik di seluruh negara. 


Bagaimanapun, mereka yang ingin mendapatkan koleksi raya ini selain ke butik terpilih, juga boleh membeli menerusi  lebih 600 ‘personal shopper’ berdaftar yang digelar ‘Srikandi’ di seluruh Malaysia. 


Pembelian koleksi ini juga boleh dibuat menerusi laman sesawang www.sitikhadijah.com. atau nak lebih mudah klik  DI SINI.



Kata Padzilah lagi, koleksi tahun ini  yang dijual pada harga di antara RM208 ke RM328 diserlahkan dengan gaya mewah tetapi mengekalkan konsep kesederhanaan dan menikberatkan soal keselesaan, sejajar dengan tagline Siti Khadijah iaitu, ‘Selesa Luaran, Tenang Dalaman’


“Tahun sebelumnya kami ada tampilkan rekaan bercirikan nusantara, klasik dan sebagainya. Tahun ini kami tampilkan elemen yang lebih ‘classy’ namun mengekalkan ciri patuh syariah," ujar Fadzilah


Lebih menarik, peragaan koleksi SK diserikan dengan penampilan dua artis popular lelaki, Edika Yusof dan Arash Mohd yang menggayakan  koleksi lelaki, ‘Daud Baju Melayu’, juga dengan lima pilihan warna.




Malah Vanidah Imran, Kuza selain pempengaruh terkenal di platform digital serta media sosial turut diundang memeriahkan acara dengan berpakaian koleksi ‘Raya in Vogue’.


Selain itu, ada juga pilihan jubah, tudung sarung, bawal satin dan biasa, 


Berkongsi lanjut,  Hajah Padzilah. memberitahu,  SK sedang dalam perancangan untuk mengembangkan jenamanya untuk pasaran global.


“Insya-Allah kami juga enggan statik di dalam negara sahaja tetapi akan meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa. Selain tedapat dua (2) butik di Indonesia, paling terdekat kami bakal melebarkan sayap ke Singapura,” katanya. 


Pendek kata, selain telekung dan produk gaya hidup lelaki dan wanita,  SKi turut terkenal sebagai syarikat pengeluar  pelbagai pakaian kelengkapan haji seperti tudung, stokin tangan, jubah dan aksesori. 


Majlis pelancaran seterusnya dihiburkan lagi dengan persembahan penyanyi Lah Ahmad serta kumpulan Ruffedge yang masih ‘berbisa’.



#SitiKhadijah #RayaInVoque #SK #BajuRaya #KLEastMall #Ruffedge #LahAhmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan