Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PENCALONAN ANUGERAH THE KNIGHTS KINI DIBUKA. 24 KATEGORI DISEDIAKAN MENJELANG JUN


DI MALAYSIA
, jika disebut anugerah yang melibatkan dunia hiburan tentu ramai yang mengetahuinya seperti Anugerah Festival Filem Malaysia, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin dan banyak lagi yang meletop dan mudah kita mendengarnya.


Tetapi pernah kah anda ketahui adanya anugerah yang menggunakan istilah ‘The Knight’? 


Di kepulauan British, England atau Great Britain anugerah kesateriaan ini yang diasaskan oleh Raja George V pada Jun 1917 merupakan darjah kebesaran dikurniakan kepada rakyat jelatanya dengan yang paling tertinggi membawa gelaran ‘Sir’.


Terkini, di Malaysia, Kelab Perniagaan UKnighted akan memperkenalkan Anugerah The Knights 2023 bagi mengiktiraf sumbangan individu atau syarikat cemerlang dalam pelbagai bidang kepada masyarakat dan negara.



Sebanyak 24 anugerah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 'The Duke', 'The Earl' dan 'The Baron' disediakan  dengan kelayakan permohonan tertakluk kepada syarikat yang berdaftar secara sah di Malaysia yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun atau lebih dan mempunyai perolehan tahunan melebihi 1 juta ringgit.


 "Anugerah Knights bukan sahaja simbol syarikat atau individu cemerlang, tetapi juga penggalak pelaburan mampan (ESG), dengan falsafah pelaburan dan penilaian korporat yang memfokuskan kepada persekitaran korporat, tanggungjawab sosial dan prestasi tadbir urus korporat,” ujar Pengasasnya, Dr Zyro Wong merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Knights 2023 pada majlis pelancaran ‘The Knights Award’ bertempat di KL Gateway Vogue Lounge baru-baru ini.



Turut hadir antaranya Naib Pengerusi Koperasi Pasaraya Berhad Dato Isman Norddin; perenang Olimpik, Welson Sim;  usahawan Dato Jonathan Lim, Datin Maylene (Malaysia) dan Kelvin Chan dari Hong Kong;  pereka fesyen terkenal Bon Zainal;  deejay wanita No. 1 Asia, Leng Yein; selebriti Peter Davis serta wakil-wakil daripada jenama terkenal seperti VIVO Malaysia, Gintell, Pusat Perubatan Lifecare dan ramai lagi.



Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh pelakon dan penyampai TVB Hong Kong, Chen Jianwen.


Berkongsi lanjut berhubung kategori anugerah, prosedur pencalonan dan kriteria pemilihan kepada pihak media, Dr. Zyro menjelaskan malam anugerah berkenaan akan menjadi batu loncatan untuk pertumbuhan ekonomi di Asia Tenggara sekali gus mengucapkan terima kasih kepada Penaung Diraja, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah atas sokongan menjayakan acara.


Tengku Razaleigh sempat memberikan ucapan tahniah dan kata perangsangnya terhadap usaha penganjuran 'Anugerah The Knight’ melalui video pada hadirin yang hadir.



“Tujuan mempromosikan Anugerah The Knights adalah untuk bertindak sebagai penghubung antara perusahaan domestik, mengukuhkan pertukaran antara perusahaan dan mencapai situasi menang-menang bagi masyarakat,” tambah Dr. Zyro.


Malam kemuncah 'Anugerah Knights 2023' akan diadakan pada Jun 2023 di sebuah hotel berprestij, The St. Regis Kuala Lumpur. 

 

Pemimpin perniagaan, selebriti, pemimpin pendapat utama (KOL) dan ramai lagi akan hadir pada majlis itu termasuk rakan kongsi media digital rasmi seperti World of Buzz, Lobak Merah dan Noodou.


Bagi mereka yang rasa layak dan ingin menghantarkan pencalonan boleh berhubung dengan Gabriel (Pengarah Komunikasi) di talian +6011-2332 3671.


Malah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Anugerah The Knights 2023, boleh layari www.theknightsaward.com atau lebih mudah klik sahaja DI SINI.




#AnugerahTheKnight2023 #TheSt.RegisKL #KelabPerniagaanUKnighted #Peniaga

Tiada ulasan: