Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

M.NASIR & HATTAN PILIH SABAH, SARAWAK TAMPILKAN JELAJAH KONSERT 'SIFU & AKU 38'


SIAPA tidak kenal dengan sifu muzik terkenal, berasal Singapura tetapi kini dah menetap di Malaysia, Dato M. Nasir, 65 tahun. 


Beliau banyak mencipta lagu-lagu hit yang menaikkan. populariti dan nama penyanyi-penyanyi legenda antaranya Datuk Hattan mahu pun Dato Jamal Abdillah.



Ketiga-tiga mereka pernah bergabung dalam lagu ‘Kepadamu Kekasih’ malah baru-baru ini viral sebuah video lagu yang sama dinyanyikan semula secara santai dan sponton oleh M. Nasir dan Hattan ketika diundang dalam set  sitkom ‘Sepahtu’ yang disiarkan di saluran Astro Warna.


Rata-rata netizen yang menonton video diviralkan oleh penama @rayhanburhan itu tersentuh dengan nyanyian bersahaja mereka.


Ada yang kata, ‘Bila legend nyanyi…duduk je… dah remang bulu roma aku bila dengar dia orang nyanyi live…’ (@Meor Mohd).


Definasi seorang lelaki’ komen pula @Sith  sambil @iNana dalam balasan twitternya berkata, ‘orang legend menyanyi! Suara menyanyi dah gaya borak borak dengan member je sambil duduk duduk ngopi ngopi, Tapi sedap teruk!


Begitu antara komen-komen netizen terhadap Sifu M.Nasir dan anak didiknya, Hattan.


Dan jika anda rindukan nyanyian mereka berdua tentunya perkhabaran baharu ini dinanti-nantikan.


Iya... M.Nasir dan Hattan akan buat julung kalinya bergabung di atas satu pentas pada konsert yang dinamakan ‘Sifu & Aku 38’ yang bakal berlangsung pada 25 Mei 2023 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Sarawak dan 1 Jun 2023 di Sabah International Convention Centre.


Laa dah kenapa jauh sangat tu Sifu?


“Sudah banyak konsert saya buat di Kuala Lumpur. Jadi kali ini nak buat pembaharuan sedikit dengan mendahulukan konsert di Sabah dan Sarawak terlebih dahulu,” ujar M Nasir pada majlis pelancaran konsert  ‘Aku & Sifu 38’ baru-baru ini yang turut dihadiri Hattan dan pihak penganjur, Westzone Entertainment (M) Sdn. Bhd diwakili pengarahnya. Aiman dan rakan penganjur, GC Productions. 



Bayangkan apabila Hattan pula menyambung kesaktian tersebut dengan karya-karya sentuhan sang Sifu dan miliknya seperti Memburu Rindu dan Mahligai Syahdu, Konsert ‘Sifu & Aku 38’ adalah sebuah pementasan yang tidak layak dilepaskan. 


"Semua maklium yang  M Nasir adalah guru saya. Saya mengimpikan konsert ini sejak lima tahun lalu dan baru tahun ini dapat merealisasikan, jadi kami mulakan di Sabah dan Sarawak, “ ujar Hattan yang menganggap konsert terbaharunya ini adalah satu epik dalam dunia senia bagi kerjaya dan figura yang dihormati.


Sambung pemilik nama sebenar, Mohd Shukri "Hattan" Shahbudinsebelum ini, kita tengok adik-beradik buat konsert seperti Anuar Zain dan Ziana Zain, jadi ini adalah sesuatu yang baharu untuk industri muzik sekali gus membuktikan banyak mana lambakan penyanyi luar, penghibur tempatan mempunyai ruang eksklusif yang tidak pernah terbuang dan dilupakan peminat.


"Semua terbabit dalam konsert ini juga adalah mereka yang banyak bersama kami sepanjang perjalanan muzik. Kami akan mempersembahkan lebih 20 lagu. Ini juga bukan sekadar konsert, tetapi penonton akan dapat melihat persembahan yang penuh dengan penjiwaan," tambah Hattan yang bakal menyampaikan lagu-lagu hitnya serta secara duet termasuk lagu Kepadamu Kekasih, Sekuntum Mawar Merah, Apokalips dan Hati Emas.


Foto-foto kredit: bharian.com.my & utusan.com.my


Jadi untuk mengetahui keunikan yang bakal ditampilkan beliau mengajak penonton hadir beramai-ramai memandangkan ia juga adalah sejarah pertama dalam industri muzik yang menggabungkan sifu dan anak murid atas satu pentas sama.


Benar...sebelum ini mana ada konsert yang menampilkan dua pesohor, dua seniman, dua sinergi di dua lokasi yang paling dinanti, tetapi berkongsi pentas nan satu khusus buat penggemar mereka bukan sebuah projek yang mudah dilaksana. 


Dan  sudah tentunya untuk memastikan konsert pada 25 Mei (Sarawak) serta 1 Jun (Sabah) terlaksana dengan kemas, ada banyak perkara yang perlu diperhalusi oleh pihak penganjur dan produksi. 


Bukan dari segi ego sang pelaku seni tetapi secara teknikal yang mesti mempunyai kelas tersendiri, kerana itu tanggungjawab ini diberi galas kepada GC Productions Sdn. Bhd. 



“Ini adalah cabaran kami di pihak penganjur iaitu memastikan Konsert ‘Sifu & Aku 38’ punya kelas tersendiri dari segi aspek teknikal seperti jalan persembahan, bunyi dan hal-hal belakang tabir. 


“Hal ini kerana kedua-dua figura yang kami gabungkan iaitu M.Nasir dan Hattan mempunyai aura yang sangat kuat dan mampu membuatkan para penonton yang hadir kelak untuk sama-sama merasai aura yang sama. Jadi untuk memastikan kolaborasi ini sempurna, teknikal perlu sama hebat dengan penghiburnya,”ujar Aiman. 


Justeru itu penganjur berjanji apa yang disajikan lewat Konsert ‘Sifu & Aku 38’ berbaloi dengan penantian peminat dan aura yang dipancarkan oleh M. Nasir dan Hattan sendiri. 


“Peluang yang ada jangan disia-siakan,” ujar Aiman.


Dalam pada itu, melihat pada angka ’38’ yang terselit dalam nama konsert “Sifu & Aku 38’  tentu ada yang tertanya-tanya apa simboliknya?


“Lihat kepada angka 38 tahun perjuangan sahaja sudah menjawab mengapa penghibur seperti kami terus relevan dan ‘boleh makan’ lagi,


“Ini juga sekaligus membuktikan banyak mana lambakan penyanyi luar, penghibur tempatan mempunyai ruang eksklusif yang tidak pernah terbuang dan dilupakan peminat.,” jawab Hattan.


Jadi tunggu apa lagi?

Untuk menyaksikan Konsert ‘Sifu & Aku 38’ i kedua-dua venue bermula jam 8.30 malam anda boleh menemph tiket-tiket dengan harga serendah RM188 (Cat 5), RM288 (Cat 4), RM388 (Cat 3), RM488 (Cat 2) dan RM1,000 (Cat 1 ) boleh dibeli menerusi laman web www.myticket.asia atau hubungi talian +603 8605 0195 atau dapatkan maklumat di Hotline +6012 649 7240.  

#Sifu&Aku38 #MNasir #Hattan #Sabah #Sarawak #WestZoneEntertainment


Tiada ulasan:

Catat Ulasan