Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIAPA WAKIL MALAYSIA KE PERTANDINGAN NYANYIAN i-SING WORLD DI DUBAI 2024?



PERTANDINGAN nyanyian i-Sing Malaysia bakal menghampiri kemuncakya apabila pusingan akhirnya akan berlangsung pada 11 Mac 2023 depan di mana juaranya akan mewakili Malaysia ke peringkat global iaitu i-Sing World 2022 yang dijangka berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Mei.


Di samping itu, pemenang i-Sing Malaysia berpeluang juga merakamkan sebuah  lagu "single" dengan pengarah muzik terkenal Malaysia, Balan Raj.


Dan menariknya, memandangkan persaingan akhir diadakan di Malaysia, negara mempunyai pilihan untuk menghantar peserta tambahan bagi setiap kategori bagi bertanding di final dunia sebagai penyertaan ‘wild card’ yang terbuka kepada peserta serendah usia 6 tahun.


“Selain daripada prestij memenangi i-SiNG World, terdapat juga hadiah wang tunai untuk pemenang antarabangsa, bersama-sama dengan penerbangan berbayar untuk menghadiri pusingan akhir dunia seterusnya di Dubai pada 2024,” ujar Presiden i-Sing Malaysia, Michael Samy pada sidang media I-Sing World yang berlangsung di Atria Shopping Mall baru-baru ini.


Turut hadir Pengasas Bersama dan Presiden i-Sing Word, Yuro James Tee; Penasihat i-Sing Malaysia, Romli Bidin; Produser i-Sing India & Ahli Lembaga i-Sing Dunia, Savio D’Sa; Produser Sedunia Hong Kong & Ahli Lembaga Pengarah i-Sing Dunia,  Sammy Wong dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Dunia i-Sing, James T.


DUDUK dari kiri: Sammy Wong, Savio D'Sa, Michael Samy dan James T manakala gambar bawah Michael memperkenalkan Romli Bidin (tengah) dan Hj Kamal.


Bersama mereka memeriahkan majlis adalah pemenang pertama dari Malaysia  di i-Sing World 2018 yang berlangsung di kota Paris, iaitu penyanyi yang sedang meningkat naik kini, Syafeeq Ikhwan.



Pertandingan terakhir yang melibatkan lebih kurang 40 buah negara  akan berlangsung di Hotel Royalr Chulan Damansara di Mutiara Damansara dan dijangka disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen antarabangsa dari Asia, Eropah dan Amerika Utara.


Untungnya di Malaysia,  jika ada yang berminat untuk memeriahkan majlis boleh hadir dengan pembelian tiket melalui laman web rasmi dan juga di depan pintu tertakluk kepada kekosongan. 


Tiket adalah pada harga nominal termasuk makan malam, jadi untuk tidak 'putih mata' kerana kehabisan tiket boleh membuat tempahan awal ya.


“Inilah masanya untuk rakyat Malaysia datang dan saksikannya sendiri, bukan sahaja tentang nyanyian seperti American Idol atau Malaysian Idol tetapi penonton berpeluang melihat nyanyian yang dipersembahkan  oleh finalis seluruh dunia dari sudut pelbagai budaya yang dibawa di mana kesemua mereka akan berpakaian yang melambangkan negara peserta masing-masing, Inilah keunikan i-Sing World,’ sambung Savio D’sa sambil memberitahu peserta sanggup berbelanja hampir sekitar AS$300 untuk pakaian sahaja.


Menurut beliau, pertandingan akan diadili oleh dua juri selebriti tempatan iaitu kompoer terkenal RTM, Datuk Mokhzani Ismail serta  penyanyi terkenal, Dato Wan Aishah Wan Ariffin manakala seorang juri  antarabangsa masih dirahsiakan namanya.


Info lanjut boleh layari laman facebook i-Sing Malaysia atau klik DI SINI.


ANTARA peserta yang hadir untuk uji bakat di Atria Shopping Mall baru-baru ini.

KAK Fas sempat bergambar bersama tunggak penganjur i-Sing World. Sammy (kiri) dan Savio D'Sa (dua dari kanan)... siapa pakai penutup muka hitam tu?

Artikel berkaitan boleh KLIK SINI.

#iSingMalaysia #iSingWorldDubai #AtriaShoppingMall #PertandintanNyanyian #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan