YOVIE WIDIANTO, TIARA ANDINI LUAHKAN PEDIH CINTA BERSAMA DALAM "TANPA CINTA"!
JAKARTA, 16 MEI 2025 – Siapa pun pasti mengelak daripada dilukai oleh cinta.
Andai diberi pilihan, mungkin tiada seorang pun yang ingin merasai kepedihan hati, terutama dalam urusan percintaan. Namun, fasa untuk meneruskan kehidupan selepas putus cinta adalah sesuatu yang tidak mudah untuk dilalui.
Inilah inti pati yang ingin disampaikan oleh maestro musik, Yovie Widianto menerusi single terbaharunya bersama penyanyi berbakat, Tiara Andini yang berjudul "Tanpa Cinta".
Lagu ini sebenarnya merupakan sebuah lagu popular yang pernah diluncurkan sebelum ini. Namun, kali ini ia diterbitkan semula di bawah label rakaman Universal Music Indonesia.
"Lagu 'Tanpa Cinta' ini mengisahkan tentang individu yang terluka kerana cintanya tidak berbalas, dan insan yang dicintainya telah memilih orang lain. Ia menggambarkan perjuangan untuk meneruskan kehidupan dan menerima hakikat bahawa cinta itu sudah tidak dapat dimiliki, oleh itu lebih baik menjalani hidup tanpa cinta," jelas Yovie Widianto.
Keterlibatan Tiara Andini menandakan kembalinya kerjasama antara mereka berdua sejak tahun lalu.
"Saya memang sudah merancang dari awal bahawa untuk versi terbaharu lagu ini, saya inginkan Tiara untuk menyanyikannya. Ternyata, Tiara menyambut baik ajakan ini," kata Yovie.
"Saya memang sangat menyukai lagu ini. Jadi, apabila ada tawaran untuk berkolaborasi, saya tidak berfikir panjang untuk menerimanya. Tambahan pula, ini adalah karya daripada papa Yovie. Walaupun terdapat cabaran tersendiri, saya amat berpuas hati dengan hasilnya," ujar Tiara Andini.
Dari sudut susunan muzik, Yovie Widianto tidak melakukan perubahan yang drastik terhadap coraknya. Namun, muziknya dipermanis dengan susunan melodi yang lebih segar untuk didengar.
Untuk video muziknya pula, ia diolah dengan sentuhan visual yang artistik dan menampilkan konsep teaterikal.
Elemen ini memberikan kesan yang lebih terancang dan selaras dengan pesan lagu. Video muzik ini diarahkan oleh Prialangga.
"Konsepnya sebenarnya ringkas, tetapi penyampaiannya sangat cantik dan penuh makna. Apatah lagi terdapat unsur tarian juga. Memang memuaskan hati," kata Yovie.
Menerusi single ini, Yovie Widianto berharap agar lagu ini dapat dinikmati oleh generasi masa kini, bukan sekadar sebagai nostalgia, tetapi juga sebagai sesuatu yang dapat dikaitkan dengan perasaan dan situasi cinta pada masa kini.
"Harapan saya tentunya agar lebih ramai yang mendengarkan lagu ini. Versi asal pun sudah meraih jumlah streaming yang tinggi, apatah lagi kini dibawakan semula oleh Tiara Andini," tambah Yovie.
Jangan ketinggalan untuk mendengarkan lagu ini berulang kali di semua platform streaming digital kegemaran anda, kerana ini adalah antara hasil terbaik daripada kolaborasi Yovie Widianto dan Tiara Andini.
Media Sosial Yovie Widianto:
Instagram: https://www.instagram.com/ywpiano/
YouTube: https://lnk.to/YovieWidianto/youtube
Twitter: https://twitter.com/yoviewidianto
Media Sosial Tiara Andini:
Instagram: https://www.instagram.com/tiaraandini/
YouTube: https://lnk.to/TiaraAndini/youtube
TikTok: https://lnk.to/TiaraAndini/tiktok
Twitter: https://twitter.com/initiaraandini
Facebook: https://www.facebook.com/TiaraIdol10/
#UniversalMusicIndonesia #YovieWidianto #TiaraAndini #PutusCinta #Hiburan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan