Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PROGRAM AMAL 'DARI KAWAN UNTUK KAWAN' MERIAHKAN SANTAI@TAR BANTU IBNOR RIZA & ZAITON SAMEON


PERSATUAN KARYAWAN
di bawah pimpinan Datuk Freddie Fernandez ternyata terus menerus membantu golongan artis yang memerlukan bantuan.


Terbaharu demi membantu dua figura ikonik hiburan 80-an iaitu Ibnor Riza dan Zaiton Sameon yang  dirundung malang dan tidak dapat meneruskan kerjaya mereka selaku penyanyi. Karyawan  menganjurkan sesi ‘busking’ secara santai bertempat di Santai@TAR di Tunku Abdul Rahman - berhadapan KAMDAR pada Ahad lalu  ( 19 Mac 2023).



Untuk pengetahuan anda, Ibnor Riza baru-baru ini disahkan mengalami kanser, vocal cord palsy, kencing manis, darah tinggi, migrain dan tahap kolesterol kritikal manakala Zaiton Sameon pula mengalami OKU fizikal selepas disahkan doktor mengalami keadaan dipanggil traumatic brain injuries akibat kemalangan lebih 30 tahun yang lalu.


Bermula dari jam 12 tengahari hingga 5 petang, seramai 25 penghibur seperjuangan berlolaborasi mengadakan  sesi jamming yang dinamakan ‘Dari Kawan Untuk Kawan’ dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan DBKL bagi tujuan kutipan amal.


“Kami rakan-rakan seperjuangan amat bersimpati diatas keadaan yang menimpa Ibnor , rakan sepentas puluhan tahun dan mendapati beliau tidak lagi mampu menyanyi seperti biasa. Dengan demikian kami cuba merealisasikan acara ini dan tak sangka lebih 25 rakan-rakan seperjuangan menunjukkan komitmen untuk membantu didalam persembahan santai ini . Kami tahu beliau amat-amat memerlukan sumber kewangan bagi menampung kos rawatan dan juga kos sampingan . Juga kutipan ini bakal diserahkan juga bagi  membantu Kak  Zaiton Sameon “ ujar Datin Salwa Abdul Rahman yang turut turun padang memeriahkan majlis.


Barisan artis lain yang terlibat terdiri dari Rohana Jalil, Zur Eda, Haiza, Salimah Mahmood , Isma AF , Rizal Ahmad, Azian Mazwan, Rina Eva, Sheeda, Wan Chapters, Syed Aziz, Jaafar Onn , A.Razak Ismail, Helmi Gimmick , B3rtiga Band , Radhi Khalid, Afee Utopia , Dato Malek Ridzuan , Shah Efendy, Aris Ariwatann ,Hasnol GV, Isa Gravity , Nas Adila dan Azmir Arif.


Secara kebetulan pada hari berkenaan Kak Fas yang hadir di kawasan TAR sempat singgah seketika apabila mendengar nyanyian lagu popular Aris Ariwatan, ‘Lamunan Terhenti’ berkumandang.



Memang lagu tersebut membuatkan Kak Fas ‘terhenti’ untuk bersama menyaksikan seketika persembahan sesi jamming yang pada ketika itu selain Aris Ariwatan sempat mendengar nyanyian dari Haiza dan Nas Adila.


PENONTON turut berjoget bersama nyanyian Nas Adilla.


Sejujurnya baharulah Kak Fas teringat adanya program Santai@TAR  ‘Kawan Untuk Kawan’  di kawasan tersebut pada hari minggu berkenaan di mana sebelum ini turut diadakan program jelajah amal untuk Iskandar Spring.


Celoteh pengacara Radhi Khalid ternyata membuatkan ramai yang berada di sekeliling terhibur dengan lawaknya yang spontan sambil menyanyi lagu 'Madu Tiga', mengusik pula penonton malah Radhi yang membawa kotak ‘derma’ sekeliling sanggup  pula berselfie dengan peminatya malah sempat  selfie seketika dengan Kak Fas bila bertembung tanpa dirancang.


RADHI Khalid sebagai pengacara menghiburka penonton dengan lawak spontannya.


Pada ketika jam sudah menunjukkan waktu persembahan sebenarnya sudah tamat melebihi pukul 5 petang namun atas kehangatan sambutan ramai persembahan diteruskan sehingga menghampiri jam 6 petang.


Memang ‘happening’ sepanjang Jalan TAR pada hujung minggu apabila adanya persembahan amal sebegini malah program tersebut tidak kurang membantu menambah pendapatan peniaga kecil di sekeliling.


SAMBIL ibu bapa melayan persembahan, anak-anak boleh duduk seketika untuk dilukis potret karikatuur mereka sekali gus memberi pendapatan pada peniaga sekeliling.


Tahniah Karyawan yang mencetuskan program amal sedemikian semoga dicurahkan rezeki berganda untuk terus beramal membantu ahli-ahli karyawanya.


Namun bagi yang tidak berkesempatan ke Jalan TAR, anda boleh juga membuat sumbangan melalui butiran akaun seperti berikut :


No. Akaun : 3108024130 (Public Bank)

Nama Akaun: Persatuan Karyawan Malaysia .


Semoga tangan yang menghulur diberikan pahala apatah lagi menjelang bulan Ramadan ini memang baik sangat untuk menderma.


Sebarang pertanyaan sila hubungi 0147176276 (Amad).


HAIDA turut memeriahkan suasana program.
HJ Kamal Kasim (kanan) antara ahli utama kuat yang membantu di sebalik program Santai@TAR mahu pun acara lain di bawah penganjuran KARYAWAN.

#Karyawan  #DariKawanUntukKawan #Santai@TAR #ProgramAmal #JomSumbang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan