Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MILO KEKAL BEKALKAN TENAGA BERPANJANGAN DENGAN SEMANGAT JUARA!


Permulaan Si Juara Diiringi Kebaikan MILO® Untuk Tenaga Berpanjangan

MULAKAN hari bersama sarapan yang berkhasiat untuk menjuarai tahun ini   - #MILOSiapSediaJuara


Selama lebih 70 tahun, minuman malt coklat berkhasiat yang digemari kerana rasa ikoniknya, MILO® telah berkongsi kebaikannya dengan rakyat Malaysia dan menjadi jenama isi rumah yang dihargai ramai. 


MILO® kekal berusaha untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan kepada rakyat Malaysia dengan ‘semangat juara’ serta mengukuhkan mesej kepentingan bersarapan pagi. 


Railah tahun baharu dengan menikmati kebaikan MILO setiap hari untuk tenaga berpanjangan.

 

Terkini, 2023 merupakan tahun yang akan membangkitkan semangat juara semua rakyat di mana masyarakat Malaysia kembali menjalani kehidupan yang normal, justeru akan menetapkan matlamat untuk dicapai dan impian untuk dikejar. 


Selepas beberapa tahun berkurung, kini merupakan masanya untuk kembali seperti sediakala. Ramai pun telah mula bekerja di pejabat manakala ibu bapa juga kembali dengan rutin menghantar anak-anak ke sekolah seperti dahulu.  


Sarapan adalah sajian harian yang paling penting namun Kajian MyBreakfast menunjukkan bahawa kira-kira 1 daripada 4 kanak-kanak yang bersekolah di Malaysia tidak bersarapan pagi. 


Wong Mei Ching, Pengurus Nutrisi Korporat Kumpulan Nestlé Malaysia memberitahu,  kebanyakan ibu bapa tidak menyedari bahawa kanak-kanak akan menghadapi kehilangan tenaga simpanan selepas tidur semalaman. 


“Kajian terbaru menunjukkan bahawa kira-kira 1/4 daripada tenaga simpanan badan kita akan digunakan selepas tidur semalaman, oleh itu bagi mengisi semula tenaga mereka, ia amat penting untuk bersarapan pagi yang berkhasiat dan seimbang bagi memulihkan kecergasan mereka,” katanya.


Penyediaan sarapan yang sihat, seimbang dan berkhasiat  mungkin mencabar bagi segelintir ibu bapa, terutamanya mereka yang bekerja sepenuh masa. Namun, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan penyayang, mereka akan selalu mengutamakan dan memberikan yang terbaik kepada anak-anak dalam segala aspek.


Secawan MILO® yang panas merupakan pilihan sempurna untuk pagi anak anda. 


Kebaikan semula jadi dalam secawan MILO® yang dirumus dengan formula khas untuk memenuhi keperluan nutrisi harian dan membekalkan tenaga berpanjangan untuk mereka kekal fokus dan  aktif di sekolah. 


MILO® mengandungi kebaikan semula jadi daripada bahan-bahan terpilih termasuk Barli Malt, Susu dan Koko dengan gabungan unik vitamin dan mineral yang memberikan anak anda tenaga berpanjangan pada waktu pagi dan satu permulaan hari yang tepat.


MILO® dianugerahkan dengan Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



“Setiap pagi, walau sesibuk mana pun, saya akan menyediakan sekurang-kurangnya secawan MILO® yang panas buat anak-anak supaya mereka memulakan hari dengan tenaga yang diperlukan untuk kekal aktif dan fokus di sekolah sebelum waktu rehat, “ ujar artis tempatan, Shuib Sepahtu yang merupakan bapa tunggal kepada 4 anak.


Juruhebah radio, Gan Mei Yan turut menyatakan bahawa beliau akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan sarapan yang berkhasiat kepada anaknya setiap pagi seperti yang dilakukan oleh ibu bapanya ketika di bangku sekolah dahulu.

 

“Dulu, ibu bapa saya sentiasa menyediakan secawan MILO® yang hangat pada waktu pagi sebelum saya ke sekolah. Secawan MILO® yang diberikan ibu saya sangat penting untuk saya kekal bertenaga di sekolah. Itulah sebabnya apabila saya menjadi ibu sekarang, giliran saya pula untuk menyediakan MILO® untuk anak saya” tambahnya.


Mulakan tahun ini  dengan menjuarai hari anda bersama kebaikan MILO® untuk memberi tenaga yang berkekalan dan meraih pencapaian yang lebih tinggi! 


Dengan secawan MILO® setiap pagi, setiap juara sudah bersedia untuk menjalani dan menjuarai hari kalian! 


Untuk melangkah lebih jauh segalanya tahun ini, #MILOSiapSediaJuara!




#MILO #ShuibSepahtu #LogoPilihanLebihSihat #Minuman #KKM #NestleMalaysia

Tiada ulasan: