Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'MEMBURU' CABAR LAKONAN PUTERI SARAH KALA DILANDA MASALAH RUMAH TANGGA. BAKAL DITAYANGKAN DI ASTRO FIRST!


SELEPAS
lebih setahun menjalani penggambaran filem ‘Memburu’ , Puteri Sarah melahirkan rasa bersyukur dapat menimba pengalaman baharu melakonkan watak antagonis dalam sebuah filem seram.


“Ini pertama kali saya berlakon dalam sebuah filem seram dan memegang watak jahat. Ia satu pengalaman yang cukup mencabar,” ujar pemilik bernama penuh, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, ketika ditemui pada majlis pra tonton filem ‘Memburu’ baru-baru ini.


Turut hadir pengarah SK serta barisan artis lainnya seperti Fauzi Nawawi, Shah Iskandar dam ramai lagi.


Bila bercakap mengenai Puteri Sarah, pasti kisah kemelut rumahtangganya yang viral bersama  suami, pengarah Syamsul Yusof tidak dapat dipisahkan waima kes tuntutan perceraiannya masih dalam proses  di mahkamah.

Sehubungan itu, menjawab persoalan bagaimana beliau mampu menumpukan perhatian terhadap lakonan sedangkan fikirannya tentu masih berserabut dengan pelbagai masalah Puteri Sarah berkata,”memang benar sewaktu penggambaran saya masih dilanda masalah rumah tangga tetapi saya ketepikannya seketika apabila masuk set’.


Menurut beliau, sebagai seorang pelakon yang menerima amanah beliau harus tunaikan amanah tersebut sebaik mungkin.


“Amanah tetap amanah, kerja mesti diteruskan dan masalah peribadi tidak boleh dicampur adukkan. Saya perlu bersikap profesional, “ ujar Puteri Sarah yang turut berlakon dalam drama berepisod ‘Andai itu Takdirnya’ yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Ria bermula 6 Mac lalu.


Menurutnya, ketika berlakon dalam drama lakonan bersama Syukri Yahya dan Hannah Delisah itu pun beliau masih berhadapan dengan pelbagai isu berkaitan perkahwinnnya..


“Memang cukup mencabar apabila perlu ketepikan segala masalah peribadi demi memberikan fokus kepada lakonan,”  sambung Puteri Sarah tenang.


Di dalam filem “Memburu’  Sarah berlakon sebagai Dr. Azizah  yang sanggup melakukan ‘pembunuhan’ kerana wang ringgit.


“Memang rasa bersemangat melakonkan watak jahat memandangkan selama ini saya sering melakonkan watak gadis baik dan lemah,” tambah beliau sambil memberitahu pertama kali juga berlakon di bawah pengarah bukan Melayu seperti SK.



Selain Puteri Sarah barisan pelakon filem terbitan Immortal Productions hasil karya Jaafar Taib dan SK ini terdiri dari Fauzi Nawawi, Shah Iskandar, Soffi Jikan serta pelakon muda, Serra Kamal dan Cathy Ikh.


'Memburu - Tiada Siapa Akan Terlepas’ berkisar pada seorang ayah tunggal kematian isteri yang disebabkan terlalu sayang kepada anak tunggalnya sanggup membuat keputusan salah demi menyelamatkan nyawa anaknya yang kemalangan.


Namun keputusannya itu memakan diri sendiri apabila nyawa seorang gadis  terpaksa dikorbankan oleh dua rakan doktor demi menyelamatkan nyawa anaknya itu yang akhirnya membawa padah apabila roh si mati ‘memburu’ mereka sehingga tiada yang terlepas…


FILEM ini turut mendapat kerjasama dari pelajar Fakulti Kejururawatan, Fakulti Perubatan dan Asasi dalam Sains di Kolej Universiti Lincoln, Malaysia di mana berlangsungnya penggambaran selama 10 hari bermula 24 Jan 2022 hingga 5 Februari 2022. Foto Kredit: lincoln.edu.my.


Dan pengakhirannya… anda saksilah sendiri apabila ia ditonton di saluran Astro First kelak ya...


Filem ini memang berunsur seram apatah lagi bunyi audionya membuatkan anda terkejut malah ada adegan yang membuatkan Kak Fas tutup mata. 


Bayangkan.... anda sanggup tak potong jari sendiri demi memenuhi syarat bomoh bagi menghapuskan ‘hantu’ yang menyerang….? Memang mengerikan!


Hmmmm…. Tunggu apa kesudahannya dan mungkinkah ada ‘Memburu 2” apabila diakhiri dengan adegan yang boleh membawa tanda tanya...?


INI juga merupaka lakonan pertama Puteri Sarah bersama Shah Iskandar.


#Memburu #AstroFirst #Filem #PuteriSarah #SyamsulYusof #FauziNawawi #fyp




Tiada ulasan: